Datuk
Shahnon Ahmad
Datuk Shanon Ahmad merupakan Sasterawan
Negara yang kedua. Beliau dilahirkan pada 13 Januari 1933 di Kampung Derdap,
Sik Kedah. Beliau merupakan kanak – kanak pendiam dan pemalu serta tidak suka
bercampur gaul dengan orang lain. Beliau banyak meghabiskan zaman kecilnya di
sawah ,mencari ikan di sungai dan memburu burung. Kepayahan hidup dan
dibesarkan dalam suasana kampung yang mecabar telah mematangkan pemikiran
beliau. Sifatnya yang sensetif mendorong beliau untuk menulis kisah – kisah
hidup manusia dan segala perkara yang berlaku di sekelilingnya.
Jika ditinjau, kebanyakan novel – novel hasil tulisan beliau berkisarkan dengan
isu sosial, iaitu kemiskinan dalam masyarakat luar bandar, kisah – kisah
politik dan sebagainya. Falsafah penulisan beliau paling banyak adalah
berkaitan dengan isu kemiskinan. Perkara ini terbukti apabila terdapat banyak
novel beliau yang menyentuh isu – isu kemiskinan seperti Rentong, Seluang
Menodak Baung, Ranjau Sepanjang Jalan , Patriach, Srengenge , Kemelut , Tunggil
–tunggul Gerigis, Detik-Detik Diri Di Daerah Daif.
Persoalan kemiskinan sering diutarakan dalam novel-novel Shahnon kerana beliau
sudah sebati kemiskinan. Beliau sendiri hidup dalam keluarga yang miskin, sanak
saudaranya serta masyarakat di sekelilingnya juga miskin. Dalam novel Rentong
misalnya, Shahnon menceritakan perihal masyarakat tani yang begitu dahagakan
pembangunan di kampong Banggol Derdap, iaitu kampungnya sendiri. Watak – watak dalam
novel tersebut seperti Dogol, Semaun, Pak Senik Jeha dan Lahuma mengetengahkan
konflik jiwa dalam diri mereka yang mewakili masyarakat kampong tersebut. Novel
ini mampu memberi kesedaran kepada para pemimpin supaya membuka mata akan
kesusahan masyarakat desa yang terabai dalam arus pemodenan.
Dalam
novel Rentong juga menbgisahkan kehidupan masyarakat desa yang hanya bergantung
hidup dengan hasil tani sahaja. Turut diceritakan mengenai seekor harimau ganas
yang sering menyerang hasil ternakan orang – orang kampung. Pelbagai cara
dilakukan untuk membunuh harimau tersebut tetapi tidak berjaya kerana kurangnya
kerjasama yang diberikan oleh penduduk kampung. Setelah kematian Dogol akibat
dibaham harimau, barulah penduduk kampung berkejasama dengan padu untuk memburu
harimau tersebut. Jelas tergambar beliau menerapkan nilai kerjasama masyarakat
kampung selain mengutarakan isu kemiskinan di dalam novel beliau.
Kemiskinan orang kampung yang hidup melarat dan serba kekurangan dari segi
tempat tinggal disentuh oleh Shahnon Ahmad dalam novel Rentung. Misalnya
digambarkan seperti petikan ini ;
“Malam itu kurang menyenangkan
penduduk-penduduk Kampung Banggul Derdap : Terutama kepada mereka yang beratap
bocor. Langit hitam pekat. Tak ada bintang walau sebutir sekali pun.
Sekali-sekala guntur mengamuk bagaikan setan minta korban.”
Selain itu, dalam novel Ranjau Sepajang Jalan pula menceritakan tentang
kehidupan kampung yang berlatarbelakangkan kampung beliau. Novel ini
menceritakan kisah keluarga Jeha dan Lahuma. Padi yang ditanam mereka musnah
sebendang kerana diserang oleh ketam. Lahuma pula dutusuk duri menyebabkan
kakinya emnjadi busuk. Isterinya Jeha telah berkorban untuk merawat penyakit
Lahuma yang kritikal pada ketika itu. Ketam yang menyerang padi membawa maksud
si pemiutang yang datang mengambil padi mereka yang masih muda sebagai bayaran
hutang.
Kesan daripada penerimaan masyarakat yang sangat ghairah terhadap novel Ranjau
Sepanjang Jalan ini, maka novel ini telah diterjemah kepada bahasa Inggeris
oleh Adibah Amin dengan judul No Harvest A Thorn. Novel hasil karya Shahnon
Ahmad ini memang berkualiti apabila novel yang terjemahkan ini telah diangkat
sebagai salah sebuah antara 10 novel terbaik di Sydney, Australia pada 1980-an.
Malahan juga novel Ranjau sepanjang Jalan ini juga pernah diterjemahkan kepada
bahasa lain selain daripada bahasa Inggeris seperti Sweedish, Spanish, French,
Rusia dan lain-lain. Selain itu,dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan , Shahnon
telah memperlihatkan betapa terbatasnya keupayaan manusia kampung menghadapi
binatang-binatang kecil yang buas, onak, duri, dan ranjau yang membunuh.
Tema kemiskinan yang ditonjolkan dan digarap dengan baik dalam novel mampu
membawa pembaca menyelami penderitaan dan kepayahan golonga yang miskin. Dalam
novel ini, Shahnon mengutarakan mengenai kekolotan pemikiran masyarakat kampung
telah menyebabkan mereka sukar untuk mendapat pembangunan. Shahnon juga
menyelitkan sikap penduduk kampung yang mudah menyerah semasa ditimpa
kesusahan. Perkara ini bertujuan untuk menyedarkan mereka dari berfikiran
kolot.
