Sunday, 20 April 2014

IDEALISME & FALSAFAH MELAYU


Idealisme dan falsafah merupakan dua elemen sastera yang saling bertentangan. Penggunaan kedua-dua elemen ini ke dalam sesuatu karya sastera, iaitu karya agung khususnya amat popular dalam kalangan pengkarya-pengkarya satu ketika dahulu. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, idealisme bermaksud sifat melihat atau mencita-citakan sesuatu dalam bentuk yang ideal (2010: 558). Menurut W.F Hocking pula, idealisme merupakan realiti yang terdiri daripada idea-idea, fikiran-fikiran, akal (mind) atau jiwa (selves) dan bukanlah kekuatan atau kebendaan. Berdasarkan pendefinisian tersebut, jelas menunjukkan bahawa idealisme memerlukan daya imaginasi yang tinggi dan kreatif untuk menghasilkan sesuatu bentuk karya sastera.
      Bagi maksud falsafah pula, ia dimaksudkan sebagai pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar kepada ilmu-ilmu yang lain (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010: 406). Ilmu yang dimaksudkan tersebut adalah pengetahuan yang amat luas kepada sesuatu bentuk hakikat yang mendasari kepada semua ilmu berkaitan dengan hal tersebut. Bagi Hashim Hj. Musa pula, falsafah disifatkan oleh beliau sebagai kajian secara renungan dan spekulatif terhadap punca, keadaan dan sifat seluruh pengetahuan manusia yang menjadi sari pati bagi seluruh bidang pengetahuan manusia. Pentakrifan yang dibuat oleh tokoh Melayu ini masih lagi berkisar mengenai cakupan keseluruhan ilmu dan bidang tentang pengetahuan manusia.
      Kedua-dua elemen ini diadaptasikan oleh tokoh-tokoh sastera ke dalam karya mereka untuk memperjelaskan lagi tujuan dan idea yang ingin disampaikan dalam sesuatu karya agung itu. Hal ini demikian kerana, elemen-elemen tersebut amat sesuai dan bertepatan dengan kehendak pembaca. Dalam pada itu, para pengkarya itu juga menerapkan kedua-dua elemen ini agar para pembaca dapat membuat penganalisisan tentang sesuatu karya tersebut dengan lebih mudah.
      Jelaslah bahawa penerapan idelisme dan falsafah dalam sesuatu karya agung amat diperlukan dalam pengoperasian sesuatu karya agung. Dalam pembicaraan yang dilaksanakan tertumpu kepada empat, iaitu idealisme bersumberkan alam, falsafah bahasa, falsafah Islam dan falsafah Melayu.

*Idealisme Bersumberkan Alam
Sesebuah karya seharusnya memiliki falsafah, pemikiran dan persoalan yang agung dan penting. Hal inilah yang disebutkan oleh tokoh pengkritik karya sastera, Greek Dionysus Cassius Longinus. Hal ini membuktikan bahawa sesebuah karya sastera, terutamanya karya agung pasti memiliki ciri pemikiran tertentu yang juga disebut sebagai idealisme. Seterusnya, idealisme yang akan dibincangkan dalam karya agung Melayu adalah idealisme karya yang bersumberkan alam. Perbincangan berdasarkan idealisme yang bersumberkan alam ini dapat dikategorikan kepada beberapa pecahan, misalnya berkaitan tumbuh-tumbuhan, haiwan, angkasa, sosialisasi dan sebagainya. Kehidupan manusia tidak lari daripada alam, malah banyak perkara yang berlaku dalam kehidupan sebagai seorang manusia sering dikaitkan dan diumpamakan dengan alam ciptaan Tuhan, tidak kira dari segi tumbuhan, haiwan, angkasa, lautan mahupun hubungan antara masyarakat, iaitu sosialisasi.
Hal ini banyak diungkapkan dalam karya-karya agung Melayu klasik. Mortimer Jerome Adler menyatakan, berdasarkan isu utama berkenaan tumbuh-tumbuhan, haiwan dan manusia sebagai bentuk hidupan yang berkesinambungan atau jelas berbeza, maka kajian organisma haiwan – anatomi dan fisiologinya – memperoleh banyak kepentingannya (2007: 12).  Bukan sahaja pada satu bahagian, malah pada ketika menulis manusia juga tidak dapat lari dari dikaitkan dengan alam.

*Falsafah Bersumberkan Islam
Falsafah karya agung terutamanya karya agung dunia Melayu turut diilhamkan oleh pengarangnya melalui agama Islam yang menjadi pegangan agama majoriti bangsa Melayu. Hal ini dibuktikan melalui sebuah buku daripada Yayasan Karyawan (2000: 13) yang menyatakan tiga faktor utama terhasilnya karya agung Melayu iaitu; a) kekuatan bahasa Melayu, b) pengaruh Islam, dan c) peranan istana dan sekolah pondok. Hal ini membuktikan bahawa falsafah yang terdapat dalam karya agung terdapat juga yang bersumberkan Islam, iaitu memperlihatkan keislaman dalam penghasilan karya.
Setelah pengaruh agama Hindu menjadi pudar dalam diri masyarakat Melayu, munculnya Islam di dalam dunia Melayu. Sekitar abad ke-12 dan ke-13, beberapa buah kerajaan Melayu-Islam telah ditubuhkan di Perlak (Pasai). Perkara ini menyebabkan berakhirnya pengaruh kerajaan Melayu-Srivijaya yang pada masa tersebut masih dalam kekuatan pengaruh Hindu. Agama Islam seterusnya disebarkan secara meluas, bukan sahaja dalam kalangan alim ulama’ tetapi juga turut disebarkan kepada rakyat.
Pada ketika ini dikatakan masyarakat Melayu masih menggunakan bahasa lisan sehinggalah tiba suatu ketika apabila masyarakat Melayu sudah mula mempelajari abjad Arab untuk menulis bahasa Melayu. Dengan bermulanya perkembangan tulisan ini, bermulanya suatu zaman baru dalam dunia Melayu, iaitu zaman perkembangan ilmu dan pemikiran yang didasarkan kepada ajaran agama, iaitu tauhid dan pandangan Islam sejagat. Hal ini juga dapat dikaitkan dengan istana kerajaan Melayu-Islam pada zaman tersebut yang menjadi pendukung kepada kegiatan penulisan yang membentuk warisan bangsa.
Kitab al-Qur’an merupakan sumber utama kepada falsafah Islam kerana al-Qur’an adalah kitab petunjuk dan rahmat buat sekalian alam. Mohd Rashid Md Idris ada menyatakan bahawa al-Qur’an itu adalah kitab yang Haq dari yang maha Haq, tiada keraguan, tiada kebengkokan, tiada kesilapan dan kesalahan, tiada percanggahan dan pertentangan, kitab yang terpelihara, kitab yang diberkati, kitab yang menjadi cahaya dan penghidup jiwa, kitab yang menjadi penjelas dan penerang, kitab yang menjadi penawar dan pengubat jiwa, dan kitab yang menjadi pemutus kata (2007: 53).
Hal ini membuktikan bahawa Islam dan falsafahnya memberikan seratus peratus keyakinan kepada penganut agamanya. Hal ini juga menyebabkan masyarakat Melayu-Islam sejak dahulu sangat yakin akan kebaikan menurut ajaran seperti yang dinyatakan dalam agamanya. Dengan itu, tidak hairanlah di dalam penulisan pengkarya klasik dahulu kala terutamanya mereka yang beragama Islam seperti Nuruddin al-Raniri, Tun Sri Lanang, Raja Ali Haji, Munshi Abdullah dan tokoh-tokoh yang lain suka untuk mencetuskan pemikiran berasaskan falsafah Islam dalam karya mereka.
Hal ini dapat dilihat dalam contoh yang terdapat dalam penghasilan karya Sulalat al-Salatin karya Tun Sri Lanang. Agama Islam menyarankan seseorang rakyat untuk mentaati pemerintahnya selagi pemerintah tersebut tidak berlaku zalim. Kesetiaan seorang rakyat kepada sultan ini dibuktikan melalui penghasilan karya Sulalat al-Salatin yang merupakan titah sultan kepada seorang pengarang, iaitu Tun Sri Lanang. Titah tersebut dinyatakan dalam karya Sulalat al-Salatin yang berbunyi;

“diperbuatkan hikayat [….] perteturun segala raja-raja Melayu dengan istiadatnya, supaya didengar oleh anak cucu kita yang kemudian dari kita dan diketahuinyalah segala perkataan, syahadan beroleh faedahlah mereka itu daripadanya”
(Sulalat al-Salatin, edisi Karya Agung, 1993: 3)
Pengarang menunjukkan ketaatan dengan menjunjung perintah sultan yang membawa kepada keberlanjutan warisan sejarah bangsa kepada generasi terkemudian. Hal ini dibuktikan melalui tulisan pengarang dalam kitab ini juga, iaitu;

“Maka fakir karanglah hikayat ini [….] dan fakir himpunkan daripada segala riwayat orang tuha-tuha dahulu kala supaya akan menyukakan duli hadhrat baginda”        
      (Sulalat al-Salatin, edisi Karya Agung, 1993: 4)

Selain itu, terdapat juga karya-karya agung lain yang menerapkan unsur keislaman ini. Misalnya dalam karya Hikayat Abdullah hasil karangan Abdullah Abdul Kadir Munshi, pendidikannya sedari kecil sangat menitikberatkan hal-hal keagamaan dan keilmuan. Hal ini dapat dilihat berdasarkan petikan daripada karya tersebut, iaitu;

“Adapun ilmu dan kepandaian itu menjadi tangga kepada pangkat kekayaan, dan kekayaan itu membawa kepada kebesaran. Maka bahawasanya segala benda yang dijadikan Allah dalam dunia itu masing-masing adalah dengan harganya, iaitu dapat dinilaikan oleh manusia melainkan ilmu itulah sahaja yang tiada ternilai oleh manusia akan harganya.”
(Hikayat Abdullah, 2004: 19)
Petikan di atas menunjukkan ciri falsafah Islam apabila segala yang dinyatakan berbalik kembali kepada kepercayaan dan kepatuhan terhadap kata-kata Allah. Selain itu, menuntut ilmu juga adalah perkara yang sangat dituntut dalam Islam. Hal ini terbukti melalui kata hikmah yang berbunyi “sesuatu amal seharusnya didahului dengan ilmu”. Kata-kata ini adalah antara kata-kata yang ditekankan dalam agama Islam.

