Wednesday, 16 April 2014

Tokoh-tokoh Pengarang Karya Agung


Datuk Shahnon Ahmad

Datuk Shanon Ahmad merupakan Sasterawan Negara yang kedua. Beliau dilahirkan pada 13 Januari 1933 di Kampung Derdap, Sik Kedah. Beliau merupakan kanak – kanak pendiam dan pemalu serta tidak suka bercampur gaul dengan orang lain. Beliau banyak meghabiskan zaman kecilnya di sawah ,mencari ikan di sungai dan memburu burung. Kepayahan hidup dan dibesarkan dalam suasana kampung yang mecabar telah mematangkan pemikiran beliau. Sifatnya yang sensetif mendorong beliau untuk menulis kisah – kisah hidup manusia dan segala perkara yang berlaku di sekelilingnya.

            Jika ditinjau, kebanyakan novel – novel hasil tulisan beliau berkisarkan dengan isu sosial, iaitu kemiskinan dalam masyarakat luar bandar, kisah – kisah politik dan sebagainya. Falsafah penulisan beliau paling banyak adalah berkaitan dengan isu kemiskinan. Perkara ini terbukti apabila terdapat banyak novel beliau yang menyentuh isu – isu kemiskinan seperti Rentong, Seluang Menodak Baung, Ranjau Sepanjang Jalan , Patriach, Srengenge , Kemelut , Tunggil –tunggul Gerigis, Detik-Detik Diri Di Daerah Daif.

            Persoalan kemiskinan sering diutarakan dalam novel-novel Shahnon kerana beliau sudah sebati kemiskinan. Beliau sendiri hidup dalam keluarga yang miskin, sanak saudaranya serta masyarakat di sekelilingnya juga miskin. Dalam novel Rentong misalnya, Shahnon menceritakan perihal masyarakat tani yang begitu dahagakan pembangunan di kampong Banggol Derdap, iaitu kampungnya sendiri. Watak – watak dalam novel tersebut seperti Dogol, Semaun, Pak Senik Jeha dan Lahuma mengetengahkan konflik jiwa dalam diri mereka yang mewakili masyarakat kampong tersebut. Novel ini mampu memberi kesedaran kepada para pemimpin supaya membuka mata akan kesusahan masyarakat desa yang terabai dalam arus pemodenan.

            Dalam novel Rentong juga menbgisahkan kehidupan masyarakat desa yang hanya bergantung hidup dengan hasil tani sahaja. Turut diceritakan mengenai seekor harimau ganas yang sering menyerang hasil ternakan orang – orang kampung. Pelbagai cara dilakukan untuk membunuh harimau tersebut tetapi tidak berjaya kerana kurangnya kerjasama yang diberikan oleh penduduk kampung. Setelah kematian Dogol akibat dibaham harimau, barulah penduduk kampung berkejasama dengan padu untuk memburu harimau tersebut. Jelas tergambar beliau menerapkan nilai kerjasama masyarakat kampung selain mengutarakan isu kemiskinan di dalam novel beliau.

            Kemiskinan orang kampung yang hidup melarat dan serba kekurangan dari segi tempat tinggal disentuh oleh Shahnon Ahmad dalam novel Rentung. Misalnya digambarkan seperti petikan ini ;
“Malam itu kurang menyenangkan penduduk-penduduk Kampung Banggul Derdap : Terutama kepada mereka yang beratap bocor. Langit hitam pekat. Tak ada bintang walau sebutir sekali pun. Sekali-sekala guntur mengamuk bagaikan setan minta korban.”

            Selain itu, dalam novel Ranjau Sepajang Jalan pula menceritakan tentang kehidupan kampung yang berlatarbelakangkan kampung beliau. Novel ini menceritakan kisah keluarga Jeha dan Lahuma. Padi yang ditanam mereka musnah sebendang kerana diserang oleh ketam. Lahuma pula dutusuk duri menyebabkan kakinya emnjadi busuk. Isterinya Jeha telah berkorban untuk merawat penyakit Lahuma yang kritikal pada ketika itu. Ketam yang menyerang padi membawa maksud si pemiutang yang datang mengambil padi mereka yang masih muda sebagai bayaran hutang.

            Kesan daripada penerimaan masyarakat yang sangat ghairah terhadap novel Ranjau Sepanjang Jalan ini, maka novel ini telah diterjemah kepada bahasa Inggeris oleh Adibah Amin dengan judul No Harvest A Thorn. Novel hasil karya Shahnon Ahmad ini memang berkualiti apabila novel yang terjemahkan ini telah diangkat sebagai salah sebuah antara 10 novel terbaik di Sydney, Australia pada 1980-an. Malahan juga novel Ranjau sepanjang Jalan ini juga pernah diterjemahkan kepada bahasa lain selain daripada bahasa Inggeris seperti Sweedish, Spanish, French, Rusia dan lain-lain. Selain itu,dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan , Shahnon telah memperlihatkan betapa terbatasnya keupayaan manusia kampung menghadapi binatang-binatang kecil yang buas, onak, duri, dan ranjau yang membunuh.

            Tema kemiskinan yang ditonjolkan dan digarap dengan baik dalam novel mampu membawa pembaca menyelami penderitaan dan kepayahan golonga yang miskin. Dalam novel ini, Shahnon mengutarakan mengenai kekolotan pemikiran masyarakat kampung telah menyebabkan mereka sukar untuk mendapat pembangunan. Shahnon juga menyelitkan  sikap penduduk kampung yang mudah menyerah semasa ditimpa kesusahan. Perkara ini bertujuan untuk menyedarkan mereka dari berfikiran kolot.

           Selain daripada isu – isu sosial diutarakan, beliau turut mengupas tema politik dalam beberapa buah novel beliau. Novel Patriach mengisahkan seorang wakil rakyat.iaitu Yang Jasadiah berusaha untuk membasmi kemiskinan yang membelenggu penduduk kampung yang dibawah pimpinannya. Jasadiah yang merupakan seorang wakil rakyat telah bersumpah dan berjanji berhabis-habisan untuk memperjuangkan dan mengubah taraf hidup rakyat yang masih serba kekurangan. Jasadiah dan isterinya Hamidah bersetuju untuk berkorban demi untuk mencapai kehandak rakyat. Mereka sanggup memilih untuk hidup susah, apa yang penting bagi mereka adalah nasib rakyat terbela dan terjaga.

            Novel ini ditulis adalah untuk memberi didikan dan pengajaran kepada pemimpin – pemimpin supaya jujur dan tidak mementingkan diri serta mendahulukan rakyat. Selain itu, pemikiran agama turut diutarakan dalam novel beliau, seperti dalam novel Mahabbah.

            Kesimpulannya, karya Shahnon Ahmad sangat berkualiti kerana beliau bijak mempersembahkan pemikiran beliau terhadap sesuatu isu dengan kreatif dan mampu membawa pembaca menyelami sendiri kehidupan yang digambarkan dalam novel. Novel – novel yang ditulis kebanyakannya berkisarkan tentang kemiskinan dan beliau mahu masyarakat dan golongan pemimpin membuka mata terhadap segelintir golongan miskin di luar bandar. Hasil garapan penceritaan beliau membuktikan bahawa Shahnon Ahmad merupakan seorang yang sangat peka dan berjiwa rakyat. Beliau turut melakukan kritikan sosial dalam novelnya serta mengkritik pemimpin – pemimpin yang tidak telus menjalankan tanggungjawab mereka. Setiap hasil penulisan beliau sebenarnya memperjuangkan sesuatu perkara yang berperang dalam dirinya. Beliau meluahkannya melalui penulisan.

Abdullah Munsyi






Tokoh Abdullah Munsyi

Sumber: 

Abdullah Munsyi telah diiktiraf sebagai Pelopor Kesusasteraan Melayu Moden. Gelaran itu diberikan kerana beliau yang memulakan penulisan corak baru yang menyimpang daripada tradisi sebelumnya. Ciri-ciri penulisan beliau ialah:
·         Tidak lagi berkisar di istana;
·         Tidak juga mengandungi mitos dan legenda;
·         Tidak terbina atas khayalan melulu; dan
·         Telah berhenti mengagung-agungkan golongan istana dan bangsawan.

            Abdullah meninggalkan ungkapan-ungkapan tradisional seperti talibun yang sering diulang-ulang untuk melukiskan sesuatu. Beliau juga menggunakan ganti nama diri aku atau ku yang menjelaskan sifat keakuan dan sifat bertanggungjawab terhadap karya yang dihasilkan. Genre-genre baru yang diterokai beliau ialah autobiografi dan memoir. Walau bagaimanapun, masih terdapat ciri-ciri sastera Melayu tradisional dalam karya seperti Hikayat Abdullah danHikayat Pelayaran Abdullah ke Kelantan. Di samping itu, lenggang-lenggok bahasa yang digunakan oleh beliau masih terikut-ikut dengan bahasa yang terdapat dalam Sejarah Melayu. 

2. Zaman Sebelum Perang

Prosa Melayu Moden

Asas Kesusasteraan Melayu Moden yang dikarang oleh Abdullah Munsyi menjadi pegangan para pengarang selepas beliau pada tahun-tahun 1860-an dan seterusnya. Pengaruh luar dan teknologi moden telah menyebabkan terhasil dan tersebar karya sastera dalam bahasa Melayu. Pendidikan (tidak kira sistem Barat atau sistem Timur Tengah) telah mempertingkat kadar kenal huruf. Selain itu, pelajar-pelajar Melayu terpengaruh dengan bahan-bahan bacaan dari luar. Hal tersebut telah mendorong mereka yang kreatif melahirkan karya-karya sendiri. Karya-karya yang dimaksudkan itu tersiar dalam akhbar dan majalah yang tumbuh akibat kemasukan teknologi percetakan. Apabila syarikat-syarikat percetakan didirikan, genre-genre sastera seperti novel dicetak dalam bentuk buku. Pada era sebelum Perang Dunia Kedua, lahir akhbar, majalah, novel, cerpen dan sajak. Peranan Akhbar Sebelum Perang Jawi Peranakan (1876), ialah akhbar terawal yang diterbitkan di Singapura. Antara akhbar-akhbar terawal yang telah diterbitkan di Tanah Melayu ialah Sekolah Melayu (1883) dan Bintang Timur (1894). 

            Menjelang tahun-tahun 1900 hingga 1920, muncul akhbar-akhbar sepertiUtusan Melayu, Neracha, dan Lembaga Malaya. Pada dekad seterusnya muncul pula Warta Malaya, Majlis, Warta Ahad,dan Warta Jenaka. Selain berita tempatan dan luar negeri, akhbar juga menyiarkan rencana berbentuk nasihat, politik dan sosioekonomi orang Melayu serta karya sastera seperti cerpen, novel bersiri dan sajak. Antara pengarang-pengarang yang aktif menyumbangkan karya mereka di dalam akhbar pada masa itu ialah Abdul Rahim Kajai, Onn Jaafar, Syed Syeikh al-Hadi, dan Mohd. Eunos Abdullah. Peranan Majalah Sebelum Perang Majalah-majalah yang muncul sebelum Perang Dunia Kedua ialah al-Imam (1906), Pengasuh (1918), dan Majalah Guru (1924). Mengikut urutan, majalah itu diterbitkan di Singapura, Kota Bharu dan Pulau Pinang. Majalah lain yang popular ialah Hiburan, Kencana, Qalam danTunas. Kesemua majalah yang disebutkan itu kemudian diterbitkan di Singapura. Majalah al-Imam yang diutarakan oleh Syed Syeikh al-Hadi, Syeikh Mohd. Tahir Jalaluddin dan Haji Abas Mohd. Taha itu menyiarkan rencana berunsur Islam yang mengetengahkan pegangan Kaum Muda dan semangat kebangsaan. Akibat tekanan Kaum Tua, majalah ini diberhentikan penerbitannya pada tahun 1908. Berbeza dengan al-Imam, majalah Pengasuh yang diusahakan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dimuatkan dengan karangan pengarang daripada golongan kaum tua. Selain rencana pengetahuan dan pendidikan,Majalah Guru memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan perkembangan Puisi Melayu Moden. Majalah ini menyiarkan sajak yang ditulis oleh Punggok. Penulis-penulis lain yang turut menyumbangkan karya-karya mereka di dalam majalah ini ialah Harun Aminurrashid, Embong Yahya dan Abdullah Sidek.