Selain daripada isu – isu sosial diutarakan,
beliau turut mengupas tema politik dalam beberapa buah novel beliau. Novel
Patriach mengisahkan seorang wakil rakyat.iaitu Yang Jasadiah berusaha untuk
membasmi kemiskinan yang membelenggu penduduk kampung yang dibawah pimpinannya.
Jasadiah yang merupakan seorang wakil rakyat telah bersumpah dan berjanji
berhabis-habisan untuk memperjuangkan dan mengubah taraf hidup rakyat yang
masih serba kekurangan. Jasadiah dan isterinya Hamidah bersetuju untuk
berkorban demi untuk mencapai kehandak rakyat. Mereka sanggup memilih untuk
hidup susah, apa yang penting bagi mereka adalah nasib rakyat terbela dan
terjaga.
Novel ini ditulis adalah untuk memberi didikan dan pengajaran kepada pemimpin –
pemimpin supaya jujur dan tidak mementingkan diri serta mendahulukan
rakyat. Selain itu, pemikiran agama turut diutarakan dalam novel beliau,
seperti dalam novel Mahabbah.
Kesimpulannya,
karya Shahnon Ahmad sangat berkualiti kerana beliau bijak mempersembahkan
pemikiran beliau terhadap sesuatu isu dengan kreatif dan mampu membawa pembaca
menyelami sendiri kehidupan yang digambarkan dalam novel. Novel – novel yang
ditulis kebanyakannya berkisarkan tentang kemiskinan dan beliau mahu masyarakat
dan golongan pemimpin membuka mata terhadap segelintir golongan miskin di luar
bandar. Hasil garapan penceritaan beliau membuktikan bahawa Shahnon Ahmad
merupakan seorang yang sangat peka dan berjiwa rakyat. Beliau turut melakukan
kritikan sosial dalam novelnya serta mengkritik pemimpin – pemimpin yang tidak
telus menjalankan tanggungjawab mereka. Setiap hasil penulisan beliau
sebenarnya memperjuangkan sesuatu perkara yang berperang dalam dirinya. Beliau
meluahkannya melalui penulisan.
Abdullah
Munsyi
Tokoh Abdullah Munsyi
Sumber:
Abdullah Munsyi telah diiktiraf sebagai
Pelopor Kesusasteraan Melayu Moden. Gelaran itu diberikan kerana beliau yang
memulakan penulisan corak baru yang menyimpang daripada tradisi sebelumnya.
Ciri-ciri penulisan beliau ialah:
·
Tidak lagi berkisar di
istana;
·
Tidak juga mengandungi mitos
dan legenda;
·
Tidak terbina atas khayalan
melulu; dan
·
Telah berhenti
mengagung-agungkan golongan istana dan bangsawan.
Abdullah
meninggalkan ungkapan-ungkapan tradisional seperti talibun yang sering diulang-ulang
untuk melukiskan sesuatu. Beliau juga menggunakan ganti nama
diri aku atau ku yang menjelaskan sifat keakuan dan sifat
bertanggungjawab terhadap karya yang dihasilkan. Genre-genre baru yang
diterokai beliau ialah autobiografi dan memoir. Walau bagaimanapun, masih
terdapat ciri-ciri sastera Melayu tradisional dalam karya seperti Hikayat
Abdullah danHikayat Pelayaran Abdullah ke Kelantan. Di samping itu,
lenggang-lenggok bahasa yang digunakan oleh beliau masih terikut-ikut dengan
bahasa yang terdapat dalam Sejarah Melayu.
2.
Zaman Sebelum Perang
Prosa
Melayu Moden
Asas Kesusasteraan Melayu Moden yang dikarang
oleh Abdullah Munsyi menjadi pegangan para pengarang selepas beliau pada
tahun-tahun 1860-an dan seterusnya. Pengaruh luar dan teknologi moden telah
menyebabkan terhasil dan tersebar karya sastera dalam bahasa Melayu. Pendidikan
(tidak kira sistem Barat atau sistem Timur Tengah) telah mempertingkat kadar
kenal huruf. Selain itu, pelajar-pelajar Melayu terpengaruh dengan bahan-bahan
bacaan dari luar. Hal tersebut telah mendorong mereka yang kreatif melahirkan
karya-karya sendiri. Karya-karya yang dimaksudkan itu tersiar dalam akhbar dan
majalah yang tumbuh akibat kemasukan teknologi percetakan. Apabila
syarikat-syarikat percetakan didirikan, genre-genre sastera seperti novel
dicetak dalam bentuk buku. Pada era sebelum Perang Dunia Kedua, lahir akhbar,
majalah, novel, cerpen dan sajak. Peranan Akhbar Sebelum Perang Jawi
Peranakan (1876), ialah akhbar terawal yang diterbitkan di Singapura.
Antara akhbar-akhbar terawal yang telah diterbitkan di Tanah Melayu
ialah Sekolah Melayu (1883) dan Bintang Timur (1894).