*Falsafah Bersumberkan Melayu
Kehidupan masyarakat Melayu tidak boleh terlepas daripada peraturan dan disiplin. Oleh yang demikian, mereka menerapkan unsur tersebut di dalam karya mereka. Misalnya, mereka menekankan konsep budi dalam kehidupan mereka. Konsep budi tersebut pula terbahagi kepada lima, iaitu budi bahasa, budi pekerti, budi bicara, hati budi dan akal budi (Mohd Rashid Mohd Idris, 2011: 63). Penerapan unsur-unsur tersebut dapat diperhatikan dalam contoh yang berikut:
1)Budi bahasa
Budi bahasa dan budi bicara yang mulia merujuk kepada pertuturan yang manis, sopan, positif, bijaksana, bernas dan penuh pengajaran, serta memberikan sumbangan kepada khalayak dan pendengarnya (Mohd Rashid Idris, 2011: 64). Contoh penerapan unsur ini dalam karya agung dapat dilihat dalam contoh di bawah:
“Pada masa itulah wafat Syeikh Syamsuddin al-Sumaterani iaitu pada malam Isnin 12 haribulan Rejab, pada Hijrah 1039 tahun, bahawa Syeikh itu alim pada segala ilmu tasawuf dan beberapa kitab yang ditaklifkannya.”
(Sumber: Bustan al-Salatin, 1992)
Ini menunjukkan bahawa Nuruddin adalah seorang individu yang mempunyai budi bahasa yang tinggi. Hal ini demikian kerana walaupun beliau bertelagah dengan Syamsuddin, beliau tetap menghormatinya sebagai seorang ulama dan manusia biasa. Ungkapan yang dinyatakan oleh Nuruddin adalah satu pengiktirafan oleh beliau terhadap kewibawaan ulama tersebut.
2)Budi Pekerti
Bagi gagasan budi pekerti, ia lebih terarah kepada akhlak seseorang itu. Namun demikian, unsur kesantunan masih lagi menjadi akar kepada setiap perlakuan yang dihasilkan oleh seseorang individu itu. Menurut Mohd Rashid Md. Idris (2011), budi pekerti adalah satu aspek atau tingkah laku seseorang yang dinilai oleh masyarakat dari sudut baik dan buruk, atau halus dan kasar. Kelakuan tersebut merangkumi kelakuan yang bersopan-santun, tertib dan sebagainya. Nilai ini dapat diperhatikan dalam Syair Ken Tambuhan seperti contoh di bawah:
Jika ia dikasihi raja,
Tiadalah ia melanja-lanja,
Tiadalah menyombong pada bekerja,
Dengan taulannya bersamaan sahaja.          
         (Sumber: Syair Ken Tambuhan)
Dalam petikan di atas, diperlihatkan sifat raja yang mengasihi rakyat dan melayan mereka sama rata. Hal ini demikian kerana, kebanyakan raja pada zaman dahulu kebiasaannya mementingkan kedudukan dan memandang rendah terhadap rakyat. Oleh yang demikian, dalam syair tersebut ditekankan sikap raja yang amat mengasihi rakyat dengan menunjukkan budi pekerti yang baik.
3)Budi Bicara
Pendefinisian budi yang seterusnya pula lebih cenderung kepada unsur toleransi dan tolak ansur dalam setiap perbuatan. Hal ini demikian kerana, kehidupan bermasyarakat yang mementingkan nilai kerjasama bagi mewujudkan suasana yang harmoni dan aman. Dalam karya agung Syair Ken Tambuhan dinyatakan bahawa Raden Menteri seorang suami yang sanggup mencari buah pauh janggi keinginan isterinya yang sedang mengidam. Walaupun hatinya berat untuk meninggalkan isterinya yang berbadan dua, namun kerana kasih dan kasihan kepada isterinya, dia sanggup menghadapi sebarang bahaya. Justeru, sewaktu dia meninggalkan isterinya dan istana, dia berpesan dengan pesanan seperti berikut;
Ia berkata kepada ayah dan bonda,
Puteri sekalian putera anakanda,
Jikalau ada satu bahaya anakanda,
Puteri sekalian putera anakanda.      
          (Naskah koleksi DBP: 133/2011)
Petikan yang dinyatakan telah mencerminkan kepada pembaca bahawa nilai budi bicara ini amat dekat dalam kehidupan masyarakat Melayu pada ketika dahulu. Malahan nilai ini turut diterapkan dalam kehidupan berkeluarga khususnya.
4)Hati Budi
Hati budi pula bolehlah dikaitkan dengan istilah hati yang baik atau baik hati. Untuk melahirkan hati yang baik, seseorang itu perlu diasuh sejak kecil kerana kesucian hati akan menentukan perlakuan yang baik, tingkah laku yang bersopan dan akan dihindari daripada segala sifat-sifat yang negatif dan buruk. Aspek ini juga tidak lupa diterapkan dalam karya klasik Melayu. Sebagai contoh, ia dapat dilihat dalam petikan karya Bustan al-Salatin;

“kemudian dari itu maka kerajaan Sultan Hussain ibn Sultan Alaudin yang bergelar Sultan Ali Riayat Syah, pada hari ahad, sehari bualn Safar. Ialah sangat halm perangainya dan pengasih akan segala rakyatnya akan segala ulama, syfakat akan segala fakir dan miskin.”
                   (Sumber: Bustan al-Salatin (selenggaraan) Siti Hawa Hj Salleh, 1992)
Petikan di atas menggambarkan seorang raja yang yang mempunyai hati budi yang baik yang mana beliau sangat mengasihi rakyat jelatanya walaupun beliau terdiri daripada golongan raja. Beliau sanggup menderma kepada rakyat yang memerlukan. Beliau amat mengasihi rakyat jelata sehinggakan segala kesusahan rakyat diambil tahu.
5)Akal Budi
Pertimbangan akal sangat diperlukan dalam kehidupan seharian. Oleh yang demikian, melalui pertimbangan akal budi yang mementingkan kewarasan fikiran ini akan menentukan sikap seseorang itu sama ada mampu untuk bertanggungjawab dengan setiap perkara yang dilakukannya ataupun tidak. Kebiasaannya dalam masyarakat dahulu nilai ini sangat dipentingkan supaya seseorang individu itu mampu untuk mengurus diri, keluarga dan juga masyarakat. Nilai ini ada diselitkan dalam karya agung yang terdahulu. Contohnya dalam petikan yang berikut:
Namanya Raden Puspa Kencana,
Lakunya bijak laksana,
Akal bicaranya amat sempurna,
Sifatnya lengkap hamba laksana
(Sumber: Syair Ken Tambuhan, 2002: 5)
Pengarang menerangkan dalam syair tersebut berkaitan watak Raden Puspa Kencana yang sangat bijak dan cerdik. Hal ini terbukti apabila penyair menyatakan bahawa tidak ada seorang yang dapat mengalahkan beliau jika diajak untuk lawan berdebat. Nilai ini diselitkan dalam syair tersebut supaya mereka mencontohi sikap Raden Puspa Kencana yang bijak bagi mengelakkan diri daripada ditindas oleh orang lain.