Peranan Golongan Intelek Agama dalam Prosa Melayu Moden Sebelum Perang

Golongan intelek agama di dalam sejarah perkembangan Kesusasteraan Melayu Moden bermaksud penulis yang cerdik pandai agama Islam. Mereka mempunyai latar belakang, pendidikan, kegiatan, penerbitan dan penulisan yang berunsur Islam. Kesemuanya mendapat pendidikan di Timur Tengah. Di sana mereka terdedah kepada gerakan pembaharuan Islah yang dipelopori oleh Syed Syeikh Muhammad Abduh di Kaherah. Di Tanah Melayu, gerakan ini dimulakan oleh Mohd. Tahir bin Jalaluddin al-Azhari manakala di Singapura, Syeikh Mohd. bin Salem al-Khalali yang memulakannya.

            Gerakan ini bertujuan untuk menghapuskan pemikiran kuno dan karut. Di samping itu, mereka berusaha meletakkan Al-Qur’an dan Hadis sejajar dengan proses pemodenan. Sehubungan itu, mereka mengajak golongan belia keluar daripada kebudayaan kuning melalui penerbitan majalah agama. Perbincangan ini akan bertumpu kepada Kaum Muda kerana mereka berperanan besar dalam pertumbuhan novel sebelum Perang Dunia Kedua

            Tokoh-tokoh yang dimaksudkan ialah Syed Syeikh al-Hadi, Ahmad Rasyid Talu, dan Haji Ahmad Ismail. Syed Syeikh al-Hadi dengan novel Hikayat Faridah Hanum (1926) digelar sebagai Bapa Penovelan Saduran. Selepas beliau, muncul pula Ahmad Rasyid Talu. Novelis ini ialah orang yang pertama menghasilkan novel Melayu asli. Beliau digelar Bapa Novel Melayu Asli. Novel pertama karangan Ahmad Rasyid Talu ialah Kawan Benar (1927). Tokoh ketiga ialah Haji Ahmad Ismail yang menulis novel Cogan Setia (1929).


Peranan Guru-Guru Sekolah Melayu dalam Prosa Melayu Moden

Selain penulis agama, wujud pula guru sebagai penulis yang memberi sumbangan di dalam bidang penulisan. Penulis guru ialah golongan yang bekerja sebagai guru dan secara sambilan menghasilkan karya sastera. Mereka dilatih di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjong Malim, Perak. Di Maktab itu mereka terdorong untuk menulis kerana kewujudan badan yang bersifat bahasa dan sastera, iaitu Pejabat Karang Mengarang. Mereka menghasilkan karya untuk membawa masyarakat ke arah kemajuan dan mengubah cara berfikir orang Melayu. Kesedaran demikian timbul kerana dipengaruhi idea penulis agama dan karya-karya dari Indonesia.

Tokoh-tokoh penulis guru ialah Harun Muhammad Amin (Harun Aminurrashid), Abdullah Sidek, Ahmad Bakhtiar, Ahmad Murad Nassaruddin, dan Za’ba. Za’ba merupakan orang Melayu yang pertama memperkatakan persuratan Melayu moden di dalamJournal of Malayan Branch of the Royal Asiatic Society (JMBRAS) seperti Recent Malay Literature (1941).



Sheikh Hamzah Fansuri & pemikirannya



Syeikh Hamzah Fansuri adalah seorang cendekiawan, ulama tasawuf, dan budayawan terkemuka yang diperkirakan hidup antara pertengahan abad ke-16 sampai awal abad ke-17. Nama gelar atau takhallus yang tercantum di belakang nama kecilnya memperlihatkan bahwa pendekar puisi dan ilmu sulukini berasal dari Fansur, sebutan orang-orang Arab terhadap Barus, sekarang sebuah kota kecil di pantai barat Sumatra yang terletak antara kota Sibolga dan Singkel. Sampai abad ke-16 kota ini merupakan pelabuhan dagang penting yang dikunjungi para saudagar dan musafir dari negeri-negeri jauh.
            Sayang sekali bukti-bukti tertulis yang dinyatakan kapan sebenarnya Syeikh Hamzah Fansuri lahir dan wafat, di mana dilahirkan dan di mana pula jasadnya dibaringkan dan di tanam, tak dijumpai sampai sekarang.

            Dari syair dan dari namanya sendiri sudah sekian lama berdominasi di Fansur, dekat Singkel, sehingga mereka dan turunan mereka pantas digelari Fansur. Konon saudara Hamzah Fansuri bernama Ali Fansuri, ayah dari Abdur Rauf Singkel Fansuri. Pada ahli cenderung memahami dari syair bahwa Hamzah Fansuri lahir di tanah Syahrmawi, tapi tidak ada kesepakatan mereka dalam mengidentifikasikan tanah Syahrmawi itu. Ada petunjuk tanah Aceh sendiri ada yang menunjuk tanah Siam, dan bahkan ada sarjana yang menunjuk negeri Persia sebagai tanah yang di Aceh oleh nama Syamawi.

            Kiranya namanya di Nusantara di kalangan ulama dan sarjana penyelidik keislaman tak asing lagi. Hampir semua penulis sejarah Islam mencatat bahwa Syeikh Hamzah Fansuri dan muridnya Syeikh Syamsuddin Sumatrani adalah dengan al-Hallaj, faham hulul, ittihad, mahabbah dan lain-lain adalah seirama. Syeikh Hamzah Fansuri diakui seorang pujangga Islam yang sangat populer di zamannya, sehingga kini namanya menghiasi lembaran-lembaran sejarah kesusasteraan Melayu dan Indonesia. Namanya tercatat sebagai tokoh kaliber besar dalam perkembangan Islam di nusantara dari abadnya hingga ke abad kini. Dalam buku-buku sejarah mengenai Aceh namanya selalu diuraikan dengan panjang.

Karya-karyanya

Hamzah Fansuri menghasilkan karya tulis yang banyak, akan tetapi karya-karya tulisnya itu bersama karya-karya tulis Syamsuddin Sumatrani, dibinasakan (dibakar) berdasarkan perintah Sultan Iskandar Sani atau anjuran Huruddin al-Riniri, mufti dan penasehat agama di Istana Sultan tersebut.

Di antara syair-syair Syeikh Hamzah Fansuri terkumpul dalam buku-buku yang terkenal, dalam kesusasteraan Melayu / Indonesia tercatat buku-buku syairnya antara lain :
a. Syair Burung Pingai
b. Syair Dagang
c. Syair Pungguk
d. Syair Sidang Faqir
e. Syair Ikan Tongkol
f. Syair Perahu

Karangan-karangan Syeikh Hamzah Fansuri yang berbentuk kitab ilmiah antara lain :
a. Asfarul ‘arifin fi bayaani ‘ilmis suluki wa tauhid
b. Syarbul ‘asyiqiin
c. Al-Muhtadi
d. Ruba’i Hamzah al-Fansuri

Karya-karya Syeikh Hamzah Fansuri baik yang berbentuk syair maupun berbentuk prosa banyak menarik perhatian para sarjana baik sarjana barat atau orientalis barat maupun sarjana setempat, yang banyak membicarakan tentang Syeikh Hamzah Fansuri antara lain Prof. Syed Muhammad Naquib dengan beberapa judul bukunya mengenai tokoh R.O Winstedt yang diakuinya bahwa Syeikh Hamzah Fansuri mempunyai semangat yang luar biasa yang tidak terdapat pada orang lainnya. Dua orang yaitu J. Doorenbos dan Syed Muhammad Naquib al-Attas mempelajari biografi Syeikh Hamzah Fansuri secara mendalam untuk mendapatkan Ph.D masing-masing di Universitas Leiden dan Universitas London. Karya Prof. Muhammad Naquib tentang Syeikh Hamzah Fansuri antaranya :
- The Misticum of Hamzah Fansuri (disertat 1966), Universitas of Malaya Press 1970
- Raniri and The Wujudiyah, IMBRAS, 1966
- New Light on Life of Hamzah Fansuri, IMBRAS, 1967
- The Origin of Malay Shair, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1968

Puisi-puisi penyair sufi biasanya tidak lengkap tanpa disertai tanda-tanda kesufian seperti, faqir, asyiq dan lain sebagainya. Tanda serupa ini kita jumpai di dalam sajak-sajak Hamzah Fansuri. Di antara tanda kesufian yang banyak ditemukan di dalam syair-syair Hamzah Fansuri ialah anak dagang, anak jamu, anak datu, anak ratu, orang uryani, ungkas quddusi, dan kadang-kadang digunakan dengan nama pribadinya seperti Hamzah Miskin, Hamzah Gharib dan lain-lain.

Syatahat

Salah satu ciri penting yang melekat pada karya-karya penyair mistik atau sufistik sejak dahulu ialah ungkapan-ungkapan yang mengandung paradoks, dalam tradisi sufi bentuk-bentuk ungkapan paradoks muncul pertama kali dalam ucapan-ucapan teofani (syathahat) Bayazid, al-Hallaj, al-Miffaru, Ibn ‘Arabi dan lain-lain. Di dalam syair-syairnya Hamzah Fansuri sering menampilkan ucapan-ucapan syathahat bayazid dan al-Hallaj, dua wira sufi yang diteladaninya. Ucapan-ucapan terkenal kedua sufi itu ialah “Subhani! Subhani!” (terpujilah daku) dan “Ana al-Haqq” (aku adalah kebenaran). Selain berfungsi memadatkan pengucapan puitik, kutipan ucapan syathiyat ini memberikan suasana ekstase atau kegairahan mistik dan juga untuk mengukuhkan tafsir sufistik penyair terhadap ayat-ayat al-Qur’an dan hadits qudsi yang terdapat di dalam bait-bait sebelumnya, misalnya di dalam ikatan-ikatan yang menggambarkan pengalaman fana penyair.

Sabda rusul Allah Nabi kamu
Lama’a Allah sekali waqtu
Hamba dan Tuhan menjadi satu
Inilah ‘arif bernama tahu
Kata Bayazid terlalu ali
Subhani maa’zama sya’ni
Inilah ilmu sempurna fani
Jadi senama dengan hayy al Baqi
Kata mansur penghulu asyiq
Yaitu juga empunyai nathiq
Kata ini siapa la’iq
Mengatakan diri akulah khaliq
Dengarkan dirimu hai orang yang kamil
Jangan menuntut ilmu yang bathil
Tiada bermanfaat kata yang jahil
Ana’al haqq mansur itulah washil
Hamzah Fansuri terlalu karam
Ke dalam laut yang maha dalam
Berhenti angin ombaknya padam
Menjadi sultan pada kedua laman.