Menjelang
tahun-tahun 1900 hingga 1920, muncul akhbar-akhbar sepertiUtusan Melayu,
Neracha, dan Lembaga Malaya. Pada dekad seterusnya muncul pula Warta
Malaya, Majlis, Warta Ahad,dan Warta Jenaka. Selain berita tempatan dan
luar negeri, akhbar juga menyiarkan rencana berbentuk nasihat, politik dan
sosioekonomi orang Melayu serta karya sastera seperti cerpen, novel bersiri dan
sajak. Antara pengarang-pengarang yang aktif menyumbangkan karya mereka di
dalam akhbar pada masa itu ialah Abdul Rahim Kajai, Onn Jaafar, Syed Syeikh
al-Hadi, dan Mohd. Eunos Abdullah. Peranan Majalah Sebelum
Perang Majalah-majalah yang muncul sebelum Perang Dunia Kedua ialah al-Imam (1906), Pengasuh (1918),
dan Majalah Guru (1924). Mengikut urutan, majalah itu diterbitkan di
Singapura, Kota Bharu dan Pulau Pinang. Majalah lain yang popular
ialah Hiburan, Kencana, Qalam danTunas. Kesemua majalah yang
disebutkan itu kemudian diterbitkan di Singapura. Majalah al-Imam yang
diutarakan oleh Syed Syeikh al-Hadi, Syeikh Mohd. Tahir Jalaluddin dan Haji
Abas Mohd. Taha itu menyiarkan rencana berunsur Islam yang mengetengahkan
pegangan Kaum Muda dan semangat kebangsaan. Akibat tekanan Kaum Tua, majalah
ini diberhentikan penerbitannya pada tahun 1908. Berbeza dengan al-Imam,
majalah Pengasuh yang diusahakan oleh Majlis Agama Islam dan Adat
Istiadat Melayu Kelantan dimuatkan dengan karangan pengarang daripada golongan
kaum tua. Selain rencana pengetahuan dan pendidikan,Majalah Guru memainkan
peranan penting dalam pertumbuhan dan perkembangan Puisi Melayu Moden. Majalah
ini menyiarkan sajak yang ditulis oleh Punggok. Penulis-penulis lain yang turut
menyumbangkan karya-karya mereka di dalam majalah ini ialah Harun Aminurrashid,
Embong Yahya dan Abdullah Sidek.
Peranan
Golongan Intelek Agama dalam Prosa Melayu Moden Sebelum Perang
Golongan intelek agama di dalam sejarah perkembangan Kesusasteraan Melayu Moden bermaksud penulis yang cerdik pandai agama Islam. Mereka mempunyai latar belakang, pendidikan, kegiatan, penerbitan dan penulisan yang berunsur Islam. Kesemuanya mendapat pendidikan di Timur Tengah. Di sana mereka terdedah kepada gerakan pembaharuan Islah yang dipelopori oleh Syed Syeikh Muhammad Abduh di Kaherah. Di Tanah Melayu, gerakan ini dimulakan oleh Mohd. Tahir bin Jalaluddin al-Azhari manakala di Singapura, Syeikh Mohd. bin Salem al-Khalali yang memulakannya.
Gerakan ini bertujuan untuk menghapuskan pemikiran kuno dan karut. Di samping itu, mereka berusaha meletakkan Al-Qur’an dan Hadis sejajar dengan proses pemodenan. Sehubungan itu, mereka mengajak golongan belia keluar daripada kebudayaan kuning melalui penerbitan majalah agama. Perbincangan ini akan bertumpu kepada Kaum Muda kerana mereka berperanan besar dalam pertumbuhan novel sebelum Perang Dunia Kedua
Golongan intelek agama di dalam sejarah perkembangan Kesusasteraan Melayu Moden bermaksud penulis yang cerdik pandai agama Islam. Mereka mempunyai latar belakang, pendidikan, kegiatan, penerbitan dan penulisan yang berunsur Islam. Kesemuanya mendapat pendidikan di Timur Tengah. Di sana mereka terdedah kepada gerakan pembaharuan Islah yang dipelopori oleh Syed Syeikh Muhammad Abduh di Kaherah. Di Tanah Melayu, gerakan ini dimulakan oleh Mohd. Tahir bin Jalaluddin al-Azhari manakala di Singapura, Syeikh Mohd. bin Salem al-Khalali yang memulakannya.
Gerakan ini bertujuan untuk menghapuskan pemikiran kuno dan karut. Di samping itu, mereka berusaha meletakkan Al-Qur’an dan Hadis sejajar dengan proses pemodenan. Sehubungan itu, mereka mengajak golongan belia keluar daripada kebudayaan kuning melalui penerbitan majalah agama. Perbincangan ini akan bertumpu kepada Kaum Muda kerana mereka berperanan besar dalam pertumbuhan novel sebelum Perang Dunia Kedua
Tokoh-tokoh yang dimaksudkan ialah Syed Syeikh al-Hadi, Ahmad Rasyid Talu, dan Haji Ahmad Ismail. Syed Syeikh al-Hadi dengan novel Hikayat Faridah Hanum (1926) digelar sebagai Bapa Penovelan Saduran. Selepas beliau, muncul pula Ahmad Rasyid Talu. Novelis ini ialah orang yang pertama menghasilkan novel Melayu asli. Beliau digelar Bapa Novel Melayu Asli. Novel pertama karangan Ahmad Rasyid Talu ialah Kawan Benar (1927). Tokoh ketiga ialah Haji Ahmad Ismail yang menulis novel Cogan Setia (1929).