*Falsafah Bahasa
*Konsep
Falsafah bahasa merupakan gabungan dua perkataan, iaitu falsafah dan bahasa. Namun kedua-dua entiti ini membawa kepada pemaknaan yang berbeza sama sekali. Falsafah merupakan gabungan dua kata, iaitu istilah Yunani philo (cinta) dan sophos (hikmat). Kebenaran dan keutamaan kata yang dibawa oleh Phytogras ini dapat disimpulkan sebagai pencinta kebijaksanaan. Bagi pendefinisian bahasa pula, merujuk kepada sistem lambang dan bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia (Kamus Dewan Edisi keempat, 2010: 106).
Bagi Von Humboldt, iaitu seorang sarjana Jerman bahasa didefinisikan sebagai sintesis bunyi (dalam Mohd Rashid Md Idris, 2012: 8). Melalui pentakrifan yang dibuat dapat dinyatakan kesimpulan bahawa bahasa adalah satu medium yang diguna pakai oleh masyarakat untuk menyampaikan konsep atau lebih tepat lagi untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Namun demikian, penggabungan kedua-dua elemen ini dapat membawa kepada sesuatu bentuk pengetahuan yang lebih unggul. Menurut Hashim Hj, Musa (1996), bidang falsafah terbahagi kepada dua bahagian, iaitu falsafah linguistik dan falsafah bahasa. Pembicaraan tentang falsafah linguistik merangkumi kepada cakupan dasar falsafah dalam konsep dan istilah linguistik. Hal ini merujuk kepada penelitian tentang kaedah dan amalan yang digunakan oleh ahli-ahli linguistik deskriptif dalam disiplin mereka (Mohd Rashid Md Idris, 2012: 9). Bagi falsafah bahasa pula, aspek ini meneliti dan memeriksa berasaskan falsafah pengetahuan yang dipanggil conceptual knowledge atau ilmu dalam bentuk konsepsi, yang wujud dalam fikiran secara ilmu (knowledge), logik dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, dapat dirumuskan bahawa falsafah bahasa merupakan bidang yang menelusuri tentang sesuatu aspek bahasa dengan menggunakan konsep pengetahuan dan penggunaan dasar yang lebih mendalam bagi mencari kebenaran dalam setiap aspek yang ingin dikaji.

*Teori Falsafah Bahasa 
Dalam falsafah bahasa ini, terdapat satu gagasan teori yang dikaji oleh Mohd Rashid Md Idris, iatu teori falsafah bahasa yang menggabungkan dua teori lain. Teori yang dimaksudkan adalah teori relatif dan teori kenuranian bahasa. Menurut beliau, manusia mempunyai bahasa dan dapat berfikir tetapi binatang tidak, kecuali dalam bentuk yang amat primitif dan erat hubungannya dengan naluri binatang tersebut. Beliau menegaskan bahawa manusia dianugerahi Allah S.W.T dengan bahasa dan akal semata-mata untuk mengangkat martabat manusia sebagai makhluk ciptaan yang sebaik-baik kejadian. Oleh yang demikian, beliau menggunakan kerelevanan idea tersebut untuk menggabungkan kedua-dua teori tersebut kerana berpendapat kedua-dua unsur tersebut tidak boleh difikirkan secara terpisah.
Dalam teori yang digunakan oleh beliau, terdapat tiga bahagian yang dikemukakan, iaitu bulatan, anak panah (dua hala) dan garisan putus-putus. Bahagian ini dapat dijelaskan dalam rajah di bawah:
Berdasarkan rajah di atas, tiga aspek yang ditonjolkan adalah bulatan yang bermaksud keadaan yang mana memerlukan manusia untuk berbahasa secara sempurna, iaitu dari aspek nahu, makna dan tujuannya. Bahagian kedua pula adalah anak panah (dua hala) yang menggambarkan wujudnya hubungan langsung secara tersurat antara penutur dan pendengar. Aspek yang terakhir adalah garisan putus-putus yang memaparkan hubungan secara tersirat antara manusia dengan Maha Pencipta, iaitu Allah (Mohd Rashid Idris, 2012: 43).
*Prinsip Asas Pertama Dalam Teori Falsafah Bahasa: Berbahasa Mengikut Nahu
Secara umumnya, aspek ini menekankan tentang aspek tatabahasa dan makna ketika seseorang penutur itu berbahasa. Misalnya dalam karya agung Melayu yang menggunakan  bahasa untuk menyatakan sesuatu gambaran tentang kehidupan masyarakat Melayu. Dalam sejarah Melayu misalnya, menceritakan tentang kemasukan agama Islam ke Melaka, Sultan Muhammad Syah mengambil berat tentang tiga daripada lima Rukun Islam (Haron Daud, 1989: 45). Contohnya:
“Hatta, maka hari pun asarlah; maka datanglah kapal dari Judah. Serta ia… lalu ia bersembahayang di pantai Melaka itu.”
Petikan tersebut menggambarkan Saiyid Abdul Aziz mendirikan sembahyang dan mendapat perhatian ramai. Penulis memfokuskan kepada makna yang sempurna daripada petikan ayat tersebut yang menggambarkan perlakuan tersebut untuk menyedarkan tentang kepentingan menunaikan solat.
*Prinsip Asas Pertama Dalam Teori Falsafah Bahasa: Berbahasa untuk Menyampaikan Maklumat yang Benar
Dalam berbahasa, penutur haruslah menyampaikan sesuatu maklumat yang benar dan tidak berbaur fitnah.  Misalnya dalam sejarah Melayu, yang mana Hang Tuah difitnah oleh pembesar lain sehinggakan Hang Tuah dijatuhkan hukuman bunuh. Dalam hal ini, pemfitnah tidak akan memperolehi sebarang kebaikan malahan hanya akan merugikan diri sendiri. Malah Allah juga ada berfirman:
“Wahai orang-orang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah perkataan yang benar”                                                                
(dalam Mohd Rashid Mohd Idris surah al-Ahzab 33: 70)
*Penutup
Rumusannya, setiap karya atau penulisan pastinya mempunyai idealisme dan falsafahnya yang tersendiri. Hal ini berkait rapat dengan diri seseorang penulis itu sendiri. Setiap penulis mempunyai kecenderungan tersendiri untuk mengaitkan penulisannya dengan falsafah dan pemikiran tertentu, misalnya berkaitan dengan idealisme bersumberkan alam, falsafah bersumberkan Islam, falsafah bersumberkan Melayu mahu pun falsafah bahasa. Raja Ali Haji misalnya berkecenderungan mengaitkan penulisannya dengan Islam, manakala Abdullah Munshi pula biasanya menulis karya yang tidak lari daripada bahasa dan alam, iaitu dari aspek sosialisasi dan pelbagai lagi kecenderungan penulisan dalam menyampaikan falsafah dan pemikiran mereka dalam penulisan. Segalanya berkaitan dengan kehidupan manusia dan tidak lari dari dimasukkan unsurnya di dalam sebuah penulisan yang menarik dan berkesan.

Sumber:

A. Samad Ahmad, 2003. Edisi Pelajar Sulalatus Salatin Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah bin Abdul Kadir munsyi (diperkenalkan oleh Kassim Ahmad), 2004. Hikayat Abdullah. Selangor Darul Ehsan: Utusan Printcorp Sdn. Bhd.
Mohd Rashid Md Idris (2012). Teori Falsafah Bahasa (Teori Rashid). Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Mortimer Jerome Adler, 2007. Sebuah Leksikon Pemikiran Barat Gagasan Agung. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.
Haron Daud  (1989). Sejarah Melayu: Satu Kajian Daripada Aspek Pensejarahan Budaya. Dewan Bahasa Dan Pustaka: Selangor.
Hashim Hj. Musa (1994). Pengantar Falsafah Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Raja Ali Haji (Dikaji dan Diperkenalkan Oleh: Hashim Musa), 2010. Kitab Pengetahuan Bahas Yayasan Karyawan: Kuala Lumpur
Siti Hawa Haji Salleh (Penyelenggara), 1992. Bustan Al-Salatin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Syair Ken Tambuhan.Dikaji Oleh: Nuruddin Alraniri.Noriah Mohamed Et.Al:Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan Dan Dewan Bhasa Pustaka
Ungku Abdul Aziz Ungku Abd Hamid.( 2011). Pantun Dan Kebijaksanaan Akal Budi Melayu. Dewan Bahasa Dan Pustaka: Kuala Lumpur.
W. G Shellbear, 1975. Sejarah Melayu. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.


POLEMIK DALAM HIKAYAT HANG TUAH



 HIKAYAT HANG TUAH

Masyarakat dahulu menganggap bahawa Hang Tuah merupakan pahlawan Melayu yang ulung dan terkenal kerana Hang Tuah merupakan laksamana yang sanggup berkorban apa sahaja demi sultan, malah sanggup membunuh kawan baiknya sendiri, iaitu Hang Jebat. Kini, tokoh kepahlawan Hang Tuah sering dipertikaikan kerana tindakan Hang Jebat menunjukkan beliau seorang sahabat yang sejati kerana sanggup menderhakai sultan demi Hang Tuah. Bagi masyarakat moden, keadilan penting dalam sesebuah kerajaan. Seseorang pemimpin tidak boleh berlaku zalim terhadap rakyatnya dan perlu menjaga kebajikan rakyatnya. Dalam kerajaan yang demokrasi, rakyat berhak bersuara untuk mempertahankan hak rakyat. Oleh hal yang demikian, Hang Jebat telah dilihat sebagai wira Melayu moden kerana gagah berani dan sedia melawan kuasa raja demi prinsip kehidupannya dan kasih sayangnya kepada seorang sahabat. Berikan ulasan anda.


