DEFINISI &
ETIMOLOGI MELAYU
KONSEP MELAYU
Definisi
awal istilah “Melayu”
1.
M. Ptolemy menggunakan istilah maleu-kolon dalam karyanya yang berjudul
Geographike Sintaxis.
3.
Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu
mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil bumi kepada raja
China sekitar 644-645 Masihi.
4.
Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang
menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar
675 Masihi, iaitu Kerajaan Melayu di Sungai Batang dan Kerajaan Sriwijaya di
Palembang.
5.
Catatan dalam kesusasteraan China menyatakan bahawa pengembara yang singgah di
Nusantara mendapati bahasa yang dituturkan penduduk di situ ialah bahasa
K’un-lun. Bahasa ini dipercayai oleh penyelidik sebagai bahasa Melayu kuno.
6.
Sebuah patung di Padang Rocore, Batanghari bertarikh 1286 M dengan catatan
perkataan “Malaya” atau “Melayu” pada bahagian belakangnya.
7.
Buku Sejarah Melayu mengaitkan perkataan Melayu dengan nama sebatang sebatang
sungai yang deras alirannya, iaitu Sungai Melayu.
Definisi “Melayu”
dari segi etimologi
Etimologi
: Kajian asal usul dan sejarah sesuatu perkataan serta makna perkataan
tersebut.
1.
Berasal daripada perkataan Malaya, iaitu kependekan “hima alaya”. “Alaya”
bermaksud “tempat” manakala “hima alaya”bermaksud “tempat bersalji”.
2.
Perkataan Malayapura yang bermaksud “kota Melayu” atau “kerajaan Melayu”.
3.
Dikatakan diambil daripada perkataan bahasa Jawa kuno, mlayu yang bermaksud
“mengembara” atau “pergi ke mana-mana”.
4.
Berasal daripada nama sebatang sungai, Sungai Melayu yang disebut dalam buku
Sejarah Melayu.
5.
Van der Tuuk , perkataan Melayu bererti “menyeberang”, merujuk kepada orang
Melayu yang menyeberang atau menukar agama daripada agama Hindu-Buddha kepada
Islam.
Definisi “Melayu”
berdasarkan Bangsa
Istilah
Melayu dapat diberi dua pengertian, iaitu pengertian yang luas dan pengertian yang
sempit
Pengertian yang
luas
Istilah
Melayu merujuk kepada bangsa-bangsa Austronesia yang terdapat di Semenanjung
Tanah Melayu dan kawasan-kawasan gugusan kepulauan Melayu. Berdasarkan “The
Malay Culture Study Project” (1972), konsep Melayu merujuk kepada suku bangsa
di Semenanjung Tanah Melayu, termasuklah orang-orang Melayu di Thailand,
Indonesia, Filipina dan Madagaskar.
Secara
umumnya dapatlah dikatakan bahawa pengertian Melayu merujuk kepada bangsa yang
berbahasa Melayu yang mendiami Semenanjung Tanah Melayu, pantai Timur Sumatera
dan beberapa tempat lain di Nusantara.
Pengertian yang
sempit
Pengertian
yang sempit ialah seperti yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia, iaitu
Perkara 153 mengatakan bahawa seseorang itu dapat ditakrifkan sebagai Melayu
apabila memiliki ciri-ciri seperti: lazimnya berbahasa Melayu, berkebudayaan
Melayu dan beragama Islam (yang murtad, tukar kewarganegaraan : taraf Melayu -
hilang )
Tafsiran
Melayu mengikut pengertian suku bangsa lebih berdasarkan etnik (keturunan
biologi). Walaupun begitu, syarat berbahasa Melayu dan kebudayaan Melayu masih
diperlukan. Walau bagaimanapun, mereka tidaklah semestinya beragama Islam.
Untuk maksud ini, orang-orang Melayu ialah:
-orang-orang
Melayu seperti yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia.