Peranan Guru-Guru Sekolah Melayu dalam Prosa Melayu Moden
Selain penulis agama, wujud pula guru sebagai penulis yang memberi sumbangan di dalam bidang penulisan. Penulis guru ialah golongan yang bekerja sebagai guru dan secara sambilan menghasilkan karya sastera. Mereka dilatih di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjong Malim, Perak. Di Maktab itu mereka terdorong untuk menulis kerana kewujudan badan yang bersifat bahasa dan sastera, iaitu Pejabat Karang Mengarang. Mereka menghasilkan karya untuk membawa masyarakat ke arah kemajuan dan mengubah cara berfikir orang Melayu. Kesedaran demikian timbul kerana dipengaruhi idea penulis agama dan karya-karya dari Indonesia.
Tokoh-tokoh penulis guru ialah Harun Muhammad Amin (Harun Aminurrashid), Abdullah Sidek, Ahmad Bakhtiar, Ahmad Murad Nassaruddin, dan Za’ba. Za’ba merupakan orang Melayu yang pertama memperkatakan persuratan Melayu moden di dalamJournal of Malayan Branch of the Royal Asiatic Society (JMBRAS) seperti Recent Malay Literature (1941).
Sheikh
Hamzah Fansuri & pemikirannya
Syeikh Hamzah Fansuri adalah seorang
cendekiawan, ulama tasawuf, dan budayawan terkemuka yang diperkirakan hidup
antara pertengahan abad ke-16 sampai awal abad ke-17. Nama gelar
atau takhallus yang tercantum di belakang nama kecilnya
memperlihatkan bahwa pendekar puisi dan ilmu sulukini berasal dari Fansur,
sebutan orang-orang Arab terhadap Barus, sekarang sebuah kota kecil di pantai barat
Sumatra yang terletak antara kota Sibolga dan Singkel. Sampai abad ke-16 kota
ini merupakan pelabuhan dagang penting yang dikunjungi para saudagar dan
musafir dari negeri-negeri jauh.
Sayang
sekali bukti-bukti tertulis yang dinyatakan kapan sebenarnya Syeikh Hamzah Fansuri
lahir dan wafat, di mana dilahirkan dan di mana pula jasadnya dibaringkan dan
di tanam, tak dijumpai sampai sekarang.
Dari
syair dan dari namanya sendiri sudah sekian lama berdominasi di Fansur, dekat
Singkel, sehingga mereka dan turunan mereka pantas digelari Fansur. Konon
saudara Hamzah Fansuri bernama Ali Fansuri, ayah dari Abdur Rauf Singkel
Fansuri. Pada ahli cenderung memahami dari syair bahwa Hamzah Fansuri lahir di
tanah Syahrmawi, tapi tidak ada kesepakatan mereka dalam mengidentifikasikan
tanah Syahrmawi itu. Ada petunjuk tanah Aceh sendiri ada yang menunjuk tanah
Siam, dan bahkan ada sarjana yang menunjuk negeri Persia sebagai tanah yang di
Aceh oleh nama Syamawi.
Kiranya
namanya di Nusantara di kalangan ulama dan sarjana penyelidik keislaman tak
asing lagi. Hampir semua penulis sejarah Islam mencatat bahwa Syeikh Hamzah
Fansuri dan muridnya Syeikh Syamsuddin Sumatrani adalah dengan al-Hallaj,
faham hulul, ittihad, mahabbah dan lain-lain adalah seirama.
Syeikh Hamzah Fansuri diakui seorang pujangga Islam yang sangat populer di
zamannya, sehingga kini namanya menghiasi lembaran-lembaran sejarah
kesusasteraan Melayu dan Indonesia. Namanya tercatat sebagai tokoh kaliber
besar dalam perkembangan Islam di nusantara dari abadnya hingga ke abad kini.
Dalam buku-buku sejarah mengenai Aceh namanya selalu diuraikan dengan panjang.
Karya-karyanya
Hamzah Fansuri menghasilkan karya tulis yang
banyak, akan tetapi karya-karya tulisnya itu bersama karya-karya tulis
Syamsuddin Sumatrani, dibinasakan (dibakar) berdasarkan perintah Sultan
Iskandar Sani atau anjuran Huruddin al-Riniri, mufti dan penasehat agama di
Istana Sultan tersebut.
Di antara syair-syair Syeikh Hamzah Fansuri
terkumpul dalam buku-buku yang terkenal, dalam kesusasteraan Melayu / Indonesia
tercatat buku-buku syairnya antara lain :
a. Syair Burung Pingai
b. Syair Dagang
c. Syair Pungguk
d. Syair Sidang Faqir
e. Syair Ikan Tongkol
f. Syair Perahu
Karangan-karangan Syeikh Hamzah Fansuri yang
berbentuk kitab ilmiah antara lain :
a. Asfarul ‘arifin fi bayaani ‘ilmis
suluki wa tauhid
b. Syarbul ‘asyiqiin
c. Al-Muhtadi
d. Ruba’i Hamzah al-Fansuri
Karya-karya Syeikh Hamzah Fansuri baik yang
berbentuk syair maupun berbentuk prosa banyak menarik perhatian para sarjana
baik sarjana barat atau orientalis barat maupun sarjana setempat, yang banyak
membicarakan tentang Syeikh Hamzah Fansuri antara lain Prof. Syed Muhammad
Naquib dengan beberapa judul bukunya mengenai tokoh R.O Winstedt yang diakuinya
bahwa Syeikh Hamzah Fansuri mempunyai semangat yang luar biasa yang tidak
terdapat pada orang lainnya. Dua orang yaitu J. Doorenbos dan Syed Muhammad
Naquib al-Attas mempelajari biografi Syeikh Hamzah Fansuri secara mendalam
untuk mendapatkan Ph.D masing-masing di Universitas Leiden dan Universitas London.