Peranan Syeikh Hamzah Fansuri

Syeikh Hamzah Fansuri bukan hanya seorang ulama tasawuf dan sastrawan terkemuka, tetapi juga seorang perintis dan pelopor bagi perkembangan kebudayaan Islam, sumbangannya sangat besar. Di bidang keilmuan Syeikh telah mempelajari penulisan risalah tasawuf atau keagamaan yang demikian sistematis dan bersifat ilmiah. Sebelum karya-karya Syeikh muncul, masyarakat muslim Melayu mempelajari masalah-masalah agama, tasawuf dan sastra melalui kitab-kitab yang ditulis di dalam bahasa Arab atau Persia. Di bidang sastra Syeikh mempelopori pula penulisan puisi-puisi filosofis dan mistis bercorak Islam, kedalaman kandungan puisi-puisinya sukar ditandingi oleh penyair lain yang sezaman ataupun sesudahnya. Penulis-penulis Melayu abad ke-17 dan 18 kebanyakan berada di bawah bayang-bayang kegeniusan dan kepiawaian Syeikh Hamzah Fansuri.

Di samping itu Syeikh Hamzah Fansuri telah berhasil meletakkan dasar-dasar puitika dan estetika melayu yang mantap dan kukuh. Pengaruhestetika dan puitika yang diasaskan oleh Syeikh Hamzah Fansuri di dalam kesusasteraan Indonesia dan Melayu masih kelihatan sampai abad ke-20. Khususnya di dalam karya penyair pujangga baru seperti Sanusi Pane, dan Amir Hamzah, sastrawan-sastrawan Indonesia angkatan 70-an danarto dan Sutardi Calzoum Buchiri berada di dalam satu jalur estetik dengan Syeikh Hamzah Fansuri.

            Dalam bidang kebahasaan pula sumbangan Syeikh Hamzah Fansuri sukar untuk dapat diingkari apabila kita mau berjujur. Pertama, sebagai penulis pertama kitab keilmuan di dalam bahasa Melayu, Syeikh Hamzah Fansuri telah berhasil mengangkat naik martabat bahasa Melayu dari sekedar lingua Franca menjadi suatu bahasa intelektual dan ekspresi keilmuan yang canggih dan modern. Dengan demikian kedudukan bahasa Melayu di bidang penyebaran ilmu dan persuratan menjadi sangat penting dan mengungguli bahasa-bahasa Nusantara yang lain, termasuk bahasa Jawa yang sebelumnya telah jauh lebih berkembang. Kedua, jika kita membaca syair-syair dan risalah-risalah tasawuf Syeikh Hamzah Fansuri, akan tampak betapa besarnya jasa Syeikh Hamzah Fansuri dalam proses Islamisasi bahasa Melayu dan Islamisasi bahasa adalah sama dengan Islamisasi pemikiran dan kebudayaan, di dalam 32 ikat-ikatan syairnya saja terdapat kurang lebih 700 kata ambilan dari bahasa Arab yang bukan saja memperkaya perbendaharaan kita bahasa Melayu, tetapi dengan demikian juga mengintegrasikan konsep-konsep Islam di dalam berbagai bidang kehidupan ke dalam sistem bahasa dan budaya melayu.

            Dalam bidang filsafat, ilmu tafsir dan telaah sastra Syeikh Hamzah Fansuri telah pula mempelopori penerapan metode takwil atau hermeneutikakeruhanian, kepiawaian Syeikh Hamzah Fansuri di bidang hermeneutika terlihat di dalam Asrar al-‘arifin (rahasia ahli makrifat), sebuah risalah tasawuf klasik paling berbobot yang pernah dihasilkan oleh ahli tasawuf nusantara, disitu Syeikh Hamzah Fansuri memberi tafsir dan takwil atas puisinya sendiri, dengan analisis yang tajam dan dengan landasan pengetahuan yang luas mencakup metafisika, teologi, logika, epistemologi dan estetika. Asrar bukan saja merupakan salah satu risalah tasawuf paling orisinal yang pernah ditulis di dalam bahasa Melayu, tetapi juga merupakan kitab keagamaan klasik yang paling jernih dan cemerlang bahasanya dengan memberi takwil terhadap syair-syairnya sendiri Syeikh Hamzah Fansuri berhasil menyusun sebuah risalah tasawuf yang dalam isinya dan luas cakrawala permasalahannya.

Ajaran Wujudiyah

Peranan penting Syeikh Hamzah Fansuri dalam sejarah pemikiran dunia Melayu Nusantara bukan saja karena gagasan tasawufnya, tetapi puisinya yang mencerminkan pergulatan penyair menghadapi realitas zaman dan pengembaraan spiritualnya. Salah satu karya penting dari Syeikh Hamzah Fansuri adalah Zinat al-Wahidin yang ditulis pada akhir abad ke-16 ketika perdebatan sengit antara faham wahdatul wujud sedang berlangsung dengan tegang di Sumatera. Teks ini diyakini oleh para peneliti sebagai kitab keilmuan pertama yang ditulis dalam bahasa Melayu. Syeikh Hamzah Fansuri juga dikenal sebagai seorang pelopor dan pembaharu melalui karya-karya Rubba al-Muhakkikina, Syair Perahu dan Syair Dagang. Kritiknya yang tajam terhadap perilaku politik dan moral raja-raja, para bangsawan dan orang-orang kaya menempatkannya sebagai seorang intelektual yang berani pada zamannya.

            Sebagai seorang tasawuf Syeikh Hamzah Fansuri pernah memperlihatkan dalam karya-karyanya bahwa Syeikh mempunyai hubungan dengan tasawuf yang berkembang di India pada abad ke-16 dan 17. Syeikh Hamzah Fansuri langsung mengaitkan dirinya dengan ajaran para sufi Arab dan Persia sebelum abad ke-16. Bayazid dan al-Hallaj merupakan tokoh idola Syeikh Hamzah Fansuri di dalam cinta (‘isyq) dan ma’rifat, dipihak lain Syeikh sering mengutip pernyataan dan syair-syair Ibnu ‘Arabi serta Iraqi untuk menopang pemikiran kesufiannya. Hubungan Syekh Hamzah Fansuri dengan para penulis jarang sekali memperoleh perhatian para sarjana tasawuf di Indonesia. Padahal selain Ibnu ‘Arabi pemikir sufi yang banyak memberi warna pada pemikiran wujudiyah. Syeikh ialah Fakhruddin Iraqi. Seringnya Syeikh menyebut dan mengutip lama’at lama’at karya Iraqi, memperlihatkan adanya perhatian istimewa antara pandangannya dengan pandangan Iraqi.

            Yang selalu disangga oleh orang tentang ajaran Hamzah Fansuri ialah karena faham “wahdatul wujud”, “hulul”, “ittihad” karenanya terlalu mudah orang-orang mengecapnya sebagai seorang zindiq, sesat, kafir, dan sebagainya. Ada orang yang menyangka bahwa beliau adalah pengikut fahamsyi’ah, ada juga yang mempercayai bahwa ia adalah bermadzab syafi’i di bidang fiqih, dalam pegangan tasawuf, beliau pengikut thariqat Qadiriyah yang dibangsakan kepada Syeikh Abdul Qodir Jailani.

            Walaupun pemikiran wujudiyah telah berakar lama di dalam pemikiran para sufi sebelum abad ke13 seperti Hallaj, Imam al-Ghazali dan Ibn ‘Arabi, namun pemakaian istilah wahdatul wujud sebagaimana kita kenal sekarang ini bukan berasal dari Ibn ‘Arabi, istilah tersebut mula-mula dikemukakan oleh Qunawi setelah melakukan tafsir yang mendalam atas karya-karya Ibn ‘Arabi. Istilah Wahdatul Wujud (dari mana istilah wahdatul wujud berasal) dikemukakan untuk menyatakan bahwa keesaan Tuhan (tauhid) tidak bertentangan dengan gagasan tentang penampakan pengetahuannya yang berbagai di alam fenomena (alam al-khalq). Tuhan sebagai dzat mutlak satu-satunya di dalam keesaannya memang tanpa sekutu dan bandingan, dan karenanya Tuhan adalah transenden (tanzih). Tetapi karena dia menampakkan wajah-Nya serta ayat-ayat-Nya di seluruh alam semesta dan di dalam diri manusia, maka Dia memiliki kehadiran spiritual di alam kejadian. Kalau tidak demikian maka dia bukan yang zakir dan yang batin, sebagaimana al-Qur’an mengatakan, dan kehampirannya kepada manusia tidak akan lebih dekat dari urat leher manusia sendiri. Karena manifestasi pengetahuannya berbagai-bagai dan memiliki penampakan zakir dan batin, maka di samping transenden dia juga immanen (tashbih). Dasar-dasar gagasan wujudiyah semacam inilah yang dikembangkan Iraqi.

            Dikatakan bahwa Rahman merupakan perhimpunan sekalian ibarat, artinya hakikat dari sekalian ma’lumat (yang diketahui) yakni segala ciptaan-Nya. Tanpa rahman-Nya tak mungkin segala sesuatu itu memperoleh kewujudan, dan itulah sebabnya dikatakan bahwa wujud rahman-Nya merupakan hakikat segala barang ciptaan. Menurut Ibn ‘Arabi, sebelum bermulanya penciptaan, di dalam kesendiriannya Tuhan merenung dan melihat (syuhud) ke dalam dirinya dan tampaklah pengetahuannya yang tak terhingga dan masih merupakan perbendaharaan tersembunyi (kanz makhfi), di dorong oleh cintanya terbitlah kehendaknya untuk dikenal, maka dia menciptakan dan dengan demikian dia dikenal. Ciptaan-Nya adalah pemakluman (ma’lumat) dari pengetahuannya yang melalui mereka Dia dikenal.

Zinat al-Wahidin

            Kitab ini agaknya merupakan ringkasan ajaran wahdatul wujud yang telah diasakan oleh Ibn ‘Arabi, Sadruddin Qunawi, Fakhrudin Iraqi dan Abdul Karim al-Jilli. Di dalamnya diuraikan pula cara-cara mencapai makrifat menurut disiplin keruhanian tarekat Qadariyah. Ini tidak sukar dibuktikan karena di dalam syairnya Syeikh Hamzah Fansuri menyatakan bahwa telah dibaitkan di dalam tarekat tersebut di Shahr Nawi dan sekembalinya dari Makkah, Yerussalem, Baghdad, dan Gujarat, Syeikh bertambah masyhur sebagai ahli tasawuf dan guru keruhanian. Kitab ini disusun di dalam tujuh bab.

            Bab V ini merupakan bab penting, sebab di dalamnya Hamzah Fansuri menguraikan prinsip-prinsip antologi wujudiyah, yaitu mengenai tajalli zat Tuhan. Hamzah Fansuri menerjemahkan tajalli sebagai ‘kenyataan’ dan penunjukkan, maksudnya penampakan pengetahuan Tuhan melalui penciptaan alam semesta dan isinya. Penciptaan secara menurun tersusun dari lima martabat, yaitu dari atas ke bawah, dari yang tertinggi ke yang terendah sesuai peringkat keruhanian dan luas sempit sifatnya, dari yang umum kepada yang khusus. Zat Tuhan disebut lata’ayyun, yakni tiada nyata. Di sebutlata’ayyun karena akal pikiran, perkataan, pengetahuan dan makrifat manusia tidak akan sampai kepadanya. Pandangan ini didasarkan pada hadits Nabi “tafakkaru fi khalq-i’l-laah-i wa laa tafakkaruu fii dzaat-i’l-laah” (pikirkan apa saja yang diciptakan Tuhan tetapi jangan pikirkan tentang zatnya.