NILAI KETAATAN HANG TUAH

Karya agung merupakan karya yang berjaya meninggalkan kesan seni, budaya dan pemikiran luar biasa dalam tamadun atau tradisi sesuatu bangsa. Karya ini dianggap sebagai warisan bangsa dalam erti kata bahawa kandungan karya tersebut mewakili ‘minda’ dan pengalaman bangsa itu sepanjang zaman sebagaimana yang terpancar dalam sistem kepercayaan, falsafah hidup, tradisi ilmu, adat, bahasa, seni, pekerti budaya dan sosial yang membentuk citra identiti ketamadunan bangsa itu. Hikayat Hang Tuah yang dikarang pada sekitar tahun 1641 hingga 1736 adalah salah satu karya agung jenis epik Melayu yang mewakili bangsa Melayu itu sendiri tentang cita-citanya, kebolehannya dan sikap hidupnya pada suatu zaman. Karya agung Hikayat Hang Tuah bukan sekadar cerita yang memaparkan kehebatan watak Hang Tuah tetapi turut menceritakan atau menggambarkan nilai-nilai Melayu yang membentuk jati diri bangsa Melayu itu sendiri. Secara ringkasnya, nilai-nilai tradisi yang dipelihara sejak dahulu lagi dapat dibuktikan melalui kandungan karya agung, Hikayat Hang Tuah yang telah meninggalkan semangat yang kekal dalam minda Melayu hingga hari ini dengan kata-kata “ Takkan Melayu Hilang di Dunia”.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang ini :


MATINYA SEORANG PAHLAWAN- HANG JEBAT

“Matinya Seorang Pahlawan: Hang Jebat” membincangkan mengenai pengorbanan seorang sabahat terhadap sahabatnya dalam menggambarkan erti semangat setiakawan. Ketegasan Hang Jebat dalam memperjuangkan apa yang dirasakannya benar dan tidak menindas mana-mana pihak menjadi laungan semangat perjuangannya. Dalam penceritaan Hikayat Hang Tuah, Hang Jebat digambarkan sebagai pengkhianat kerajaan Melaka walhal tindakan beliau adalah untuk memperjuangkan nasib rakyat dan menuntut bela terhadap khabar angin kematian sahabatnya Hang Tuah atas fitnah yang dilemparkan oleh pembesar Melaka. Dalam “Matinya Seorang Pahlawan: Hang Jebat”. Terdapat banyak huraian mengenai perwatakan Hang Jebat, konflik-konflik yang menjurus kepada peristiwa kematian Hang Jebat dan pengajaran yang kita perolehi daripada kisah Hang Jebat ini.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang ini :






Wednesday, 16 April 2014

KARYA AGUNG - BUKU

Hikayat Abdullah Munsyi




              

            Selesai dikarang pada 3 Mei 1843 di Kampung Melaka, Singapura, pada zaman dunia Melayu menghadapi cabaran ekonomi, politik dan budaya yang luar biasa dari Barat (Eropah). Abdullah Munsyi dianggap sebagai pengkritik sosial zamannya yang cuba membawa wawasan baharu supaya orang Melayu mengubah acuan fikiran dan kepercayaan lama yang tidak progresif. Beliau menjadi tokoh yang memperkenalkan genre autobiografi dan genre jurnalistik dalam sejarah kesusasteraan Melayu. Buku ini mengisahkan pengalaman hidupnya sepanjang berada di Melaka dan Singapura, yang merupakan beberapa catatan sejarah yang amat penting.


Hikayat Hang Tuah




                Dikarang sekitar tahun 1641-1736. Satu-satunya epik Melayu yang melakar cita-cita, kebolehan, dan sikap hidup orang Melayu pada suatu zaman. Hang Tuah mewakili keunggulan citra Melayu sebagai bangsa yang berbudaya dan bertamadun dengan menonjolkan sifat-sifat bangga diri, keberanian, kepintaran dan budi bahasa halus, yang mendapat penghormatan dan pengiktirafan daripada bangsa dan kerajaan asing, yakni sumber hubungan luar ketamadunan Melayu pada zaman prapencerobohan Portugis di Melaka. Pengarang mengakhiri karyanya dengan meninggalkan semangat yang kekal dalam minda Melayu hingga hari ini : “Takkan Melayu hilang di dunia”.



HIKAYAT INDERAPUTRA





            Sebuah karya agung Melayu genre cerita lipur lara yang terkenal dan tersebar luas pada abad ke-17 hingga ke-19, terbukti dengan terdapatnya naskhah karya ini dalam versi-versi Aceh, Jawa, Lombok, Bugis, Makasar, Cam dan Mindanao. Inderaputera, watak utama hikayat ini, diandaikan sebagai seorang pengembaraan sufi mencari kebenaran Ilahi. Di samping kisah percintaan dan pengembaraan, karya ini merupakan sebuah karangan yang penuh dengan nada mengajar dan sebuah epik yang menyanjung seorang wira yang berjaya melepasi pelbagai rintangan sebelum mengasaskan dinasti raja tempatan.



HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA


            Hasil penulisan sejarah tradisional, terkarang pada sekitar tahun 1800-an, yang menyumbang keterangan tentang asal usul keturunan raja-raja Kedah daripada mitos dan legenda. Penulisan ini menyatukan mitos dan realiti sejarah, antaranya pemberontakan rakyat menentang Raja bersiung, kisah Raja Buluh Betung, perhubungan kerajaan Kedah dan Siam, proses pengislaman raja Kedah dan lain-lain.


HIKAYAT RAJA PASAI



            Kemungkinan dikarang dalam jangka masa dari tahun 1211-1400. Mencakupi suatu zaman dalam sejarah Pasai, Sumatera Utara. Di situ agama Islam mula-mula bertapak pada abad ke-13. Walaupun hikayat ini mengandungi unsur-unsur bersifat mitos setempat tetapi terdapat juga yang didasarkan kepada fakta sejarah, yang dibuktikan dengan penemuan nisan Malikul Salih (nama yang diberikan kepada Merah Silau sesudah memeluk Islam). Karya ini memaparkan kisah kelahiran dan kejatuhan sebuah kerajaan Melayu yang dapat dijadikan pengajaran untuk generasi akan datang.


TUHFAT AN-NAFIS



            Menceritakan sejarah Kerajaan Riau-Lingga, sebuah kerajaan Melayu selepas kejatuhan kerajaan Kesultananan Melaka. Menurut pengkaji, karya ini merupakan karya sejarah Melayu yang paling kompleks dan canggih antara semua karya Melayu yang dikarang sebelum abad ke-20. Latar peristiwa meliputi jangka waktu dari awal abad ke-17 hingga pertengahan abad ke-19. Dari segi geografi, Tuhfat al-Nafis meliputi kerajaan Melayu di Semenanjung Melayu, Kalimantan Barat, Sulawesi Selatan, dan BetawI.


HIKAYAT ACEH



            Dihasilkan pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda Aceh (1606-1636) sewaktu berlakunya pertumbuhan fikrah dan wacana ilmu yang pesat dalam sejarah dan kesusasteraan Melayu. Aceh merupakan pusat tamadun Melayu-Islam yang besar dan kuat selepas kejatuhan Melaka pada tahun 1511. Dalam hikayat ini pembaca dapat melihat sejarah kebesaran kerajaan Melayu-Islam Aceh pada zaman itu, perhubungannya dengan dunia luar, khususnya dengan negeri-negeri dari dunia Asia-Barat, pertembungannya dengan kuasa-kuasa luar dari Eropah (Portugis dan Belanda).  Karya ini dikarang dalam bahasa Melayu, bukan dalam bahasa Aceh atau bahasa Arab, membuktikan bahawa bahasa Melayu menguasai rantau ini dalam pertumbuhan kegiatan penulisan dan pemikiran yang luar biasa hasil tamadun yang tinggi.


HIKAYAT PANJI JAYENG KUSUMA




             Hikayat Panji Jayeng Kusuma (HPJK) merupakan sebuah cerita panji yang ditulis dalam bahasa Melayu. Unsur-unsur utama yang diketengahkan dalam buku ini ialah percintaan, pengembaraan dan peperangan. Percintaan dalam HPJK berlangsung antara anak-anak raja dari beberapa buah kerajaan, seperti Kuripan, Daha, Gagelang, Singasari, Manjapahit (Majapahit) dan Lasem. Semua anak raja ini telah ditunangkan sesama mereka sejak kecil lagi. Raden Inu Kerta Pati, sebagai wira dalam cerita ini telah ditunangkan dengan Raden Galuh Candera Kirana, wirawatinya. Namun, akibat tersilap mendapat gambaran tentang rupa paras Raden Galuh Candera Kirana, Raden Inu Kerta Pati telah memutuskan pertunangan mereka, sebaliknya berkahwin pula dengan anak raja Singasari, Raden Galuh Lasmi Ningrat. Walau bagaimanapun, Raden Inu Kerta Pati akhirnya mengetahui rupa paras sebenar Raden Galuh Candera Kirana selepas berangkat ke Daha untuk menghadiri perkahwinan Raden Galuh Candera Kirana. Raden Inu berazam untuk mengambil semula tunangnya itu, tetapi gagal apabila Raden Galuh Candera Kirana menghilangkan diri. Ekoran daripada peristiwa itu bermulalah pengembaraan mereka mencari Raden Galuh Candera Kirana. Sepanjang pengembaraan ini, berlaku pelbagai peristiwa yang menarik seperti peperangan, penjelmaan, penyamaran dan sebagainya.