Karya Prof. Muhammad Naquib tentang Syeikh Hamzah Fansuri antaranya :
- The Misticum of Hamzah
Fansuri (disertat 1966), Universitas of Malaya Press 1970
- Raniri and The Wujudiyah, IMBRAS, 1966
- New Light on Life of Hamzah
Fansuri, IMBRAS, 1967
- The Origin of Malay Shair, Dewan
Bahasa dan Pustaka, 1968
Puisi-puisi penyair sufi biasanya tidak
lengkap tanpa disertai tanda-tanda kesufian seperti, faqir, asyiq dan
lain sebagainya. Tanda serupa ini kita jumpai di dalam sajak-sajak Hamzah
Fansuri. Di antara tanda kesufian yang banyak ditemukan di dalam syair-syair
Hamzah Fansuri ialah anak dagang, anak jamu, anak datu, anak ratu, orang
uryani, ungkas quddusi, dan kadang-kadang digunakan dengan nama pribadinya
seperti Hamzah Miskin, Hamzah Gharib dan lain-lain.
Syatahat
Salah satu ciri penting yang melekat pada
karya-karya penyair mistik atau sufistik sejak dahulu ialah ungkapan-ungkapan
yang mengandung paradoks, dalam tradisi sufi bentuk-bentuk ungkapan paradoks
muncul pertama kali dalam ucapan-ucapan teofani (syathahat) Bayazid, al-Hallaj,
al-Miffaru, Ibn ‘Arabi dan lain-lain. Di dalam syair-syairnya Hamzah Fansuri
sering menampilkan ucapan-ucapan syathahat bayazid dan al-Hallaj, dua
wira sufi yang diteladaninya. Ucapan-ucapan terkenal kedua sufi itu ialah
“Subhani! Subhani!” (terpujilah daku) dan “Ana al-Haqq” (aku adalah
kebenaran). Selain berfungsi memadatkan pengucapan puitik, kutipan ucapan
syathiyat ini memberikan suasana ekstase atau kegairahan mistik dan juga untuk
mengukuhkan tafsir sufistik penyair terhadap ayat-ayat al-Qur’an dan hadits
qudsi yang terdapat di dalam bait-bait sebelumnya, misalnya di dalam
ikatan-ikatan yang menggambarkan pengalaman fana penyair.
Sabda rusul Allah Nabi kamu
Lama’a Allah sekali waqtu
Hamba dan Tuhan menjadi satu
Inilah ‘arif bernama tahu
Kata Bayazid terlalu ali
Subhani maa’zama sya’ni
Inilah ilmu sempurna fani
Jadi senama dengan hayy al Baqi
Kata mansur penghulu asyiq
Yaitu juga empunyai nathiq
Kata ini siapa la’iq
Mengatakan diri akulah khaliq
Dengarkan dirimu hai orang yang kamil
Jangan menuntut ilmu yang bathil
Tiada bermanfaat kata yang jahil
Ana’al haqq mansur itulah washil
Hamzah Fansuri terlalu karam
Ke dalam laut yang maha dalam
Berhenti angin ombaknya padam
Menjadi sultan pada kedua laman.
Peranan
Syeikh Hamzah Fansuri
Syeikh Hamzah Fansuri bukan hanya seorang
ulama tasawuf dan sastrawan terkemuka, tetapi juga seorang perintis dan pelopor
bagi perkembangan kebudayaan Islam, sumbangannya sangat besar. Di bidang
keilmuan Syeikh telah mempelajari penulisan risalah tasawuf atau keagamaan yang
demikian sistematis dan bersifat ilmiah. Sebelum karya-karya Syeikh muncul,
masyarakat muslim Melayu mempelajari masalah-masalah agama, tasawuf dan sastra
melalui kitab-kitab yang ditulis di dalam bahasa Arab atau Persia. Di bidang
sastra Syeikh mempelopori pula penulisan puisi-puisi filosofis dan mistis
bercorak Islam, kedalaman kandungan puisi-puisinya sukar ditandingi oleh
penyair lain yang sezaman ataupun sesudahnya. Penulis-penulis Melayu abad ke-17
dan 18 kebanyakan berada di bawah bayang-bayang kegeniusan dan kepiawaian
Syeikh Hamzah Fansuri.
Di samping itu Syeikh Hamzah Fansuri telah
berhasil meletakkan dasar-dasar puitika dan estetika melayu
yang mantap dan kukuh. Pengaruhestetika dan puitika yang
diasaskan oleh Syeikh Hamzah Fansuri di dalam kesusasteraan Indonesia dan
Melayu masih kelihatan sampai abad ke-20. Khususnya di dalam karya penyair
pujangga baru seperti Sanusi Pane, dan Amir Hamzah, sastrawan-sastrawan
Indonesia angkatan 70-an danarto dan Sutardi Calzoum Buchiri berada di dalam
satu jalur estetik dengan Syeikh Hamzah Fansuri.