            Walaupun zat tuhan itu lata’ayyun namun dia ingin dikenal, maka dia mencipta alam semesta dengan maksud agar dirinya dikenal “kehendak supaya dikenal” inilah yang merupakan permulaan tajalli Ilahi. Sesudah tajalli dilakukan maka dia dinamakan ta’ayyun yang berarti “nyata”. Keadaanta’ayyun inilah yang dapat dicapai oleh pikiran, pengetahuan dan makrifat.

Ta’ayyun zat Tuhan terbagi ke dalam empat martabat :

a.    Ta’ayyun awwal, kenyataan Tuhan dalam peringkat pertama yang terdiri dari ilm (pengetahuan), wujud (ada), syuhud (melihat / menyaksikan) dan nur (cahaya). Dengan adanya pengetahuan maka dengan sendirinya Tuhan itu Alim (mengetahui atau maha tahu) dan ma’lum (yang diketahui). Karena dia itu wujud maka dengan sendirinya dia ialah yang mengada, yang mengadakan atau yang ada, karena cahaya maka dengan sendirinya dia adalah yang menerangkan (dengan cahayanya) dan yang diterangkan (oleh cahayanya).  

b. Ta’ayyun tsani (dikenal juga dengan ta’ayyun ma’lum), kenyataan Tuhan dalam peringkat kedua, yakni kenyataan menjadi yang dikenal atau diketahui. Pengetahuan atau ilmu Tuhan menyatakan diri dalam bentuk yang dikenal atau yang diketahui, pengetahuan yang dikenal disebut al-ayan al-tsabitah, yakni kenyataan segala sesuatu. Al-A’yan al-tsabitah juga disebut Suwar al-Ilmiyah, yakni bentuk yang dikenal, atau al-haqiqah al-asyya, yakni hakikat segala sesuatu di alam semesta dan ruh idlafi, yakni ruh yang terpaut.

c. Ta’ayyun tsalits, kenyataan Tuhan dalam peringkat ketiga ialah ruh manusia dan makhluk-makhluk.

d. Ta’ayyun rabi’ dan khamis, kenyataan Tuhan dalam peringkat keempat dan kelima adalah penciptaan alam semesta, makhluk-makhluk, termasuk manusia, penciptaan ini tiada berkesudahan dan tiada berhingga, ila mala nihayat-a lah-u.

            Hamzah Fansuri menerjemahkan perkataan wajh sebagai zat, yaitu at yang telah ber-ta’ayyun. Adapun Tuhan itu mutlak, karena itu Ibn Arabi menyebut dia sebagai wajib al-wujud, yaitu wujud yang Qa’im sendirinya, sedangkan alam semesta disebut sebagai mumkin al-wujud, wujud yang mungkin atau nisbi karena adanya tergantung kepada wujud mutlak yaituwajib al-wujud. Hamzah Fansuri memang mengikuti Ibn ‘Arabi, yang mengatakan bahwa wujud mutlak sebagai sebab hakiki dari segala kejadian merupakan wujud yang keberadaannya mutlak diperlukan, wajib al-wujud li dzatih.

            Menurut Hamzah Fansuri alam semesta dan isinya berasal dari Allah, bukan dari ‘tiada’ pulang kepada ‘tiada’, tapi dari ada pulang kepada ada. Dengan ‘ada’ yang dimaksudkan ialah ‘pengetahuan’ atau ilmu Tuhan. Dia mengutip ayat al-Qur’an untuk menopang pendapatnya “innamaa amruhuu idzaa araada syai’an an yaquululahnu kunfa-yakuun” (sesungguhnya tatkala Dia berkehendak kepada sesuatu maka dia pun berkata, “jadilah kau!” maka segala sesuatu itu pun menjadi [tercipta]).

Rujukan :
[1] Abdul Hadi, W.M., Hauzah Fansuri, Risalah Tasawuf dan Puisi-Puisinya,Bandung, 1995, hlm. 9-13
[2] Harun Nasution, dkk., Ensiklopedi Islam Indonesia, IAIN Syarif Hidayatullah, Jakarta, 1992, hlm. 296
[3] Hawash Abdullah, Perkembangan Ilmu Tasawuf dan Tokoh-tokohnya di Nusantara, t.pn., Surabaya, 1930, hlm. 35-36
[4] Narun Nasution, dkk., op.cit., hlm. 297
[5] Hawash Abdullah, op.cit., hlm. 37-38
[6] Abdul Hadi W.M., Tasawuf Yang Tertindas Kajian Hermeneutik Terhadap karya-Karya Hamzah Fansuri, cet.1., Jakarta, 2001, hlm. 227-229
[7] Ibid., hlm. 14-16
[8] http://www.kompas.com/kompascetak/05-04/tanah_air/1552018.htm
[9] Abdul Hadi W.M., op.cit., hlm. 20
[10] Hawash Abdullah, op.cit., hlm. 36
[11] Abdul Hadi W.M., op.cit., hlm. 21
[12] Ibid., hlm. 149-151

Sumber: 


Tuesday, 15 April 2014

NILAI ILMU & MAKLUMAT ( ADAT )

PENDAHULUAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010 : 8), adat ditakrifkan sebagai peraturan yang sudah diamalkan turun-temurun dalam masyarakat. Peraturan ini diamalkan sehingga ianya menjadi satu hukum yang perlu dipatuhi oleh semua. Hukum adat akan dikendalikan oleh satu badan yang dikenali sebagai Majlis Orang Tua. Majlis ini diketuai oleh ketua adat. Adat merupakan peraturan yang sudah diamalkan dan diwarisi secara turun-temurun dalam sesuatu masyarakat sehingga menjadi hukum yang tidak boleh dilanggar. Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah membawa konsep ini dengan makna yang lebih luas dan mendalam sehingga merangkumi keseluruhan cara hidup yang kini merupakan kebudayaan undang-undang sistem masyarakat, upacara, dan semua kebiasaan yang sering dilakukan. Namun begitu, pada masa kini makna adat dalam masyarakat Melayu sudah menjadi semakin khusus dan mengecil yakni upacara kebiasaan dan unsur masyarakat yang tidak digolongkan sebagai unsur Islam.

Pengertian yang mendalam sebegini tidak lagi berlaku dalam masyarakat Melayu masa kini. Hukum adat sudah menjadi undang-undang, hukum alam sudah menjadi sains, dan bidang kepercayaan pula menjadi agama. Pengertian adat itu sendiri menjadi semakin sempit. Pada masa kini, adat sering dimaksudkan sebagai adat istiadat atau upacara tradisional. Apabila adat dikatakan sebagai upacara, hal ini bermaksud adat sudah mendapat makna yang sempit kerana upacara merangkumi segala perbuatan, kegiatan, peralatan, acara dan perlakuan yang teratur dan tersusun berkaitan dengan sesuatu kepercayaan. Kepelbagaian upacara telah dianggap sebagai adat bukan sebagai ajaran agama.

Adat juga seringkali dipertentangkan dengan perlakuan Islam sehinggakan adat sesetengah adat dikatakan melanggar akidah Islam. Contohnya, adat bersanding. Dari segi kebudayaan Melayu, perlakuan tersebut ialah sistem adat istiadat dalam bentuk upacara sebenarnya. Penyempitan makna terhadap adat inilah yang menjadi satu faktor penyebab perlunya didedahkan kepada masyarakat mengenai adat sebenar dan cara amalan adat tersebut yang paling tepat yang wujud dalam masyarakat Melayu.


ADAT ISTIADAT DALAM MASYARAKAT MELAYU

Pada masa kini, pengertian dan amalan adat telah berubah menurut perkembangan pengetahuan ilmu dalam masyarakat. Adat istiadat dalam masyarakat Melayu di Malaysia terbahagi kepada dua jenis iaitu Adat Perpatih dan Adat Temenggung. Pembahagian adat ini sekiranya dilihat dari satu sudut boleh dikatakan sebagai tanggapan asli masyarakat Melayu di Malaysia. Namun begitu, penelitian yang mendalam akan menunjukkan bahawa pembahagian ini digolongkan oleh pengkaji Inggeris yang membezakan antara peraturan adat di Negeri Sembilan dan Naning, di utara Melaka daripada negeri lain di Malaysia.

Pembahagian dua jenis adat ini tidak terdapat dalam manuskrip undang-undang Melayu tetapi hanya terdapat dalam teromba atau lagenda asal usul adat Perpatih. Dalam teromba disebutkan bahawa Adat Perpatih itu bermula di Minangkabau, Sumatera. Di Malaysia, terdapat perbezaan yang diterjemahkan sebagai perbezaan antara undang-undang Adat Perpatih di Negeri Sembilan dan Naning dengan Adat Temenggung di negeri-negeri lain. Selain itu, dalam masyarakat Melayu hanya ada dua amalan adat iaitu Adat Perpatih dan Adat Temenggung. Sekiranya wujud pendapat lain mengenai amalan adat, amalan adat tersebut perlu diteliti terlebih dahulu sama ada ianya adalah amalan adat ataupun hanya sekadar upacara.

Adat Perpatih dan Adat Temenggung mempunyai ciri-ciri dan amalannya yang tertentu. Ciri-ciri dan amalan itulah yang menjadikan adat-adat ini istimewa dan unik untuk masyarakat pengamalnya sendiri. Antara kedua-dua adat ini, Adat Perpatih lebih berperaturan lengkap dan terikat berbanding dengan  Adat Temenggung yang tidaklah terlalu terikat. Namun begitu, kedua-dua adat ini masih mempunyai tarikan dan keistimewaannya yang tersendiri.


ADAT PERPATIH


Adat perpatih diamalkan di Negeri Sembilan dan di Naning oleh orang Minangkabau. Adat Perpatih dibawa oleh orang Minangkabau dari Tanah Tinggi Padang, Sumatera ke Negeri Sembilan pada abad ke-17. Adat ini diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang yang berasal dari Sumatera dengan nyanyian “Asal Usul Adat Perpatih”. Semua undang-undang Adat Perpatih diwarisi secara turun-temurun.

Adat Perpatih lebih mengutamakan golongan perempuan. Hal ini dapat dlihat dalam pembahagian harta dan juga jurai keturunan. Namun begitu, keadaan ini tidak bermakna kaum lelaki lebih rendah taraf daripada kaum perempuan tetapi kaum lelaki lebih suka mengembara dan merantau untuk mencari pengalaman dan kehidupan baru yang lebih baik. Golongan wanita diberikan harta benda sebagai nafkah. Selepas berkahwin, orang lelaki mesti meninggalkan kaumnya dan mengikut kaum isterinya. Kaum lelaki tetap memegang tampuk pemerintahan tertinggi seperti Yamtuan Besar walaupun Adat Perpatih ini mengutamakan kaum wanita. Harta pusaka diturunkan melalui keturunan perempuan, iaitu daripada pihak sebelah ibu. Harta bagi pasangan suami isteri boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu harta carian, harta dapatan, dan harta pembawaan. Harta carian ialah harta yang diperoleh bersama sepanjang perkongsian hidup dan harta ini akan dibahagi dua sekiranya berlaku penceraian. Harta dapatan pula ialah harta yang sedia ada pada isteri sebelum dirinya berkahwin dan sekiranya berlaku penceraian harta itu kekal menjadi milik isteri. Harta pembawaan ialah harta yang sedia dimiliki oleh suami sebelum berkahwin dan jika bercerai, isteri tidak boleh menuntut harta tersebut.