Diperoleh daripada http://ilmu.edublogs.org/karya-karya-agung/


Tokoh-tokoh Pengarang Karya Agung


Datuk Shahnon Ahmad

Datuk Shanon Ahmad merupakan Sasterawan Negara yang kedua. Beliau dilahirkan pada 13 Januari 1933 di Kampung Derdap, Sik Kedah. Beliau merupakan kanak – kanak pendiam dan pemalu serta tidak suka bercampur gaul dengan orang lain. Beliau banyak meghabiskan zaman kecilnya di sawah ,mencari ikan di sungai dan memburu burung. Kepayahan hidup dan dibesarkan dalam suasana kampung yang mecabar telah mematangkan pemikiran beliau. Sifatnya yang sensetif mendorong beliau untuk menulis kisah – kisah hidup manusia dan segala perkara yang berlaku di sekelilingnya.

            Jika ditinjau, kebanyakan novel – novel hasil tulisan beliau berkisarkan dengan isu sosial, iaitu kemiskinan dalam masyarakat luar bandar, kisah – kisah politik dan sebagainya. Falsafah penulisan beliau paling banyak adalah berkaitan dengan isu kemiskinan. Perkara ini terbukti apabila terdapat banyak novel beliau yang menyentuh isu – isu kemiskinan seperti Rentong, Seluang Menodak Baung, Ranjau Sepanjang Jalan , Patriach, Srengenge , Kemelut , Tunggil –tunggul Gerigis, Detik-Detik Diri Di Daerah Daif.

            Persoalan kemiskinan sering diutarakan dalam novel-novel Shahnon kerana beliau sudah sebati kemiskinan. Beliau sendiri hidup dalam keluarga yang miskin, sanak saudaranya serta masyarakat di sekelilingnya juga miskin. Dalam novel Rentong misalnya, Shahnon menceritakan perihal masyarakat tani yang begitu dahagakan pembangunan di kampong Banggol Derdap, iaitu kampungnya sendiri. Watak – watak dalam novel tersebut seperti Dogol, Semaun, Pak Senik Jeha dan Lahuma mengetengahkan konflik jiwa dalam diri mereka yang mewakili masyarakat kampong tersebut. Novel ini mampu memberi kesedaran kepada para pemimpin supaya membuka mata akan kesusahan masyarakat desa yang terabai dalam arus pemodenan.

            Dalam novel Rentong juga menbgisahkan kehidupan masyarakat desa yang hanya bergantung hidup dengan hasil tani sahaja. Turut diceritakan mengenai seekor harimau ganas yang sering menyerang hasil ternakan orang – orang kampung. Pelbagai cara dilakukan untuk membunuh harimau tersebut tetapi tidak berjaya kerana kurangnya kerjasama yang diberikan oleh penduduk kampung. Setelah kematian Dogol akibat dibaham harimau, barulah penduduk kampung berkejasama dengan padu untuk memburu harimau tersebut. Jelas tergambar beliau menerapkan nilai kerjasama masyarakat kampung selain mengutarakan isu kemiskinan di dalam novel beliau.

            Kemiskinan orang kampung yang hidup melarat dan serba kekurangan dari segi tempat tinggal disentuh oleh Shahnon Ahmad dalam novel Rentung. Misalnya digambarkan seperti petikan ini ;
“Malam itu kurang menyenangkan penduduk-penduduk Kampung Banggul Derdap : Terutama kepada mereka yang beratap bocor. Langit hitam pekat. Tak ada bintang walau sebutir sekali pun. Sekali-sekala guntur mengamuk bagaikan setan minta korban.”

            Selain itu, dalam novel Ranjau Sepajang Jalan pula menceritakan tentang kehidupan kampung yang berlatarbelakangkan kampung beliau. Novel ini menceritakan kisah keluarga Jeha dan Lahuma. Padi yang ditanam mereka musnah sebendang kerana diserang oleh ketam. Lahuma pula dutusuk duri menyebabkan kakinya emnjadi busuk. Isterinya Jeha telah berkorban untuk merawat penyakit Lahuma yang kritikal pada ketika itu. Ketam yang menyerang padi membawa maksud si pemiutang yang datang mengambil padi mereka yang masih muda sebagai bayaran hutang.

            Kesan daripada penerimaan masyarakat yang sangat ghairah terhadap novel Ranjau Sepanjang Jalan ini, maka novel ini telah diterjemah kepada bahasa Inggeris oleh Adibah Amin dengan judul No Harvest A Thorn. Novel hasil karya Shahnon Ahmad ini memang berkualiti apabila novel yang terjemahkan ini telah diangkat sebagai salah sebuah antara 10 novel terbaik di Sydney, Australia pada 1980-an. Malahan juga novel Ranjau sepanjang Jalan ini juga pernah diterjemahkan kepada bahasa lain selain daripada bahasa Inggeris seperti Sweedish, Spanish, French, Rusia dan lain-lain. Selain itu,dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan , Shahnon telah memperlihatkan betapa terbatasnya keupayaan manusia kampung menghadapi binatang-binatang kecil yang buas, onak, duri, dan ranjau yang membunuh.

            Tema kemiskinan yang ditonjolkan dan digarap dengan baik dalam novel mampu membawa pembaca menyelami penderitaan dan kepayahan golonga yang miskin. Dalam novel ini, Shahnon mengutarakan mengenai kekolotan pemikiran masyarakat kampung telah menyebabkan mereka sukar untuk mendapat pembangunan. Shahnon juga menyelitkan  sikap penduduk kampung yang mudah menyerah semasa ditimpa kesusahan. Perkara ini bertujuan untuk menyedarkan mereka dari berfikiran kolot.

           Selain daripada isu – isu sosial diutarakan, beliau turut mengupas tema politik dalam beberapa buah novel beliau. Novel Patriach mengisahkan seorang wakil rakyat.iaitu Yang Jasadiah berusaha untuk membasmi kemiskinan yang membelenggu penduduk kampung yang dibawah pimpinannya. Jasadiah yang merupakan seorang wakil rakyat telah bersumpah dan berjanji berhabis-habisan untuk memperjuangkan dan mengubah taraf hidup rakyat yang masih serba kekurangan. Jasadiah dan isterinya Hamidah bersetuju untuk berkorban demi untuk mencapai kehandak rakyat. Mereka sanggup memilih untuk hidup susah, apa yang penting bagi mereka adalah nasib rakyat terbela dan terjaga.

            Novel ini ditulis adalah untuk memberi didikan dan pengajaran kepada pemimpin – pemimpin supaya jujur dan tidak mementingkan diri serta mendahulukan rakyat. Selain itu, pemikiran agama turut diutarakan dalam novel beliau, seperti dalam novel Mahabbah.

            Kesimpulannya, karya Shahnon Ahmad sangat berkualiti kerana beliau bijak mempersembahkan pemikiran beliau terhadap sesuatu isu dengan kreatif dan mampu membawa pembaca menyelami sendiri kehidupan yang digambarkan dalam novel. Novel – novel yang ditulis kebanyakannya berkisarkan tentang kemiskinan dan beliau mahu masyarakat dan golongan pemimpin membuka mata terhadap segelintir golongan miskin di luar bandar. Hasil garapan penceritaan beliau membuktikan bahawa Shahnon Ahmad merupakan seorang yang sangat peka dan berjiwa rakyat. Beliau turut melakukan kritikan sosial dalam novelnya serta mengkritik pemimpin – pemimpin yang tidak telus menjalankan tanggungjawab mereka. Setiap hasil penulisan beliau sebenarnya memperjuangkan sesuatu perkara yang berperang dalam dirinya. Beliau meluahkannya melalui penulisan.

Abdullah Munsyi






Tokoh Abdullah Munsyi

Sumber: 

Abdullah Munsyi telah diiktiraf sebagai Pelopor Kesusasteraan Melayu Moden. Gelaran itu diberikan kerana beliau yang memulakan penulisan corak baru yang menyimpang daripada tradisi sebelumnya. Ciri-ciri penulisan beliau ialah:
·         Tidak lagi berkisar di istana;
·         Tidak juga mengandungi mitos dan legenda;
·         Tidak terbina atas khayalan melulu; dan
·         Telah berhenti mengagung-agungkan golongan istana dan bangsawan.

            Abdullah meninggalkan ungkapan-ungkapan tradisional seperti talibun yang sering diulang-ulang untuk melukiskan sesuatu. Beliau juga menggunakan ganti nama diri aku atau ku yang menjelaskan sifat keakuan dan sifat bertanggungjawab terhadap karya yang dihasilkan. Genre-genre baru yang diterokai beliau ialah autobiografi dan memoir. Walau bagaimanapun, masih terdapat ciri-ciri sastera Melayu tradisional dalam karya seperti Hikayat Abdullah danHikayat Pelayaran Abdullah ke Kelantan. Di samping itu, lenggang-lenggok bahasa yang digunakan oleh beliau masih terikut-ikut dengan bahasa yang terdapat dalam Sejarah Melayu. 

2. Zaman Sebelum Perang

Prosa Melayu Moden

Asas Kesusasteraan Melayu Moden yang dikarang oleh Abdullah Munsyi menjadi pegangan para pengarang selepas beliau pada tahun-tahun 1860-an dan seterusnya. Pengaruh luar dan teknologi moden telah menyebabkan terhasil dan tersebar karya sastera dalam bahasa Melayu. Pendidikan (tidak kira sistem Barat atau sistem Timur Tengah) telah mempertingkat kadar kenal huruf. Selain itu, pelajar-pelajar Melayu terpengaruh dengan bahan-bahan bacaan dari luar. Hal tersebut telah mendorong mereka yang kreatif melahirkan karya-karya sendiri. Karya-karya yang dimaksudkan itu tersiar dalam akhbar dan majalah yang tumbuh akibat kemasukan teknologi percetakan. Apabila syarikat-syarikat percetakan didirikan, genre-genre sastera seperti novel dicetak dalam bentuk buku. Pada era sebelum Perang Dunia Kedua, lahir akhbar, majalah, novel, cerpen dan sajak. Peranan Akhbar Sebelum Perang Jawi Peranakan (1876), ialah akhbar terawal yang diterbitkan di Singapura. Antara akhbar-akhbar terawal yang telah diterbitkan di Tanah Melayu ialah Sekolah Melayu (1883) dan Bintang Timur (1894). 