Dalam
bidang kebahasaan pula sumbangan Syeikh Hamzah Fansuri sukar untuk dapat
diingkari apabila kita mau berjujur. Pertama, sebagai penulis pertama kitab
keilmuan di dalam bahasa Melayu, Syeikh Hamzah Fansuri telah berhasil
mengangkat naik martabat bahasa Melayu dari sekedar lingua Franca menjadi suatu
bahasa intelektual dan ekspresi keilmuan yang canggih dan modern. Dengan
demikian kedudukan bahasa Melayu di bidang penyebaran ilmu dan persuratan
menjadi sangat penting dan mengungguli bahasa-bahasa Nusantara yang lain,
termasuk bahasa Jawa yang sebelumnya telah jauh lebih berkembang. Kedua, jika
kita membaca syair-syair dan risalah-risalah tasawuf Syeikh Hamzah Fansuri,
akan tampak betapa besarnya jasa Syeikh Hamzah Fansuri dalam proses Islamisasi
bahasa Melayu dan Islamisasi bahasa adalah sama dengan Islamisasi pemikiran dan
kebudayaan, di dalam 32 ikat-ikatan syairnya saja terdapat kurang lebih 700
kata ambilan dari bahasa Arab yang bukan saja memperkaya perbendaharaan kita
bahasa Melayu, tetapi dengan demikian juga mengintegrasikan konsep-konsep Islam
di dalam berbagai bidang kehidupan ke dalam sistem bahasa dan budaya melayu.
Dalam
bidang filsafat, ilmu tafsir dan telaah sastra Syeikh Hamzah Fansuri telah pula
mempelopori penerapan metode takwil atau hermeneutikakeruhanian,
kepiawaian Syeikh Hamzah Fansuri di bidang hermeneutika terlihat di
dalam Asrar al-‘arifin (rahasia ahli makrifat), sebuah risalah
tasawuf klasik paling berbobot yang pernah dihasilkan oleh ahli tasawuf
nusantara, disitu Syeikh Hamzah Fansuri memberi tafsir dan takwil atas puisinya
sendiri, dengan analisis yang tajam dan dengan landasan pengetahuan yang luas
mencakup metafisika, teologi, logika, epistemologi dan estetika. Asrar bukan
saja merupakan salah satu risalah tasawuf paling orisinal yang pernah ditulis
di dalam bahasa Melayu, tetapi juga merupakan kitab keagamaan klasik yang
paling jernih dan cemerlang bahasanya dengan memberi takwil terhadap syair-syairnya
sendiri Syeikh Hamzah Fansuri berhasil menyusun sebuah risalah tasawuf yang
dalam isinya dan luas cakrawala permasalahannya.
Ajaran
Wujudiyah
Peranan penting Syeikh Hamzah Fansuri dalam
sejarah pemikiran dunia Melayu Nusantara bukan saja karena gagasan tasawufnya,
tetapi puisinya yang mencerminkan pergulatan penyair menghadapi realitas zaman
dan pengembaraan spiritualnya. Salah satu karya penting dari Syeikh Hamzah
Fansuri adalah Zinat al-Wahidin yang ditulis pada akhir abad ke-16 ketika
perdebatan sengit antara faham wahdatul wujud sedang berlangsung
dengan tegang di Sumatera. Teks ini diyakini oleh para peneliti sebagai kitab
keilmuan pertama yang ditulis dalam bahasa Melayu. Syeikh Hamzah Fansuri juga
dikenal sebagai seorang pelopor dan pembaharu melalui karya-karya Rubba
al-Muhakkikina, Syair Perahu dan Syair Dagang. Kritiknya yang tajam
terhadap perilaku politik dan moral raja-raja, para bangsawan dan orang-orang
kaya menempatkannya sebagai seorang intelektual yang berani pada zamannya.
Sebagai
seorang tasawuf Syeikh Hamzah Fansuri pernah memperlihatkan dalam
karya-karyanya bahwa Syeikh mempunyai hubungan dengan tasawuf yang berkembang
di India pada abad ke-16 dan 17. Syeikh Hamzah Fansuri langsung mengaitkan
dirinya dengan ajaran para sufi Arab dan Persia sebelum abad ke-16. Bayazid dan
al-Hallaj merupakan tokoh idola Syeikh Hamzah Fansuri di dalam cinta (‘isyq)
dan ma’rifat, dipihak lain Syeikh sering mengutip pernyataan dan
syair-syair Ibnu ‘Arabi serta Iraqi untuk menopang pemikiran kesufiannya.
Hubungan Syekh Hamzah Fansuri dengan para penulis jarang sekali memperoleh
perhatian para sarjana tasawuf di Indonesia. Padahal selain Ibnu ‘Arabi
pemikir sufi yang banyak memberi warna pada pemikiran wujudiyah.
Syeikh ialah Fakhruddin Iraqi. Seringnya Syeikh menyebut dan
mengutip lama’at lama’at karya Iraqi, memperlihatkan adanya perhatian
istimewa antara pandangannya dengan pandangan Iraqi.
Yang
selalu disangga oleh orang tentang ajaran Hamzah Fansuri ialah karena faham
“wahdatul wujud”, “hulul”, “ittihad” karenanya terlalu mudah orang-orang
mengecapnya sebagai seorang zindiq, sesat, kafir, dan sebagainya. Ada
orang yang menyangka bahwa beliau adalah pengikut fahamsyi’ah, ada juga
yang mempercayai bahwa ia adalah bermadzab syafi’i di bidang fiqih,
dalam pegangan tasawuf, beliau pengikut thariqat Qadiriyah yang
dibangsakan kepada Syeikh Abdul Qodir Jailani.