Di Negeri Sembilan terdapat 12 suku, antaranya ialah Biduanda, Batu Hampar, Paya Kumbuh, Anak Melaka dan Anak Acheh. Selepas berkahwin, isteri akan membawa suami tinggal di rumah pusaka atau dikenali sebagai rumah gadang ataupun rumah sendiri yang dibina berhampiran rumah pusaka ibunya. Sekiranya suami kematian isteri, adalah digalakkan untuk mengambil adik perempuan isteri untuk dijadikan isteri bagi menjaga anak-anaknya. Susunan keluarga adat ini mengutamakan wanita yang disusurgalurkan kepada keturunan sebelah ibu. Susunannya terdiri daripada ibu, anak-anak perempuan, anak-anak lelaki, cucu perempuan, cucu lelaki dan seterusnya. Adat Perpatih melarang seorang lelaki berkahwin dengan dua atau lebih wanita dari suku yang sama.

Undang-undang yang dilaksanakan dalam Adat Perpatih adalah bersifat pemulihan. Undang-undang tidak dimaktubkan dalam bentuk rekod yang bertulis tetapi berbentuk bidalan, peribahasa, pantun dan sebagainya. Undang-undang jenayah untuk adat ini lebih bersifat bertimbang rasa. Seseorang yang membuat kesalahan akan didenda mengikut kesalahan. Sebagai contoh, seseorang yang dilukakan akan diberi ganti rugi dalam bentuk ayam atau kambing bergantung kepada besarnya luka itu. Adat Perpatih mempercayai bahawa hukuman membolehkan orang yang melakukan jenayah boleh mengubah perangai mereka.

Adat Perpatih bercorak demokrasi iaitu kedaulatan berada di tangan rakyat. Pemerintahan dijalankan secara musyawarah menerusi perwakilan suku-suku. Orang ramai dilindungi oleh undang-undang dan pemerintah juga mesti mengikut undang-undang. Kuasa tidak hanya terletak pada pemerintah. Pemerintah tidak boleh membuat apa-apa perkara sesuka hati. Kuasa memerintah dibahagikan kepada pemerintah, Undang, Lembaga, Buapak dan orang ramai. Dari segi pemilihan jawatan, orang ramai akan memilih Buapak, Buapak akan memilih Lembaga, Lembaga akan memilih Undang dan Undang memilih Yamtuan Besar.

Dalam amalan Adat Perpatih di Negeri Sembilan, ungkapan adat yang disebut sebagai perbilangan adalah sangat penting. Perbilangan ini merupakan peribahasa yang melahirkan kata-kata yang sudah menjadi peraturan, undang-undang atau nasihat yang dapat dijadikan pegangan.


ADAT TEMENGGUNG

Adat Temenggung berasal dari Palembang, Sumatera. Adat ini diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan. Beliau bertindak menjaga kawasan persisiran pantai dan laut. Adat Temenggung ini dibawa ke Melaka pada awal kurun ke-15 dan seterusnya diamalkan di semua negeri-negeri Melayu kecuali Negeri Sembilan. Adat Temenggung mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Ciri Adat Temenggung dari segi sistem kekeluargaan, sistem kekeluargaan bercorak seimbang iaitu kedudukan keluarga sebelah ibu dan bapa sama penting. Adat Temenggung membenarkan perkahwinan dengan sesiapa sahaja asalkan tidak bercanggah dengan hukum syarak. Larangan perkahwinan berdasarkan hukum syarak ialah berkahwin dengan orang yang mempunyai pertalian darah, perempuan yang bersaudara, orang yang bukan beragama Islam, saudara sepersusuan dan perempuan yang dicerai setelah perempuan itu berkahwin dan bercerai dengan suami yang lain.

Pengelompokan masyarakat tidak wujud dalam Adat Temenggung. Susunan adat ini tidak terdapat sistem yang bercorak kesukuan seperti Adat Perpatih. Sebelum perkahwinan diadakan, upacara peminangan akan diadakan terlebih dahulu. Apabila persetujuan dicapai dalam proses peminangan, persetujuan itu akan diikatkan dengan peraturan adat yang dikenali sebagai pertunangan. Jika satu pihak mungkir janji, pihak tersebut perlu membayar ganti rugi mas kahwin dan wang hantaran. Sekiranya pihak perempuan mungkir janji, maka harus dipulangkan kembali hadiah pertunangan dan bayaran ganti rugi yang dipersetujui. Dalam Adat Temenggung, kaum lelaki menjadi ketua keluarga dan nasab keturunan dikira daripada sebelah bapa. Adat Temenggung memberi keutamaan yang sama kepada pihak lelaki dan perempuan tetapi pihak lelaki dilebihkan mengikut hukum syarak.

Dari segi sistem pewarisan harta, mengikut sistem Adat Temenggung, lelaki berhak mewarisi harta yang lebih banyak daripada wanita. Jurai sebelah bapa lebih diutamakan. Sekiranya berlaku penceraian, pembahagian harta antara suami dan isteri akan dilaksanakan mengikut hukum syarak. Adat Temenggung menjelaskan bahawa harta yang diperoleh semasa perkahwinan dikenali sebagai harta sepencarian yang kebiasaanya berkaitan dengan soal tanah. Harta sepencarian bagi isteri yang diceraikan akan dibahagikan secara sama rata. Jika isteri tidak bekerja, maka isteri berhak mendapat satu pertiga bahagian sahaja. Namun begitu, sekiranya penceraian tersebut adalah permintaan suami, maka suami mesti menyediakan nafkah selama tiga bulan dan harta sepencarian harus dibahagi. Senjata dan alat-alat daripada besi diberi kepada suami dan peralatan rumah menjadi hak isteri. Pihak isteri turut berhak mendapatkan rumah atau kebun manakala hutang-hutang dan cukai-cukai berpihak kepada suami. Sebaliknya pula apabila penceraian disebabkan oleh perangai buruk isteri, maka si isteri hanya kehilangan tempat tinggal dan undang-undang menetapkan bahawa suami harus membayar sejumlah tertentu seperti emas. Selain itu, sekiranya penceraian antara suami dan isteri disebabkan isteri meminta cerai kerana tiga kali perangai buruk suami dan berjaya bercerai, isteri tersebut harus menebus dirinya dengan memulangkan tempat tinggal dan harta yang berpindah milik terserah kepada suami.

Di samping itu Adat Temenggung mengamalkan sistem pemerintahan yang bercorak autokrasi iaitu raja mempunyai kuasa mutlak. Raja dilantik berdasarkan keturunan dan perlantikan dilaksanankan menerusi upacara pertabalan. Seseorang raja yang mangkat akan digantikan oleh puteranya yang sulung. Sekiranya raja tersebut tidak mempunyai putera, hak pewarisan takhta akan jatuh kepada adinda lelakinya. Jikalau kedua-duanya tiada, Raja Bendahara akan dilantik menjadi Sultan. Raja-raja Melayu diperuntukkan dengan keistimewaan khas seperti unsur daulat dan derhaka yang tidak boleh dirasai oleh golongan lain. Raja dipercayai mempunyai kuasa sakti dan sesiapa yang melanggar perintah raja akan menerima hukuman yang berat seperti hukuman bunuh. Adat ini juga memperuntukkan kuasa kepada golongan pembesar. Bendahara merupaka ketua tadbir tinggi selepas kuasa raja. Bendahara biasanya terdiri daripada kerabat diraja. Laksamana pula merupakan pegawai yang bertanggungjawab menjaga keamanan khususnya di lautan. Bendahari bertugas sebagai pegawai yang bertanggungjawab dalam menguruskan hal ehwal kewangan negeri. Syahbandar akan bertugas menjaga pelabuhan manakala hulubalang pula bertindak sebagai ketua perajurit yang kebiasaannya terdiri daripada tokoh-tokoh perajurit yang pintar dan cekap dalam teknik peperangan. Jajahan ditadbir oleh pembesar-pembesar kerajaan yang ditugaskan untuk memungut cukai dan menjaga keamanan di daerah-daerah. Pembesar yang berkuasa biasanya akan dilantik dalam kalangan kerabat diraja yang bergelar Tengku. Jawatan terakhir dalam sistem pemerintahan Adat Temenggung ialah Penghulu yang berperanan dalam mentadbir kampung dan membantu pembesar di jajahan.


SUMBER

Mohd Rosli Saludin (2007). Hari-hari mendatang adat perpatih. Penang : Goal Intelligent Publishing Sdn Bhd.


Thursday, 10 April 2014

Estetik Dalam Karya Agung

Keindahan Gaya Bahasa Personifikasi (Makna Luaran) Berdasarkan Karya Agung Sulalatus Salatin

Dalam Sulalatus Salatin, Tun Sri Lanang menggunakan gaya bahasa yang indah untuk memerikan sesuatu hal. Selain itu, penyisipan beberapa unsur lain dapat mengindahkan bahasa supaya mempunyai nilai seni tinggi dan menarik. Sulalatus Salatin turut menggunakan bahasa Melayu klasik. Buktinya, ia menggunakan ayat yang panjang, banyak menggunakan kata pangkal ayat dan istilah-istilah klasik. Selain itu, keunikan teks ini juga boleh dilihat berdasarkan penggunaan bahasa dalam penghasilannya berdasarkan kepada makna dalaman dan makna luaran. Setiap makna tersebut mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan bidangnya sangat luas untuk dibincangkan. Makna dalaman merupakan makna yang hanya diketahui oleh penulis dan mereka sahaja yang boleh merumuskannya. Manakala, Makna luaran merupakan makna yang disepakati oleh pembaca. Oleh itu, makna luaran kelihatan lebih menari untuk diketengahkan kerana ia memberi fokus terhadap pembaca. Kita dapat melihat bagaimana bangsa Melayu dahulukala dapat berfikir secara kreatif, bijaksana dan mendalam dalam bahasanya sendiri. Mereka mampu berfikir melalui bahasa figuratif, bahasa metafora, tidak hanya melalui bahasa literal dan melalui fikiran yang linear tetapi juga secara lateral dan kreatif.
            Terdapat pelbagai aspek sastera yang menarik dapat dilihat menerusi karya Sulalatus Salatin. Misalnya dalam aspek gaya bahasa. Penelitian karya sastera pada waktu sekarang banyak ditujukan pada penerangan struktur ceritanya seperti tema, watak, latar dan persoalan. Akan tetapi, penelitian terhadap gaya bahasa merupakan salah satu aspek penting terhadap kesusasteraan Melayu klasik ini. Pada umumnya, gaya bahasa yang sering digunakan dalam karya sastera adalah personifikasi. Hal ini demikian kerana, penggunaan gaya bahasa yang berkesan mampu menghasilkan sebuah karya sastera bukan sahaja lebih nyata, tetapi juga menjadikan sebuah karya sastera tersebut lebih menarik dan untuk dibaca. Sehubungan dengan itu, aspek gaya bahasa personifikasi tergolong dalam komponen makna luaran sesuatu karya terutamanya karya Melayu klasik. Aspek ini membawa kepada keindahan yang berbeza terhadap karya Melayu klasik yang sukar diperoleh dalam karya-karya moden yang dihasilkan oleh penulis-penulis muda pada hari ini.