            Menjelang tahun-tahun 1900 hingga 1920, muncul akhbar-akhbar sepertiUtusan Melayu, Neracha, dan Lembaga Malaya. Pada dekad seterusnya muncul pula Warta Malaya, Majlis, Warta Ahad,dan Warta Jenaka. Selain berita tempatan dan luar negeri, akhbar juga menyiarkan rencana berbentuk nasihat, politik dan sosioekonomi orang Melayu serta karya sastera seperti cerpen, novel bersiri dan sajak. Antara pengarang-pengarang yang aktif menyumbangkan karya mereka di dalam akhbar pada masa itu ialah Abdul Rahim Kajai, Onn Jaafar, Syed Syeikh al-Hadi, dan Mohd. Eunos Abdullah. Peranan Majalah Sebelum Perang Majalah-majalah yang muncul sebelum Perang Dunia Kedua ialah al-Imam (1906), Pengasuh (1918), dan Majalah Guru (1924). Mengikut urutan, majalah itu diterbitkan di Singapura, Kota Bharu dan Pulau Pinang. Majalah lain yang popular ialah Hiburan, Kencana, Qalam danTunas. Kesemua majalah yang disebutkan itu kemudian diterbitkan di Singapura. Majalah al-Imam yang diutarakan oleh Syed Syeikh al-Hadi, Syeikh Mohd. Tahir Jalaluddin dan Haji Abas Mohd. Taha itu menyiarkan rencana berunsur Islam yang mengetengahkan pegangan Kaum Muda dan semangat kebangsaan. Akibat tekanan Kaum Tua, majalah ini diberhentikan penerbitannya pada tahun 1908. Berbeza dengan al-Imam, majalah Pengasuh yang diusahakan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dimuatkan dengan karangan pengarang daripada golongan kaum tua. Selain rencana pengetahuan dan pendidikan,Majalah Guru memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan perkembangan Puisi Melayu Moden. Majalah ini menyiarkan sajak yang ditulis oleh Punggok. Penulis-penulis lain yang turut menyumbangkan karya-karya mereka di dalam majalah ini ialah Harun Aminurrashid, Embong Yahya dan Abdullah Sidek.

Peranan Golongan Intelek Agama dalam Prosa Melayu Moden Sebelum Perang

Golongan intelek agama di dalam sejarah perkembangan Kesusasteraan Melayu Moden bermaksud penulis yang cerdik pandai agama Islam. Mereka mempunyai latar belakang, pendidikan, kegiatan, penerbitan dan penulisan yang berunsur Islam. Kesemuanya mendapat pendidikan di Timur Tengah. Di sana mereka terdedah kepada gerakan pembaharuan Islah yang dipelopori oleh Syed Syeikh Muhammad Abduh di Kaherah. Di Tanah Melayu, gerakan ini dimulakan oleh Mohd. Tahir bin Jalaluddin al-Azhari manakala di Singapura, Syeikh Mohd. bin Salem al-Khalali yang memulakannya.

            Gerakan ini bertujuan untuk menghapuskan pemikiran kuno dan karut. Di samping itu, mereka berusaha meletakkan Al-Qur’an dan Hadis sejajar dengan proses pemodenan. Sehubungan itu, mereka mengajak golongan belia keluar daripada kebudayaan kuning melalui penerbitan majalah agama. Perbincangan ini akan bertumpu kepada Kaum Muda kerana mereka berperanan besar dalam pertumbuhan novel sebelum Perang Dunia Kedua

            Tokoh-tokoh yang dimaksudkan ialah Syed Syeikh al-Hadi, Ahmad Rasyid Talu, dan Haji Ahmad Ismail. Syed Syeikh al-Hadi dengan novel Hikayat Faridah Hanum (1926) digelar sebagai Bapa Penovelan Saduran. Selepas beliau, muncul pula Ahmad Rasyid Talu. Novelis ini ialah orang yang pertama menghasilkan novel Melayu asli. Beliau digelar Bapa Novel Melayu Asli. Novel pertama karangan Ahmad Rasyid Talu ialah Kawan Benar (1927). Tokoh ketiga ialah Haji Ahmad Ismail yang menulis novel Cogan Setia (1929).


Peranan Guru-Guru Sekolah Melayu dalam Prosa Melayu Moden

Selain penulis agama, wujud pula guru sebagai penulis yang memberi sumbangan di dalam bidang penulisan. Penulis guru ialah golongan yang bekerja sebagai guru dan secara sambilan menghasilkan karya sastera. Mereka dilatih di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjong Malim, Perak. Di Maktab itu mereka terdorong untuk menulis kerana kewujudan badan yang bersifat bahasa dan sastera, iaitu Pejabat Karang Mengarang. Mereka menghasilkan karya untuk membawa masyarakat ke arah kemajuan dan mengubah cara berfikir orang Melayu. Kesedaran demikian timbul kerana dipengaruhi idea penulis agama dan karya-karya dari Indonesia.

Tokoh-tokoh penulis guru ialah Harun Muhammad Amin (Harun Aminurrashid), Abdullah Sidek, Ahmad Bakhtiar, Ahmad Murad Nassaruddin, dan Za’ba. Za’ba merupakan orang Melayu yang pertama memperkatakan persuratan Melayu moden di dalamJournal of Malayan Branch of the Royal Asiatic Society (JMBRAS) seperti Recent Malay Literature (1941).



Sheikh Hamzah Fansuri & pemikirannya



Syeikh Hamzah Fansuri adalah seorang cendekiawan, ulama tasawuf, dan budayawan terkemuka yang diperkirakan hidup antara pertengahan abad ke-16 sampai awal abad ke-17. Nama gelar atau takhallus yang tercantum di belakang nama kecilnya memperlihatkan bahwa pendekar puisi dan ilmu sulukini berasal dari Fansur, sebutan orang-orang Arab terhadap Barus, sekarang sebuah kota kecil di pantai barat Sumatra yang terletak antara kota Sibolga dan Singkel. Sampai abad ke-16 kota ini merupakan pelabuhan dagang penting yang dikunjungi para saudagar dan musafir dari negeri-negeri jauh.
            Sayang sekali bukti-bukti tertulis yang dinyatakan kapan sebenarnya Syeikh Hamzah Fansuri lahir dan wafat, di mana dilahirkan dan di mana pula jasadnya dibaringkan dan di tanam, tak dijumpai sampai sekarang.

            Dari syair dan dari namanya sendiri sudah sekian lama berdominasi di Fansur, dekat Singkel, sehingga mereka dan turunan mereka pantas digelari Fansur. Konon saudara Hamzah Fansuri bernama Ali Fansuri, ayah dari Abdur Rauf Singkel Fansuri. Pada ahli cenderung memahami dari syair bahwa Hamzah Fansuri lahir di tanah Syahrmawi, tapi tidak ada kesepakatan mereka dalam mengidentifikasikan tanah Syahrmawi itu. Ada petunjuk tanah Aceh sendiri ada yang menunjuk tanah Siam, dan bahkan ada sarjana yang menunjuk negeri Persia sebagai tanah yang di Aceh oleh nama Syamawi.

            Kiranya namanya di Nusantara di kalangan ulama dan sarjana penyelidik keislaman tak asing lagi. Hampir semua penulis sejarah Islam mencatat bahwa Syeikh Hamzah Fansuri dan muridnya Syeikh Syamsuddin Sumatrani adalah dengan al-Hallaj, faham hulul, ittihad, mahabbah dan lain-lain adalah seirama. Syeikh Hamzah Fansuri diakui seorang pujangga Islam yang sangat populer di zamannya, sehingga kini namanya menghiasi lembaran-lembaran sejarah kesusasteraan Melayu dan Indonesia. Namanya tercatat sebagai tokoh kaliber besar dalam perkembangan Islam di nusantara dari abadnya hingga ke abad kini. Dalam buku-buku sejarah mengenai Aceh namanya selalu diuraikan dengan panjang.

Karya-karyanya

Hamzah Fansuri menghasilkan karya tulis yang banyak, akan tetapi karya-karya tulisnya itu bersama karya-karya tulis Syamsuddin Sumatrani, dibinasakan (dibakar) berdasarkan perintah Sultan Iskandar Sani atau anjuran Huruddin al-Riniri, mufti dan penasehat agama di Istana Sultan tersebut.