Walaupun
pemikiran wujudiyah telah berakar lama di dalam pemikiran para sufi sebelum
abad ke13 seperti Hallaj, Imam al-Ghazali dan Ibn ‘Arabi, namun pemakaian
istilah wahdatul wujud sebagaimana kita kenal sekarang ini bukan
berasal dari Ibn ‘Arabi, istilah tersebut mula-mula dikemukakan oleh Qunawi
setelah melakukan tafsir yang mendalam atas karya-karya Ibn ‘Arabi. Istilah Wahdatul
Wujud (dari mana istilah wahdatul wujud berasal) dikemukakan untuk
menyatakan bahwa keesaan Tuhan (tauhid) tidak bertentangan dengan gagasan
tentang penampakan pengetahuannya yang berbagai di alam fenomena (alam
al-khalq). Tuhan sebagai dzat mutlak satu-satunya di dalam keesaannya memang
tanpa sekutu dan bandingan, dan karenanya Tuhan adalah transenden (tanzih).
Tetapi karena dia menampakkan wajah-Nya serta ayat-ayat-Nya di seluruh alam
semesta dan di dalam diri manusia, maka Dia memiliki kehadiran spiritual di
alam kejadian. Kalau tidak demikian maka dia bukan yang zakir dan yang batin,
sebagaimana al-Qur’an mengatakan, dan kehampirannya kepada manusia tidak akan
lebih dekat dari urat leher manusia sendiri. Karena manifestasi pengetahuannya
berbagai-bagai dan memiliki penampakan zakir dan batin, maka di samping
transenden dia juga immanen (tashbih). Dasar-dasar gagasan wujudiyah semacam
inilah yang dikembangkan Iraqi.
Dikatakan
bahwa Rahman merupakan perhimpunan sekalian ibarat, artinya hakikat
dari sekalian ma’lumat (yang diketahui) yakni segala ciptaan-Nya. Tanpa
rahman-Nya tak mungkin segala sesuatu itu memperoleh kewujudan, dan itulah
sebabnya dikatakan bahwa wujud rahman-Nya merupakan hakikat segala barang
ciptaan. Menurut Ibn ‘Arabi, sebelum bermulanya penciptaan, di dalam
kesendiriannya Tuhan merenung dan melihat (syuhud) ke dalam dirinya dan
tampaklah pengetahuannya yang tak terhingga dan masih merupakan perbendaharaan
tersembunyi (kanz makhfi), di dorong oleh cintanya terbitlah kehendaknya untuk
dikenal, maka dia menciptakan dan dengan demikian dia dikenal. Ciptaan-Nya
adalah pemakluman (ma’lumat) dari pengetahuannya yang melalui mereka Dia
dikenal.
Zinat
al-Wahidin
Kitab
ini agaknya merupakan ringkasan ajaran wahdatul wujud yang telah
diasakan oleh Ibn ‘Arabi, Sadruddin Qunawi, Fakhrudin Iraqi dan Abdul Karim
al-Jilli. Di dalamnya diuraikan pula cara-cara mencapai makrifat menurut
disiplin keruhanian tarekat Qadariyah. Ini tidak sukar dibuktikan karena di
dalam syairnya Syeikh Hamzah Fansuri menyatakan bahwa telah dibaitkan di dalam
tarekat tersebut di Shahr Nawi dan sekembalinya dari Makkah, Yerussalem,
Baghdad, dan Gujarat, Syeikh bertambah masyhur sebagai ahli tasawuf dan guru
keruhanian. Kitab ini disusun di dalam tujuh bab.
Bab
V ini merupakan bab penting, sebab di dalamnya Hamzah Fansuri menguraikan
prinsip-prinsip antologi wujudiyah, yaitu mengenai tajalli zat Tuhan.
Hamzah Fansuri menerjemahkan tajalli sebagai ‘kenyataan’ dan penunjukkan,
maksudnya penampakan pengetahuan Tuhan melalui penciptaan alam semesta dan
isinya. Penciptaan secara menurun tersusun dari lima martabat, yaitu dari atas
ke bawah, dari yang tertinggi ke yang terendah sesuai peringkat keruhanian dan
luas sempit sifatnya, dari yang umum kepada yang khusus. Zat Tuhan disebut lata’ayyun, yakni
tiada nyata. Di sebutlata’ayyun karena akal pikiran, perkataan,
pengetahuan dan makrifat manusia tidak akan sampai kepadanya. Pandangan ini
didasarkan pada hadits Nabi “tafakkaru fi khalq-i’l-laah-i wa laa tafakkaruu
fii dzaat-i’l-laah” (pikirkan apa saja yang diciptakan Tuhan tetapi jangan
pikirkan tentang zatnya.
Walaupun
zat tuhan itu lata’ayyun namun dia ingin dikenal, maka dia mencipta
alam semesta dengan maksud agar dirinya dikenal “kehendak supaya
dikenal” inilah yang merupakan permulaan tajalli Ilahi. Sesudah tajalli
dilakukan maka dia dinamakan ta’ayyun yang berarti “nyata”.
Keadaanta’ayyun inilah yang dapat dicapai oleh pikiran, pengetahuan dan
makrifat.