-orang-orang
Melayu yang mendiami kawasan Selatan Thai, Pesisir Sumatera (utara Medan, Deli,
Serdang, Palembang, Riau, Lingga ) ada beragama Budha, Kristian
-orang-orang
Melayu di bahagian pertama Sarawak ada beragama Kristian
-orang-orang
Melayu di Brunei dan Sabah ada yang tiada agama, agama-agama lain
Hipotesis Asal Usul
bahasa Melayu
1:
Kawasan Asia Tengah
…orang
Melayu berasal dari bahagian selatan China seperti Indo-China, pantai timur
China selatan (Champa dan Kampuchea) dan di Burma. Mereka ini telah berhijrah
secara berkelompok-kelompok dari selatan China ke Nusantara.
Melayu-Proto
-Kelompok
pertama sampai ke Nusantara
-menduduki
Nusantara sekitar tahun 2000 SM.
Melayu-Deutro
-kelompok
kedua sampai ke Nusantara
-sampai
pada tahun 1500 SM,
-mempunyai
peradaban yang lebih tinggi daripada Melayu-Proto.
2
: Kawasan Nusantara
…orang
Melayu memang berasal dari Nusantara.
Berdasarkan bukti
geografi
-bahasa
Melayu berasal daripada rumpun Austronesia
-beliung
batu yang dipercayai digunakan oleh semua masyarakat primitif di seluruh dunia.
-kajian
arkeologi yang dilakukan terhadap tengkorak manusia mendapati tengkorak manusia
di Nusantara lebih tua daripada tengkorak manusia di Asia Tengah.
Bukti-bukti
sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa Melayu :
1.
Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu
mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi.
2.
Kerajaan Mo-lo-yeu dipercayai berpusat di daerah Jambi, Sumatera , daripada
sebatang sungai yang deras alirannya, iitu Sungai Melayu.
3.
Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang
menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar
675 Masihi.
4.
Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau mengembara.
Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak
dari Yunan.
Asal
Usul Bangsa Melayu
Ø
Dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan.
Ø
Kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto.
Ø
Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi)
Ø
Keturunannya Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di
Sumatera.
Ø
Kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro
Ø
Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 SM
Ø
Keturunannya orang Melayu di Malaysia
Ø
Dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu Proto.
Ø
Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam.
Ø
Bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto.
Ø
Menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara.
Ø
Orang ini, kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia.
Ø
Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa
Austronesia ini.
Tafsiran
Melayu mengikut pengertian ras merangkumi penduduk Seluruh Nusantara.
Berdasarkan kajian Geldern dan Kern,kumpulan bangsa Melayu berasal dari utara
ke selatan. Mereka berasal daripada satu kelompok bangsa kemudian tersebar ke
seluruh Nusantara. Pengertian mengikut ras ini lebih tertumpu kepada suatu
rumpun bangsa yang besar dan berkaitan.
Asal-Usul Orang
Melayu - Melayu Berasal Dari Mana?
Asal-usul Melayu
Dari Mana Orang Melayu Datang
Dalam
membicarakan pasal Melayu ni, kita kena faham yang Bangsa Melayu dan Kumpulan
Etnik Melayu adalah dua benda yang berlainan. Bangsa Melayu merujuk kepada
masyarakat Melayu di Malaysia. Manakala Kumpulan Etnik Melayu merujuk kepada
masyarakat Melayu secara khusus kepada Semenanjung Malaysia dan Kepulauan
Sumatera.
Asal Usul Bangsa
Melayu
Menurut
beberapa sumber, dikatakan Melayu itu berasal daripada Melayu Proto dan
Deutero. Berdasarkan catatan oleh Neil Joseph Ryan (1976). A History of
Malaysia and Singapore, yang dikatakan sebagai Melayu Proto ialah Melayu Asli
ataupun Melayu Purba yang berhijrah daripada Tanah Besar Asia atau Yunnan ke
Semenanjung Malaysia dan Kepulauan Melayu pada sekitar tahun 2500 sebelum
masihi. Mereka dikatakan mempunyai kemahiran dalam bidang pertanian.