Di antara syair-syair Syeikh Hamzah Fansuri terkumpul dalam buku-buku yang terkenal, dalam kesusasteraan Melayu / Indonesia tercatat buku-buku syairnya antara lain :
a. Syair Burung Pingai
b. Syair Dagang
c. Syair Pungguk
d. Syair Sidang Faqir
e. Syair Ikan Tongkol
f. Syair Perahu

Karangan-karangan Syeikh Hamzah Fansuri yang berbentuk kitab ilmiah antara lain :
a. Asfarul ‘arifin fi bayaani ‘ilmis suluki wa tauhid
b. Syarbul ‘asyiqiin
c. Al-Muhtadi
d. Ruba’i Hamzah al-Fansuri

Karya-karya Syeikh Hamzah Fansuri baik yang berbentuk syair maupun berbentuk prosa banyak menarik perhatian para sarjana baik sarjana barat atau orientalis barat maupun sarjana setempat, yang banyak membicarakan tentang Syeikh Hamzah Fansuri antara lain Prof. Syed Muhammad Naquib dengan beberapa judul bukunya mengenai tokoh R.O Winstedt yang diakuinya bahwa Syeikh Hamzah Fansuri mempunyai semangat yang luar biasa yang tidak terdapat pada orang lainnya. Dua orang yaitu J. Doorenbos dan Syed Muhammad Naquib al-Attas mempelajari biografi Syeikh Hamzah Fansuri secara mendalam untuk mendapatkan Ph.D masing-masing di Universitas Leiden dan Universitas London. Karya Prof. Muhammad Naquib tentang Syeikh Hamzah Fansuri antaranya :
- The Misticum of Hamzah Fansuri (disertat 1966), Universitas of Malaya Press 1970
- Raniri and The Wujudiyah, IMBRAS, 1966
- New Light on Life of Hamzah Fansuri, IMBRAS, 1967
- The Origin of Malay Shair, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1968

Puisi-puisi penyair sufi biasanya tidak lengkap tanpa disertai tanda-tanda kesufian seperti, faqir, asyiq dan lain sebagainya. Tanda serupa ini kita jumpai di dalam sajak-sajak Hamzah Fansuri. Di antara tanda kesufian yang banyak ditemukan di dalam syair-syair Hamzah Fansuri ialah anak dagang, anak jamu, anak datu, anak ratu, orang uryani, ungkas quddusi, dan kadang-kadang digunakan dengan nama pribadinya seperti Hamzah Miskin, Hamzah Gharib dan lain-lain.

Syatahat

Salah satu ciri penting yang melekat pada karya-karya penyair mistik atau sufistik sejak dahulu ialah ungkapan-ungkapan yang mengandung paradoks, dalam tradisi sufi bentuk-bentuk ungkapan paradoks muncul pertama kali dalam ucapan-ucapan teofani (syathahat) Bayazid, al-Hallaj, al-Miffaru, Ibn ‘Arabi dan lain-lain. Di dalam syair-syairnya Hamzah Fansuri sering menampilkan ucapan-ucapan syathahat bayazid dan al-Hallaj, dua wira sufi yang diteladaninya. Ucapan-ucapan terkenal kedua sufi itu ialah “Subhani! Subhani!” (terpujilah daku) dan “Ana al-Haqq” (aku adalah kebenaran). Selain berfungsi memadatkan pengucapan puitik, kutipan ucapan syathiyat ini memberikan suasana ekstase atau kegairahan mistik dan juga untuk mengukuhkan tafsir sufistik penyair terhadap ayat-ayat al-Qur’an dan hadits qudsi yang terdapat di dalam bait-bait sebelumnya, misalnya di dalam ikatan-ikatan yang menggambarkan pengalaman fana penyair.

Sabda rusul Allah Nabi kamu
Lama’a Allah sekali waqtu
Hamba dan Tuhan menjadi satu
Inilah ‘arif bernama tahu
Kata Bayazid terlalu ali
Subhani maa’zama sya’ni
Inilah ilmu sempurna fani
Jadi senama dengan hayy al Baqi
Kata mansur penghulu asyiq
Yaitu juga empunyai nathiq
Kata ini siapa la’iq
Mengatakan diri akulah khaliq
Dengarkan dirimu hai orang yang kamil
Jangan menuntut ilmu yang bathil
Tiada bermanfaat kata yang jahil
Ana’al haqq mansur itulah washil
Hamzah Fansuri terlalu karam
Ke dalam laut yang maha dalam
Berhenti angin ombaknya padam
Menjadi sultan pada kedua laman.

Peranan Syeikh Hamzah Fansuri

Syeikh Hamzah Fansuri bukan hanya seorang ulama tasawuf dan sastrawan terkemuka, tetapi juga seorang perintis dan pelopor bagi perkembangan kebudayaan Islam, sumbangannya sangat besar. Di bidang keilmuan Syeikh telah mempelajari penulisan risalah tasawuf atau keagamaan yang demikian sistematis dan bersifat ilmiah. Sebelum karya-karya Syeikh muncul, masyarakat muslim Melayu mempelajari masalah-masalah agama, tasawuf dan sastra melalui kitab-kitab yang ditulis di dalam bahasa Arab atau Persia. Di bidang sastra Syeikh mempelopori pula penulisan puisi-puisi filosofis dan mistis bercorak Islam, kedalaman kandungan puisi-puisinya sukar ditandingi oleh penyair lain yang sezaman ataupun sesudahnya. Penulis-penulis Melayu abad ke-17 dan 18 kebanyakan berada di bawah bayang-bayang kegeniusan dan kepiawaian Syeikh Hamzah Fansuri.

Di samping itu Syeikh Hamzah Fansuri telah berhasil meletakkan dasar-dasar puitika dan estetika melayu yang mantap dan kukuh. Pengaruhestetika dan puitika yang diasaskan oleh Syeikh Hamzah Fansuri di dalam kesusasteraan Indonesia dan Melayu masih kelihatan sampai abad ke-20. Khususnya di dalam karya penyair pujangga baru seperti Sanusi Pane, dan Amir Hamzah, sastrawan-sastrawan Indonesia angkatan 70-an danarto dan Sutardi Calzoum Buchiri berada di dalam satu jalur estetik dengan Syeikh Hamzah Fansuri.

            Dalam bidang kebahasaan pula sumbangan Syeikh Hamzah Fansuri sukar untuk dapat diingkari apabila kita mau berjujur. Pertama, sebagai penulis pertama kitab keilmuan di dalam bahasa Melayu, Syeikh Hamzah Fansuri telah berhasil mengangkat naik martabat bahasa Melayu dari sekedar lingua Franca menjadi suatu bahasa intelektual dan ekspresi keilmuan yang canggih dan modern. Dengan demikian kedudukan bahasa Melayu di bidang penyebaran ilmu dan persuratan menjadi sangat penting dan mengungguli bahasa-bahasa Nusantara yang lain, termasuk bahasa Jawa yang sebelumnya telah jauh lebih berkembang. Kedua, jika kita membaca syair-syair dan risalah-risalah tasawuf Syeikh Hamzah Fansuri, akan tampak betapa besarnya jasa Syeikh Hamzah Fansuri dalam proses Islamisasi bahasa Melayu dan Islamisasi bahasa adalah sama dengan Islamisasi pemikiran dan kebudayaan, di dalam 32 ikat-ikatan syairnya saja terdapat kurang lebih 700 kata ambilan dari bahasa Arab yang bukan saja memperkaya perbendaharaan kita bahasa Melayu, tetapi dengan demikian juga mengintegrasikan konsep-konsep Islam di dalam berbagai bidang kehidupan ke dalam sistem bahasa dan budaya melayu.

            Dalam bidang filsafat, ilmu tafsir dan telaah sastra Syeikh Hamzah Fansuri telah pula mempelopori penerapan metode takwil atau hermeneutikakeruhanian, kepiawaian Syeikh Hamzah Fansuri di bidang hermeneutika terlihat di dalam Asrar al-‘arifin (rahasia ahli makrifat), sebuah risalah tasawuf klasik paling berbobot yang pernah dihasilkan oleh ahli tasawuf nusantara, disitu Syeikh Hamzah Fansuri memberi tafsir dan takwil atas puisinya sendiri, dengan analisis yang tajam dan dengan landasan pengetahuan yang luas mencakup metafisika, teologi, logika, epistemologi dan estetika. Asrar bukan saja merupakan salah satu risalah tasawuf paling orisinal yang pernah ditulis di dalam bahasa Melayu, tetapi juga merupakan kitab keagamaan klasik yang paling jernih dan cemerlang bahasanya dengan memberi takwil terhadap syair-syairnya sendiri Syeikh Hamzah Fansuri berhasil menyusun sebuah risalah tasawuf yang dalam isinya dan luas cakrawala permasalahannya.

Ajaran Wujudiyah

Peranan penting Syeikh Hamzah Fansuri dalam sejarah pemikiran dunia Melayu Nusantara bukan saja karena gagasan tasawufnya, tetapi puisinya yang mencerminkan pergulatan penyair menghadapi realitas zaman dan pengembaraan spiritualnya. Salah satu karya penting dari Syeikh Hamzah Fansuri adalah Zinat al-Wahidin yang ditulis pada akhir abad ke-16 ketika perdebatan sengit antara faham wahdatul wujud sedang berlangsung dengan tegang di Sumatera. Teks ini diyakini oleh para peneliti sebagai kitab keilmuan pertama yang ditulis dalam bahasa Melayu. Syeikh Hamzah Fansuri juga dikenal sebagai seorang pelopor dan pembaharu melalui karya-karya Rubba al-Muhakkikina, Syair Perahu dan Syair Dagang. Kritiknya yang tajam terhadap perilaku politik dan moral raja-raja, para bangsawan dan orang-orang kaya menempatkannya sebagai seorang intelektual yang berani pada zamannya.