Ta’ayyun zat Tuhan terbagi ke dalam empat
martabat :
a. Ta’ayyun awwal,
kenyataan Tuhan dalam peringkat pertama yang terdiri dari ilm (pengetahuan),
wujud (ada), syuhud (melihat / menyaksikan) dan nur (cahaya). Dengan adanya
pengetahuan maka dengan sendirinya Tuhan itu Alim (mengetahui atau maha tahu)
dan ma’lum (yang diketahui). Karena dia itu wujud maka dengan sendirinya dia
ialah yang mengada, yang mengadakan atau yang ada, karena cahaya maka dengan
sendirinya dia adalah yang menerangkan (dengan cahayanya) dan yang diterangkan
(oleh cahayanya).
b. Ta’ayyun tsani (dikenal juga dengan
ta’ayyun ma’lum), kenyataan Tuhan dalam peringkat kedua, yakni kenyataan
menjadi yang dikenal atau diketahui. Pengetahuan atau ilmu Tuhan menyatakan
diri dalam bentuk yang dikenal atau yang diketahui, pengetahuan yang dikenal
disebut al-ayan al-tsabitah, yakni kenyataan segala sesuatu. Al-A’yan
al-tsabitah juga disebut Suwar al-Ilmiyah, yakni bentuk yang dikenal,
atau al-haqiqah al-asyya, yakni hakikat segala sesuatu di alam semesta dan
ruh idlafi, yakni ruh yang terpaut.
c. Ta’ayyun tsalits, kenyataan Tuhan
dalam peringkat ketiga ialah ruh manusia dan makhluk-makhluk.
d. Ta’ayyun rabi’ dan khamis, kenyataan
Tuhan dalam peringkat keempat dan kelima adalah penciptaan alam semesta,
makhluk-makhluk, termasuk manusia, penciptaan ini tiada berkesudahan dan tiada
berhingga, ila mala nihayat-a lah-u.
Hamzah
Fansuri menerjemahkan perkataan wajh sebagai zat, yaitu at yang telah
ber-ta’ayyun. Adapun Tuhan itu mutlak, karena itu Ibn Arabi menyebut dia
sebagai wajib al-wujud, yaitu wujud yang Qa’im sendirinya, sedangkan alam
semesta disebut sebagai mumkin al-wujud, wujud yang mungkin atau nisbi karena
adanya tergantung kepada wujud mutlak yaituwajib al-wujud. Hamzah Fansuri
memang mengikuti Ibn ‘Arabi, yang mengatakan bahwa wujud mutlak sebagai sebab
hakiki dari segala kejadian merupakan wujud yang keberadaannya mutlak
diperlukan, wajib al-wujud li dzatih.
Menurut
Hamzah Fansuri alam semesta dan isinya berasal dari Allah, bukan dari ‘tiada’
pulang kepada ‘tiada’, tapi dari ada pulang kepada ada. Dengan ‘ada’ yang
dimaksudkan ialah ‘pengetahuan’ atau ilmu Tuhan. Dia mengutip ayat al-Qur’an
untuk menopang pendapatnya “innamaa amruhuu idzaa araada syai’an an
yaquululahnu kunfa-yakuun” (sesungguhnya tatkala Dia berkehendak kepada sesuatu
maka dia pun berkata, “jadilah kau!” maka segala sesuatu itu pun menjadi
[tercipta]).
Rujukan :
[2] Harun Nasution,
dkk., Ensiklopedi Islam Indonesia, IAIN Syarif Hidayatullah, Jakarta,
1992, hlm. 296
[3] Hawash
Abdullah, Perkembangan Ilmu Tasawuf dan Tokoh-tokohnya di
Nusantara, t.pn., Surabaya, 1930, hlm. 35-36
[6] Abdul Hadi
W.M., Tasawuf Yang Tertindas Kajian Hermeneutik Terhadap karya-Karya
Hamzah Fansuri, cet.1., Jakarta, 2001, hlm. 227-229
Sumber:
Salam.. Aik, Shahnon Ahmad juga termasuk dalam tokoh karya agung? Bukankah Shahnon Ahmad itu tokoh Sasterawan Negara? Apa pula contoh karya yang dihasilkan oleh beliau yang menunjukkan bhawa beliau adalah tokoh karya agung, mohon penjelasan?
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Terima kasih untuk soalan. Shahnon Ahmad merupakan sasterawan negara dan hasil-hasil karyanya itu boleh digolongkan sebagai karya agung kerana hasil karyanya itu menepati ciri-ciri sebuah karya agung. Ciri yang dimaksudkan adalah daripada segi nilai, pandangan hidup, adat, budi, kesedaran moral dan visi bangsa dan masyarakatnya. Sebagai contoh, karyanya terkandung isu sosial, politik dan nilai-nilai murni. Karya yang ditulis oleh beliau adalah seperti yang ditunjukkan di atas, iaitu novel Ranjau Sepanjang Jalan, Rentong, Kemelut dan lain-lain.
ReplyDeleteTerima kasih Pena Tinta Bermadah. Sebenarnya saya agak musykil apabila terpandang
ReplyDeletenama Shahnon Ahmad yang juga tergolong dlam tokoh karya agung sedangkan beliau merupakan tokoh sasterawan negara. Wbgmanapun terima kasih atas perkongsian tentang ciri karya agung yang telah dijelaskan.
Sama-sama . Inn Shaa ALLAH kita bersama berkongsi ilmu ^_^
ReplyDelete