    Konsep Keindahan, Gaya Bahasa dan Personifikasi dalam Konteks Makna Luaran

Sulalatus Salatin mempunyai pelbagai gaya bahasa yang seiring dengan tarafnya sebagai sebuah karya agung Melayu klasik. Karya agung ini merangkumi dua aspek makna, iaitu makna dalaman dan makna luaran. Makna yang menjadi fokus utama dalam perbincangan ini ialah makna luaran. Makna luaran merupakan makna yang disepakati oleh pembaca termasuk gaya bahasa. Gaya bahasa yang ingin diketengahkan ialah gaya bahasa personifikasi. Oleh itu, penting untuk mengetahui konsep keindahan, gaya bahasa dan personifikasi sebelum dikaitkan dengan penggunaannya di dalam karya Sulalatus Salatin tersebut agar dapat diketahui makna luarannya.

1.1  Keindahan Melayu Klasik

Istilah keindahan merupakan salah satu istilah pokok dalam sistem estetika kesusasteraan Melayu. Konsep keindahan dalam tradisi dan budaya Melayu menurut V.I. Braginsky (1994:16), beliau merumuskan bahawa terdapat tiga aspek yang dinyatakan dalam karya-karya sastera menerusi penggantian perkataan ‘indah’ dengan kata-kata yang seerti. Menurutnya, keindahan sesuatu karya sastera dipercayai boleh mempengaruhi jiwa seseorang, mempunyai kuasa penyembuh dan manfaat yang terkandung di dalamnya. Keindahannya karya Melayu klasik ini terletak pada tema, persoalan, watak dan perwatakan, plot, gaya bahasa, latar masyarakat serta nilai dan pengajaran .

2.2 Gaya Bahasa

Maksud gaya dalam bidang penghasilan karya bertulis ialah corak, bentuk, rupa atau pengetahuan tentang penggunaan kata-kata dan penyusunan ayat. Gaya juga merupakan satu cara menulis atau bercakap. Menurut Nik Safiah Karim (1981), bahasa dapat didefinisikan sebagai lambang-lambang pertuturan yang arbitrari, bersistem dan digunakan oleh masyarakat untuk berkomunikasi. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), bahasa adalah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dengan individu yang lain).

            Gaya bahasa merupakan cara penyampaian para intelektual meluahkan buah fikiran mereka mengikut pengetahuan penggunaan kata-kata dan  penyusunan ayat untuk menimbulkan seni dalam hasil karya kesusasteraan,  secara tidak langsung akan dapat memikat dan seterusnya menarik minat pembaca terhadap karya-karya sastera. Gaya bahasa juga adalah bertujuan untuk melembutkan lagi makna percakapan dan juga untuk mengindahkan lagi bahasa  itu. Menurut Gory Keraf, (1985:113) gaya bahasa adalah cara mengungkapkan fikiran melalui bahasa secara khas yang memperlihatkan jiwa dan keperibadian penulis (pemakai bahasa). Sesebuah gaya bahasa yang baik harus mengandungi tiga unsur penting seperti kejujuran, sopan-santun dan menarik. Gaya bahasa adalah pemakaian kata-kata kiasan dan perbandingan bagi menggambarkan sesuatu maksud. Pelbagai gaya bahasa dapat dilihat melalui sesuatu bahasa.

            Secara keseluruhan, gaya bahasa adalah satu corak, bentuk kata-kata dan penyusunan kalimat yang digunakan sewaktu berhubung di antara satu sama lain sama ada secara lisan mahupun tulisan. Pada umumnya, terdapat empat jenis gaya bahasa iaitu gaya bahasa perbandingan, gaya bahasa sindiran, gaya bahasa penegasan dan gaya bahasa pertentangan. Namun begitu, dalam penulisan ini, kajian memfokuskan hanya kepada gaya bahasa perbandingan dan melihat kepada skop yang lebih kecil lagi iaitu personifikasi yang terdapat dalam karya Sulalatus Salatin.

1.2  Personifikasi.

Personifikasi dikenal juga sebagai pengorangan atau penginsanan.  Maksud personifikasi ialah tindakan pengarang memberikan sifat manusia, sama ada dari segi perasaan, perwatakan, atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati, binatang, idea, atau hal-hal yang lebih abstrak. Personifikasi adalah memberi watak manusia kepada yang bukan manusia. Misalnya, daun kelapa yang disifatkan sebagai manusia yang boleh melambai, menggamit, bersiul dan sebagainya. Lalu ditulis sebagai “daun nyiur melambai-lambai”, “ daun kelapa menggamit manja” dan sebagainya.

            Oleh itu, terdapat banyak gaya bahasa yang ada dalam karya Sulalatus Salatin yang dikarang semula dalam versi yang lain oleh beberapa orang tokoh seperti A. Samad Ahmad dan Muhammad Haji Salleh. Antaranya ialah gaya bahasa personifikasi dalam karya Sulalatus Salatin. 

 Keindahan Gaya Bahasa Personifikasi dalam Sulalatus Salatin

Tun Seri Lanang menganugerahkan generasi moden kini dengan sejumlah kata,  baris dan citra, yang kekal dalam bahasa Melayu yang diwarisi dari Sulalatus Salatin. Kata dan frasa yang tepat serta dapat menyampaikan maknanya ini pasti diciptakan berkat daripada bakatnya dan dijelmakan dalam adunan situasi yang memerlukan pemikiran yang tinggi bagi memahami makna yang ingin disampaikan termasuk makna luaran. Oleh itu, keindahan gaya bahasa personifikasi telah menyerlahkan identiti Sulalatus Salatin sebagai sebuah karya Melayu klasik yang mempunyai nilai estetika tersendiri.

     Dalam karya Sulalatus Salatin, terdapat banyak penggunaan gaya bahasa personifikasi bagi menggambarkan sesuatu perkara yang berkaitan dengan suasana, pemerintah atau raja-raja Melayu, pembinaan sesuatu kerajaan, perutusan dari satu pihak kepada pihak yang lain dan sebagainya lagi. Perkara-perkara ini telah menggunakan sifat yang ada pada manusia dan dikaitkan pada unsur-unsur alam seperti haiwan, pasir, angin, pokok dan lain-lain. Penggunaan unsur-unsur ini bagi menggambarkan keindahan makna sesuatu perkara supaya dapat difahami oleh pembaca. Antara contoh-contoh penggunaan gaya bahasa personifikasi dalam karya ini adalah seperti berikut.

Sekira-kira empat keruh bumi jauhnya berjalan maka bertemulah dengan ra’yat Raja Syulan lalu berparang, tiada sangka bunyinya lagi, bunyi segala yang bergajah berjuangkan gajahnya dan segala yang berkuda bergigitkan kudanya dan segala yang memegang panah berpetikkan pana(h)nya dan segala (yang) memegang lembing bertikamkan lembingnya dan segala yang (memegang) tombak bertikamkan tombaknya, dan segala yang memegang pedang bertetakan pedangnya.
                                                                                            (Muhammad Haji Salleh, 1997: 13)



BIBLIOGRAFI.

1. A. Samad Ahmad (1986). Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
2. Abdul Wahab Ali (2002). Kritikan Estetik Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
3. D. Kathiresan (1998). Kajian Teks Sastera: Sulalatus Salatin/Sejarah Melayu. Petaling Jaya: Longman.
4. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
5. Keris Mas (1988). Perbincangan Gaya Bahasa sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan  Pustaka.
6. Mana Sikana (2004). Sastera Melayu Klasik: Warisan Keemasan. Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd.
7. Rahman Shaari (1993). Memahami gaya bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Retorik & Gaya Bahasa

RETORIK

Istilah retorik berasal daripada perkataan Greek "tenhne rhetorike" yang bermaksud seni pertuturan. Peringkat awal kemunculannya lebih kurang abad ke-5 sebelum Masihi. Retorik merupakan satu disiplin kemahiran berucap sebagai satu cara pemujukan. Namun perkembangan disiplin ini membawa pengertian yang lebih luas. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), retorik bermaksud teknik pemakaian bahasa yang indah dan menarik untuk memujuk atau mepengaruhi pemikiran pembaca dan pendengar.

Menurut Asmah Omar (1998) dalam Sobariah Baharum (2010) retorik bermakna kajian tentang penggunaan bahasa secara berkesan. Berdasarkan konteks yang sesuai retorik juga dapat diertikan sebagai keupayaan menggunakan bahasa yang berkesan, atau ciri-ciri yang berkesan dalam bahasa. Retorik menyentuh hal yang berkaitan dengan cara menyampaikan pendapat, idea, dan saranan, atau cara menghuraikan sesuatu wahana kepada penulis untuk mempersembahkan pemikirannya, tanggapannya atau perasaannya dengan jelas melalui gaya yang berkesan.

Terdapat enam jenis retorik yang dikemukakan oleh Abu Hassan Abdul (2013), iaitu retorik pemerian, pemujukan, pendedahan, penghujahan, penceritaan dan penerangan. Manakala, Nazirah Ismail dan Sanat Md Nasir dalam Rogayah A. Hamid dan Mariyam Salim (2006) menjelaskan RPL mengandungi lima fakulti atau prinsip, iaitu fakulti reka cipta, susunan, ingatan, gaya dan penyampaian. Ciri utama dalam RPL ialah penggunaan bahasa untuk tujuan beribadah. Justeru, jika retorik dikenali sebagai alat untuk memujuk sebagaimana retorik klasik dan alat untuk mencapai keberkesanan penyampaian sebagaimana retorik moden, ciri tersebut akan dianggap serasi dan dikira sebagai ciri RPL. Oleh hal yang demikian, analisis retorik dalam hikayat ini akan berlandaskan retorik daripada dua sumber yang telah dinyatakan.

Retorik Pemerian

Pemerian menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), ialah perihal memerikan (mengisahkan), pengisahan, penjelasan, penerangan, dan penghuraian. Penulisan pemerian sering diaplikasikan dalam pelbagai genre penulisan. Dalam penulisan jenis ini, tujuan penulis adalah untuk menggambarkan sesuatu. Misalnya penulis ingin memberi gambarakan kepada tentang sesuatu pemandangan, kejadian, benda, atau seseorang watak (Abu Hassan Abdul : 2013). Dalam Hikayat Pandawa Lima, pengarang telah memberikan gambaran betapa cantiknya, wajah Siti Sundari yang terdapat pada halaman ke-20.

Adapun akan Siti Sundari itu terlalu amat baik parasnya. Umurnya sedang remaja puteri dan mukanya pun seperti bulan purnama. Pada ketika cuaca bulan pun tiada terbit, katanya,"... Maka kijang pun tiada melengkatkan lehernya lagi katanya, "Lebih baik leher Siti Sundari. Jikalau aku berkuntum pun manis juga rupanya Siti Sundari daripada aku." Maka bunga pandan pun tiada berkelopak katanya, "Lebih betis Dewi Siti Sundari itu lebih indah daripada aku."...
(Hikayat Pandawa Lima : m/s 4)

Berdasarkan contoh petikan teks yang diambil daripada Hikayat Pandawa Lima, pengarang sangat kreatif dalam memerihalkan watak-watak yang terdapat dalam hikayat ini. Walaupun, pengarang menggambarkan watak-watak ini secara berlebihan dan kadang kala tidak masuk dek akal bagi khalayak pembaca tetapi gambaran ini sesuai bagi sesebuah teks karya agung. Hal ini demikian kerana Seri Lanang Jaya Hj Rohani et.al (2013) menjelaskan karya agung ialah karya ulung yang berjaya meninggalkan kesan seni, ilmu, falsafah dan nilai budaya dan sosial yang kekal dalam kesedaran atau psyche dan ingatan bersama bangsa itu sepanjang sejarahnya.