Manakala
Melayu Deutero pula, menurut Alan Collins (2003). Security and Southeast Asia:
domestic, regional, and global issues, Singapore: Institute of Southeast Asian
Studies, Orang Melayu terdahulu telah kemudian diganti oleh Melayu Deutero
dalam gelombang kedua penghijrahan dari tanah besar Asia di sekitar 300 Sebelum
Masihi.
Jikalau
kita ingin berkata mengenai asal-usul orang Melayu, ia cukup luas kerana
wujudnya pelbagai jenis bangsa Melayu di Malaysia berdasarkan kajian yang
dilakukan oleh Pusat Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia yang dimulakan
sejak Januari 2006 bertajuk Menjejak Asal-usul Melayu di Semenanjung Malaysia.
Kajian
mereka mendapati wujudnya kepelbagaian corak DNA yang terdapat dalam Masyarakat
Melayu moden hari ini yang mungkin berlaku kerana percampuran dengan orang
Arab, Cina, India dan Thai. Ini menyokong fakta sejarah yang pernah menyebut
Kerajaan Melayu Melaka satu ketika dulu adalah kerajaan yang gemilang dan
kedatangan pedagang dari China, India dan Arab menyebabkan berlakunya
perkahwinan campur.
Dikatakan
terdapat 14 sub etnik Melayu yang mendiami Semenanjung iaitu:
i
. Melayu Kelantan (Melayu yang masih asli) di Kelantan
ii.
Melayu Yunan di Terengganu
iii.
Melayu Minang di Negeri Sembilan
iv.
Melayu Aceh di Perak
v.
Melayu Mandailing di Perak
vi.
Melayu Rawa di Perak
vii.
Melayu Riau di Johor
viii.
Melayu Bugis di Johor
ix.
Melayu Kerinci di Selangor
x.
Melayu Champa di Perak, Kedah dan Kelantan
xi.
Melayu Jawa di Johor dan Selangor
xii.
Melayu Jambi di Johor, Selangor dan Perak
xiii.
Melayu Batak di Perak dan Pulau Pinang
xiv.
Melayu Banjar di Johor, Selangor dan Perak
Hasil
awal yang diperolehi mencadangkan suku Melayu Kelantan adalah suku Melayu yang
masih tulen. Ini kerana Melayu Kelantan masih memelihara keturunan mereka tanpa
banyak berlaku perkahwinan campur. Selain itu, suku Melayu Kelantan juga
dikatakan suku pertama yang membuat petempatan di Semenanjung.
Budaya
Melayu juga dikatakan ada persamaan dengan suku Naga yang menetap di perbatasan
Myanmar/India. Malah melalui ujian DNA, dikatakan ada satu penanda di dalamnya
yang hanya biasa ditemukan dalam populasi di India.
Jadi
walau daripada mana pun kita datang, sebenarnya kita adalah penghuni kepulauan
Melayu sebelum kehadiran bangsa-bangsa lain seperti Cina dan India. Malahan
masyarakat asli Sabah dan Sarawak juga penduduk lebih awal daripada Cina dan
India dan merupakan masyarakat utama seperti melayu dan termakub dalam
perlembagaan. Namun, pengaruh Cina dan India serta agama Budha dan Hindu dalam
masyarakat Melayu tidak dinafikan.
Sumber
dipetik daripada :
(http://bukharis.blogspot.com/2010/05/asal-usul-bahasa-melayu.html)
(http://teknikjawabbmstpm.blogspot.com/2012/05/nota-ringkas-sejarah-perkembangan.html)
(http://mbsskl.edu.my/panitia_bm/files/2009/05/asal-usul-bahasa-melayu.pdf)
No comments:
Post a Comment