Retorik Pemujukan

Abu Hassan Abdul (2010) menjelaskan retorika pemujukan dikenali juga sebagai retorika pengaruhan. Hal ini demikian kerana dalam retorik ini, penulis berusaha untuk mengubah dan mempengaruhi pemikiran, keyakinan dan pandangan pembaca. Retorik pemujukan mementingkan kehalusan berbahasa dengan menyelitkan unsur-unsur psikologi serta perbandingan kebaikan dan keburukan untuk mempengaruhi khalayak. Hal ini dilakukan supaya orang yang dipujuk menyetujui dan dapat menerima sesuatu yang dikemukakan dan mengikut kemahuan pihak yang melakukan pemujukan. Salah satu ciri dalam retorik ini, pengarang akan memainkan emosi pembaca.

Pengarang berharap pembaca akan mengikut kehendaknya melalui cara pengarang memanipulasi emosi khalayak. Antara perasaan yang sering dieksploitasi oleh pengarang termasuklah perasaan takut, belas kasihan, rasa bersalah, megah, malu, sayang dan sebagainya. Contohnya, dalam Hikayat Pandawa Lima ini, retorik pemujukan ini dapat dilihat dalam petikan berikut:

... "Apa sebabnya maka adinda menangis ini." Maka kata Sakula dan Sadewa. "Maka beta menangis daripada sangat lapar perut beta." Setelah Dewi Banuwati mendengar kata Sakula dan Sadewa itu, maka terlalu kasihan rasa hatinya Dewi Banuwati memandang kelakuan Sakula dan Sadewa itu. Maka Dewi Banuwati pun menyuruh dayang-dayang membawa nasi.
(Hikayat Pandawa Lima : m/s 4)

Berdasarkan contoh petikan di atas, pengarang cuba memujuk dan mempengaruhi emosi pembaca supaya turut berasa sedih. Pembaca akan berasa sedih dengan situasi yang pengarang gambarkan apabila dua orang budak yang menangis kerana lapar, emosi pembaca akan berasa sedih dan kasihan terhadap Sakula dan Sadewa. Oleh hal yang demikian, penggunaan retorik pemujukan yang dilakukan oleh pengarang sudah berjaya apabila pembaca melahirkan perasaan sedih dan kasihan seperti yang dikehendaki oleh pengarang.

Retorik Penceritaan

Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) mendefinisikan penceritaan, ialah perihal menceritakan sesuatu perkara. Retorik penceritaan atau turut dikenali retorik naratif bermaksud menyampaikan sesuatu cerita, iaitu menghubungkan beberapa siri peristiwa berkaitan dalam satu plot yang logik. Retorik jenis ini digunakan dalam penulisan cerpen, novel, autobiografi, biografi, lipur lara, hikayat, dan sebagainya. Penulisan penceritaan terbentuk daripada bahagian permulaan, perkembangan, cerita, konflik dan peleraian sehingga terhasil satu kesatuan. Retorika ini mengandungi empat prinsip yang bertalian, iaitu kesatuan, pertautan, penekanan dan gaya bahasa yang menarik, Abu Hassan Abdul (2010).


Abu Hassan Abdul (2010) menjelaskan kesatuan dalam sesuatu penceritaan merupakan tema, iaitu aspek yang mewujudkan kesatuan idea dalam cerita yang digarapkan oleh pengarang. Pertautan pula merupakan jalinan perkembangan atau pembinaan cerita yang lebih dikenali sebagai plot. Penekanan merujuk kepada pemilihan dan penyusunan peristiwa yang dapat menarik minat khalayak. Seterusnya gaya bahasa merupakan pemakaian bahasa yang digunakan oleh pengarang untuk melengkapkan tema dan persoalan dan sebagainya yang ingin dihasilkan dalam cerita atau karyanya. (Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2007).

Dalam Hikayat Pandawa Lima ini, retorik jenis penceritaan ini dapat dilihat dalam peristiwa Maharaja Duryudana yang ingin kelima-lima Pandawa itu meninggal, Pandawa tersebut ialah Maharaja Darmawangsa, Sang Bima, Sang Rajuna, Sakula dan Sadewa. Hal ini demikian kerana, Maharaja Duryudana berasa sakit hati dan malu dengan kelakuan kelima-lima Pandawa tesebut. Jadi, Maharaja Duryudana telah berbincang dengan Dangyang Drona cara untuk menghapuskan kelima-lima orang Pandawa tersebut. Dangyang Drona telah memberikan cadangan supaya membawa kelima-lima pandawa ke tepi sungai "Mahadradibatil" yang merupakan lubuk naga Arda Leka. Pengarang telah menyusun tema ceritanya, iaitu ingin membunuh kelima-lima saudara Pandawa itu. Kemudian menyusun plot dengan menjatuhkan satu anak panah ke dalam sungai dan meminta Pandawa untuk mengambil anak panah tersebut yang dimulakan dengan Maharaja Darmawangsa menyelam kemudian di telan naga dan diikuti oleh saudaranya yang lain. Contohnya, dapat dilihat dalam petikan teks berikut :

Setelah keesokan harinya, maka Maharaja Duryudana pun berangkatlah segala Korawa. Setelah datang ke tepi sungai itu, maka ... Maka titah Maharaja Duryudana pada Bambang Sutomo, "Panah oleh tuan hamba ke lubuk itu supaya ibu naga Arda Leka itu mati."...Setelah demikian, maka Maharaja Darmawangsa pun pergilah menyelam ke dalam lubuk naga itu. Maka kata Dangyang Drona kepada Sang Bima dan Sang Rajuna dan Sadewa dan Sakula, "Datang hatikah tuan hamba memberikan saudara tuan hamba seorang menyelam ke dalam lubuk itu. " ...  Maka kata Sang Rajuna ,kepada Sang Bima dan Sakula dan Sadewa, " Marilah kita menyelam ke dalam lubuk itu kerana Maharaja Darmawangsa sudah ditelan oleh naga itu. Biarlah kita mati sama-sama dengan baginda itu, supaya kita kelimanya bersaudara ini seperti telur pecah sesarang timpa batu pecah semuanya demikianlah, kerana kita anak Pandu Dewanta. Jikalau mati seorang mati semuanya. Jikalau baik seorang baik semuanya.
(Hikayat Pandawa Lima : m/s 6, 7)

Pengarang cuba menceritakan kejadian atau peristiwa kematian Pandawa ini sehingga pembaca seolah-olah mengalami sendiri peristiwa tersebut. Sebagai hiasan dalam penceritaan, pengarang menggunakan pelbagai gaya seperti dialog, saspens, dan gaya bahasa sebagai penawar kepada kebosonan teks.

Penceritaan kematian Sang Bima

..." Tahanlah anakku baik-baik." Maka Sang Bima pun dipalunya oleh Begawan Narada kena bahunya. Maka terlalulah sakit dirasanya oleh Sang Bima. Maka kata Sang Bima, " Tiadakah sudah aku berpesan perlulah dibawah telingaku ini." Akan sekarang mengapatah maka engkau memalu bahuku." Maka kata Begawan Narada , "Hai anakku, kerana aku tiada sengaja. Kalau-kalau ada dosamu mematahkan orang, sebab inilah maka jadi demikian adanya ini." Banyaklah aku mematahkan... Maka kata Begawan Narada, " Sebab itulah, hai anakku maka dibalaskan oleh Dewata Mulia Raya ini kepadamu." ... itu pun tersalah pula kena pinggangnya Sang Bima itu lalu patah. Maka Sang Rajuna pun hairanlah melihat kematian Sang Bima itu terlalu sengsara. ... Maka dipalu oleh Begawan Narada kena bahunya dan dibawah telinganya Sang Bima. Maka Sang Bima pun matilah.
(Hikayat Pandawa Lima : m/s 278, 279)

Pengarang telah menceritakan kisah kematian kelima-lima Pandawa dan berdasarkan cara kematian tersebut, dapat disimpulkan bahawa setiap yang hidup menemui jalan kematian yang berbeza, ada yang mudah dan sukar. Contohnya, seperti Sang Bima yang kematiannya begitu tersiksa disebabkan kesilapannya di dunia yang banyak membunuh orang, berbanding dengan saudaranya yang lain. Oleh hal yang demikian, peristiwa kematian ini secara tidak langsung memberikan makna kepada pembaca supaya dalam kehidupan di dunia haruslah mengerjakan kebaikan dan meninggalkan perkara yang buruk. Kematian kelima-lima Pandawa juga menunjukkan kisah penceritaan hikayat tersebut sudah sampai ke penamatnya.

Gaya Bahasa

Nazirah Ismail dan Sanat Md. Nasir dalam Rogayah A. Hamid dan Mariyam Salim (2006) gaya dilihat sebagai hiasan pemikiran. Dalam bahasa Latin, gaya disebut sebagai elocutio yang bermaksud ujaran dan ekspresi. Tanpa gaya, karangan hidup semata-mata sebagai perkataan di atas kertas tanpa nilai keindahannya.

Walau bagaimanapun, gaya yang serasi dengan RPL perlulah bergantung kepada tujuan penggunaannya. Corbett (1972) dalam Rogayah A. Hamid dan Mariyam Salim (2006) membahagikan gaya kepada dua, iaitu skema dan trope. Skema yang dimaksudkan ialah penyusunan kata-kata yang menyimpang daripada bentuk atau susunan yang lazim yang melibatkan skema seimbang, skema hiperbaton, skema pengguguran dan skema perulangan. Trope atau dikenali juga majaz pula ditafsirkan sebagai perubahan kata atau susunan ayat daripada bentuk maknanya kepada makna lain, suatu bentuk gaya bahasa, seperti metafora, simili dan sinekdot.

Dalam Hikayat Pandawa Lima, pengarang menggunakan kepelbagaian gaya untuk memberikan keindahan bahasa kepada pembaca. Terdapat beberapa contoh gaya bahasa yang digunakan oleh pengarang yang dapat dikesan oleh pengkaji seperti skema seimbang dan trope (majaz pertentangan).

i.          Skema seimbang

Abu Hassan Abdul (2013) menjelaskan skema seimbang merujuk kepada perubahan bentuk atau susunan sesuatu perkataan secara seimbang yang mengahsilkan kesan makna yang berbeza. Terdapat tiga teknik dalam skema ini, iaitu paralelisme, antitesis dan isokolon. Contoh paralelisme dalam Hikayat Pandawa Lima adalah seperti berikut :

Syahadan maka Sang Bimanyu itu seperti orang gila rupanya ... Maka segala binatang dalam hutan pun habis terkejut. Maka segala harimau dan badak dan singa, beruang, babi, kijang ...
(Hikayat Pandawa Lima : m/s 37)

ii.         Majaz (trope) pertentangan

Majaz pertentangan yang kerap ditemui pengkaji dalam Hikayat Pandawa Lima, ialah hiperbola. Abu Hassan Abdul (2013) menjelaskan hiperbola ialah penggunaan istilah yang membesar-besarkan dengan tujuan memberi penekanan atau kesan memperhebat. Contohnya adalah seperti berikut :

... Maka dilihat oleh Dewi Satyawati pada medan itu darah seperti laut, bangkai manusia yang bertimbun-timbun itu seperti pulau...
(Hikayat Pandawa Lima : m/s 175)



SUMBER:
Abu Hassan Abdul (2010). Seni Mengarang BMK 3043. Tanjong Malim : Universiti Pendidikan
Sultan Idris.

Khalid M. Hussain (1992). Hikayat Pandawa Lima. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Rogayah A. Hamid dan Mariyam Salim (2006). Kesultanan Melayu Kelantan. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Seri Lanang Jaya Hj. Rohani et.al (2013). Penghayatan Karya Agung Melayu KRB 3063. Malim :
Pusat Pendidikan Luar.

                                               






Monday, 7 April 2014

Siapa Melayu ??

DEFINISI & ETIMOLOGI MELAYU

KONSEP MELAYU
Definisi awal istilah “Melayu”

1. M. Ptolemy menggunakan istilah maleu-kolon dalam karyanya yang berjudul Geographike Sintaxis.
2. Kitab Hindu Purba yang berjudul Purana terdapat perkataan malaya-dvipa.
3. Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi.
4. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi, iaitu Kerajaan Melayu di Sungai Batang dan Kerajaan Sriwijaya di Palembang.
5. Catatan dalam kesusasteraan China menyatakan bahawa pengembara yang singgah di Nusantara mendapati bahasa yang dituturkan penduduk di situ ialah bahasa K’un-lun. Bahasa ini dipercayai oleh penyelidik sebagai bahasa Melayu kuno.
6. Sebuah patung di Padang Rocore, Batanghari bertarikh 1286 M dengan catatan perkataan “Malaya” atau “Melayu” pada bahagian belakangnya.
7. Buku Sejarah Melayu mengaitkan perkataan Melayu dengan nama sebatang sebatang sungai yang deras alirannya, iaitu Sungai Melayu.

Definisi “Melayu” dari segi etimologi

Etimologi : Kajian asal usul dan sejarah sesuatu perkataan serta makna perkataan tersebut.

1. Berasal daripada perkataan Malaya, iaitu kependekan “hima alaya”. “Alaya” bermaksud “tempat” manakala “hima alaya”bermaksud “tempat bersalji”.
2. Perkataan Malayapura yang bermaksud “kota Melayu” atau “kerajaan Melayu”.
3. Dikatakan diambil daripada perkataan bahasa Jawa kuno, mlayu yang bermaksud “mengembara” atau “pergi ke mana-mana”.
4. Berasal daripada nama sebatang sungai, Sungai Melayu yang disebut dalam buku Sejarah Melayu.
5. Van der Tuuk , perkataan Melayu bererti “menyeberang”, merujuk kepada orang Melayu yang menyeberang atau menukar agama daripada agama Hindu-Buddha kepada Islam.

Definisi “Melayu” berdasarkan Bangsa

Istilah Melayu dapat diberi dua pengertian, iaitu pengertian yang luas dan pengertian yang sempit

Pengertian yang luas

Istilah Melayu merujuk kepada bangsa-bangsa Austronesia yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu dan kawasan-kawasan gugusan kepulauan Melayu. Berdasarkan “The Malay Culture Study Project” (1972), konsep Melayu merujuk kepada suku bangsa di Semenanjung Tanah Melayu, termasuklah orang-orang Melayu di Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagaskar.
Secara umumnya dapatlah dikatakan bahawa pengertian Melayu merujuk kepada bangsa yang berbahasa Melayu yang mendiami Semenanjung Tanah Melayu, pantai Timur Sumatera dan beberapa tempat lain di Nusantara.

Pengertian yang sempit

Pengertian yang sempit ialah seperti yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia, iaitu Perkara 153 mengatakan bahawa seseorang itu dapat ditakrifkan sebagai Melayu apabila memiliki ciri-ciri seperti: lazimnya berbahasa Melayu, berkebudayaan Melayu dan beragama Islam (yang murtad, tukar kewarganegaraan : taraf Melayu - hilang )

Tafsiran Melayu mengikut pengertian suku bangsa lebih berdasarkan etnik (keturunan biologi). Walaupun begitu, syarat berbahasa Melayu dan kebudayaan Melayu masih diperlukan. Walau bagaimanapun, mereka tidaklah semestinya beragama Islam. Untuk maksud ini, orang-orang Melayu ialah:
-orang-orang Melayu seperti yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia.
-orang-orang Melayu yang mendiami kawasan Selatan Thai, Pesisir Sumatera (utara Medan, Deli, Serdang, Palembang, Riau, Lingga ) ada beragama Budha, Kristian
-orang-orang Melayu di bahagian pertama Sarawak ada beragama Kristian
-orang-orang Melayu di Brunei dan Sabah ada yang tiada agama, agama-agama lain
Hipotesis Asal Usul bahasa Melayu

1: Kawasan Asia Tengah
…orang Melayu berasal dari bahagian selatan China seperti Indo-China, pantai timur China selatan (Champa dan Kampuchea) dan di Burma. Mereka ini telah berhijrah secara berkelompok-kelompok dari selatan China ke Nusantara.

Melayu-Proto
-Kelompok pertama sampai ke Nusantara
 -menduduki Nusantara sekitar tahun 2000 SM.

Melayu-Deutro
-kelompok kedua sampai ke Nusantara
 -sampai pada tahun 1500 SM,
 -mempunyai peradaban yang lebih tinggi daripada Melayu-Proto.

2 : Kawasan Nusantara
…orang Melayu memang berasal dari Nusantara.

Berdasarkan bukti geografi

-bahasa Melayu berasal daripada rumpun Austronesia
 -beliung batu yang dipercayai digunakan oleh semua masyarakat primitif di seluruh dunia.
-kajian arkeologi yang dilakukan terhadap tengkorak manusia mendapati tengkorak manusia di Nusantara lebih tua daripada tengkorak manusia di Asia Tengah.

Bukti-bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa Melayu :

1. Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi.
2. Kerajaan Mo-lo-yeu dipercayai berpusat di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iitu Sungai Melayu.
3. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi.
4. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan.

Asal Usul Bangsa Melayu
Ø  Dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan.
Ø  Kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto.
Ø  Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi)
Ø  Keturunannya Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera.
Ø  Kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro
Ø  Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 SM
Ø  Keturunannya orang Melayu di Malaysia
Ø  Dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu Proto.
Ø  Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam.
Ø  Bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto.
Ø  Menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara.
Ø  Orang ini, kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia.
Ø  Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa Austronesia ini.

Tafsiran Melayu mengikut pengertian ras merangkumi penduduk Seluruh Nusantara. Berdasarkan kajian Geldern dan Kern,kumpulan bangsa Melayu berasal dari utara ke selatan. Mereka berasal daripada satu kelompok bangsa kemudian tersebar ke seluruh Nusantara. Pengertian mengikut ras ini lebih tertumpu kepada suatu rumpun bangsa yang besar dan berkaitan.

Asal-Usul Orang Melayu - Melayu Berasal Dari Mana?
Asal-usul Melayu Dari Mana Orang Melayu Datang
Dalam membicarakan pasal Melayu ni, kita kena faham yang Bangsa Melayu dan Kumpulan Etnik Melayu adalah dua benda yang berlainan. Bangsa Melayu merujuk kepada masyarakat Melayu di Malaysia. Manakala Kumpulan Etnik Melayu merujuk kepada masyarakat Melayu secara khusus kepada Semenanjung Malaysia dan Kepulauan Sumatera.

Asal Usul Bangsa Melayu

Menurut beberapa sumber, dikatakan Melayu itu berasal daripada Melayu Proto dan Deutero. Berdasarkan catatan oleh Neil Joseph Ryan (1976). A History of Malaysia and Singapore, yang dikatakan sebagai Melayu Proto ialah Melayu Asli ataupun Melayu Purba yang berhijrah daripada Tanah Besar Asia atau Yunnan ke Semenanjung Malaysia dan Kepulauan Melayu pada sekitar tahun 2500 sebelum masihi. Mereka dikatakan mempunyai kemahiran dalam bidang pertanian.

Manakala Melayu Deutero pula, menurut Alan Collins (2003). Security and Southeast Asia: domestic, regional, and global issues, Singapore: Institute of Southeast Asian Studies, Orang Melayu terdahulu telah kemudian diganti oleh Melayu Deutero dalam gelombang kedua penghijrahan dari tanah besar Asia di sekitar 300 Sebelum Masihi.

Jikalau kita ingin berkata mengenai asal-usul orang Melayu, ia cukup luas kerana wujudnya pelbagai jenis bangsa Melayu di Malaysia berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Pusat Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia yang dimulakan sejak Januari 2006 bertajuk Menjejak Asal-usul Melayu di Semenanjung Malaysia.

Kajian mereka mendapati wujudnya kepelbagaian corak DNA yang terdapat dalam Masyarakat Melayu moden hari ini yang mungkin berlaku kerana percampuran dengan orang Arab, Cina, India dan Thai. Ini menyokong fakta sejarah yang pernah menyebut Kerajaan Melayu Melaka satu ketika dulu adalah kerajaan yang gemilang dan kedatangan pedagang dari China, India dan Arab menyebabkan berlakunya perkahwinan campur.

Dikatakan terdapat 14 sub etnik Melayu yang mendiami Semenanjung iaitu:

i . Melayu Kelantan (Melayu yang masih asli) di Kelantan
ii. Melayu Yunan di Terengganu
iii. Melayu Minang di Negeri Sembilan
iv. Melayu Aceh di Perak
v. Melayu Mandailing di Perak
vi. Melayu Rawa di Perak
vii. Melayu Riau di Johor
viii. Melayu Bugis di Johor
ix. Melayu Kerinci di Selangor
x. Melayu Champa di Perak, Kedah dan Kelantan
xi. Melayu Jawa di Johor dan Selangor
xii. Melayu Jambi di Johor, Selangor dan Perak
xiii. Melayu Batak di Perak dan Pulau Pinang
xiv. Melayu Banjar di Johor, Selangor dan Perak

Hasil awal yang diperolehi mencadangkan suku Melayu Kelantan adalah suku Melayu yang masih tulen. Ini kerana Melayu Kelantan masih memelihara keturunan mereka tanpa banyak berlaku perkahwinan campur. Selain itu, suku Melayu Kelantan juga dikatakan suku pertama yang membuat petempatan di Semenanjung.

Budaya Melayu juga dikatakan ada persamaan dengan suku Naga yang menetap di perbatasan Myanmar/India. Malah melalui ujian DNA, dikatakan ada satu penanda di dalamnya yang hanya biasa ditemukan dalam populasi di India.

Jadi walau daripada mana pun kita datang, sebenarnya kita adalah penghuni kepulauan Melayu sebelum kehadiran bangsa-bangsa lain seperti Cina dan India. Malahan masyarakat asli Sabah dan Sarawak juga penduduk lebih awal daripada Cina dan India dan merupakan masyarakat utama seperti melayu dan termakub dalam perlembagaan. Namun, pengaruh Cina dan India serta agama Budha dan Hindu dalam masyarakat Melayu tidak dinafikan.

Sumber dipetik daripada :
(http://bukharis.blogspot.com/2010/05/asal-usul-bahasa-melayu.html)
(http://teknikjawabbmstpm.blogspot.com/2012/05/nota-ringkas-sejarah-perkembangan.html)
(http://mbsskl.edu.my/panitia_bm/files/2009/05/asal-usul-bahasa-melayu.pdf)