            Sebagai seorang tasawuf Syeikh Hamzah Fansuri pernah memperlihatkan dalam karya-karyanya bahwa Syeikh mempunyai hubungan dengan tasawuf yang berkembang di India pada abad ke-16 dan 17. Syeikh Hamzah Fansuri langsung mengaitkan dirinya dengan ajaran para sufi Arab dan Persia sebelum abad ke-16. Bayazid dan al-Hallaj merupakan tokoh idola Syeikh Hamzah Fansuri di dalam cinta (‘isyq) dan ma’rifat, dipihak lain Syeikh sering mengutip pernyataan dan syair-syair Ibnu ‘Arabi serta Iraqi untuk menopang pemikiran kesufiannya. Hubungan Syekh Hamzah Fansuri dengan para penulis jarang sekali memperoleh perhatian para sarjana tasawuf di Indonesia. Padahal selain Ibnu ‘Arabi pemikir sufi yang banyak memberi warna pada pemikiran wujudiyah. Syeikh ialah Fakhruddin Iraqi. Seringnya Syeikh menyebut dan mengutip lama’at lama’at karya Iraqi, memperlihatkan adanya perhatian istimewa antara pandangannya dengan pandangan Iraqi.

            Yang selalu disangga oleh orang tentang ajaran Hamzah Fansuri ialah karena faham “wahdatul wujud”, “hulul”, “ittihad” karenanya terlalu mudah orang-orang mengecapnya sebagai seorang zindiq, sesat, kafir, dan sebagainya. Ada orang yang menyangka bahwa beliau adalah pengikut fahamsyi’ah, ada juga yang mempercayai bahwa ia adalah bermadzab syafi’i di bidang fiqih, dalam pegangan tasawuf, beliau pengikut thariqat Qadiriyah yang dibangsakan kepada Syeikh Abdul Qodir Jailani.

            Walaupun pemikiran wujudiyah telah berakar lama di dalam pemikiran para sufi sebelum abad ke13 seperti Hallaj, Imam al-Ghazali dan Ibn ‘Arabi, namun pemakaian istilah wahdatul wujud sebagaimana kita kenal sekarang ini bukan berasal dari Ibn ‘Arabi, istilah tersebut mula-mula dikemukakan oleh Qunawi setelah melakukan tafsir yang mendalam atas karya-karya Ibn ‘Arabi. Istilah Wahdatul Wujud (dari mana istilah wahdatul wujud berasal) dikemukakan untuk menyatakan bahwa keesaan Tuhan (tauhid) tidak bertentangan dengan gagasan tentang penampakan pengetahuannya yang berbagai di alam fenomena (alam al-khalq). Tuhan sebagai dzat mutlak satu-satunya di dalam keesaannya memang tanpa sekutu dan bandingan, dan karenanya Tuhan adalah transenden (tanzih). Tetapi karena dia menampakkan wajah-Nya serta ayat-ayat-Nya di seluruh alam semesta dan di dalam diri manusia, maka Dia memiliki kehadiran spiritual di alam kejadian. Kalau tidak demikian maka dia bukan yang zakir dan yang batin, sebagaimana al-Qur’an mengatakan, dan kehampirannya kepada manusia tidak akan lebih dekat dari urat leher manusia sendiri. Karena manifestasi pengetahuannya berbagai-bagai dan memiliki penampakan zakir dan batin, maka di samping transenden dia juga immanen (tashbih). Dasar-dasar gagasan wujudiyah semacam inilah yang dikembangkan Iraqi.

            Dikatakan bahwa Rahman merupakan perhimpunan sekalian ibarat, artinya hakikat dari sekalian ma’lumat (yang diketahui) yakni segala ciptaan-Nya. Tanpa rahman-Nya tak mungkin segala sesuatu itu memperoleh kewujudan, dan itulah sebabnya dikatakan bahwa wujud rahman-Nya merupakan hakikat segala barang ciptaan. Menurut Ibn ‘Arabi, sebelum bermulanya penciptaan, di dalam kesendiriannya Tuhan merenung dan melihat (syuhud) ke dalam dirinya dan tampaklah pengetahuannya yang tak terhingga dan masih merupakan perbendaharaan tersembunyi (kanz makhfi), di dorong oleh cintanya terbitlah kehendaknya untuk dikenal, maka dia menciptakan dan dengan demikian dia dikenal. Ciptaan-Nya adalah pemakluman (ma’lumat) dari pengetahuannya yang melalui mereka Dia dikenal.

Zinat al-Wahidin

            Kitab ini agaknya merupakan ringkasan ajaran wahdatul wujud yang telah diasakan oleh Ibn ‘Arabi, Sadruddin Qunawi, Fakhrudin Iraqi dan Abdul Karim al-Jilli. Di dalamnya diuraikan pula cara-cara mencapai makrifat menurut disiplin keruhanian tarekat Qadariyah. Ini tidak sukar dibuktikan karena di dalam syairnya Syeikh Hamzah Fansuri menyatakan bahwa telah dibaitkan di dalam tarekat tersebut di Shahr Nawi dan sekembalinya dari Makkah, Yerussalem, Baghdad, dan Gujarat, Syeikh bertambah masyhur sebagai ahli tasawuf dan guru keruhanian. Kitab ini disusun di dalam tujuh bab.

            Bab V ini merupakan bab penting, sebab di dalamnya Hamzah Fansuri menguraikan prinsip-prinsip antologi wujudiyah, yaitu mengenai tajalli zat Tuhan. Hamzah Fansuri menerjemahkan tajalli sebagai ‘kenyataan’ dan penunjukkan, maksudnya penampakan pengetahuan Tuhan melalui penciptaan alam semesta dan isinya. Penciptaan secara menurun tersusun dari lima martabat, yaitu dari atas ke bawah, dari yang tertinggi ke yang terendah sesuai peringkat keruhanian dan luas sempit sifatnya, dari yang umum kepada yang khusus. Zat Tuhan disebut lata’ayyun, yakni tiada nyata. Di sebutlata’ayyun karena akal pikiran, perkataan, pengetahuan dan makrifat manusia tidak akan sampai kepadanya. Pandangan ini didasarkan pada hadits Nabi “tafakkaru fi khalq-i’l-laah-i wa laa tafakkaruu fii dzaat-i’l-laah” (pikirkan apa saja yang diciptakan Tuhan tetapi jangan pikirkan tentang zatnya.

            Walaupun zat tuhan itu lata’ayyun namun dia ingin dikenal, maka dia mencipta alam semesta dengan maksud agar dirinya dikenal “kehendak supaya dikenal” inilah yang merupakan permulaan tajalli Ilahi. Sesudah tajalli dilakukan maka dia dinamakan ta’ayyun yang berarti “nyata”. Keadaanta’ayyun inilah yang dapat dicapai oleh pikiran, pengetahuan dan makrifat.

Ta’ayyun zat Tuhan terbagi ke dalam empat martabat :

a.    Ta’ayyun awwal, kenyataan Tuhan dalam peringkat pertama yang terdiri dari ilm (pengetahuan), wujud (ada), syuhud (melihat / menyaksikan) dan nur (cahaya). Dengan adanya pengetahuan maka dengan sendirinya Tuhan itu Alim (mengetahui atau maha tahu) dan ma’lum (yang diketahui). Karena dia itu wujud maka dengan sendirinya dia ialah yang mengada, yang mengadakan atau yang ada, karena cahaya maka dengan sendirinya dia adalah yang menerangkan (dengan cahayanya) dan yang diterangkan (oleh cahayanya).  

b. Ta’ayyun tsani (dikenal juga dengan ta’ayyun ma’lum), kenyataan Tuhan dalam peringkat kedua, yakni kenyataan menjadi yang dikenal atau diketahui. Pengetahuan atau ilmu Tuhan menyatakan diri dalam bentuk yang dikenal atau yang diketahui, pengetahuan yang dikenal disebut al-ayan al-tsabitah, yakni kenyataan segala sesuatu. Al-A’yan al-tsabitah juga disebut Suwar al-Ilmiyah, yakni bentuk yang dikenal, atau al-haqiqah al-asyya, yakni hakikat segala sesuatu di alam semesta dan ruh idlafi, yakni ruh yang terpaut.

c. Ta’ayyun tsalits, kenyataan Tuhan dalam peringkat ketiga ialah ruh manusia dan makhluk-makhluk.

d. Ta’ayyun rabi’ dan khamis, kenyataan Tuhan dalam peringkat keempat dan kelima adalah penciptaan alam semesta, makhluk-makhluk, termasuk manusia, penciptaan ini tiada berkesudahan dan tiada berhingga, ila mala nihayat-a lah-u.

            Hamzah Fansuri menerjemahkan perkataan wajh sebagai zat, yaitu at yang telah ber-ta’ayyun. Adapun Tuhan itu mutlak, karena itu Ibn Arabi menyebut dia sebagai wajib al-wujud, yaitu wujud yang Qa’im sendirinya, sedangkan alam semesta disebut sebagai mumkin al-wujud, wujud yang mungkin atau nisbi karena adanya tergantung kepada wujud mutlak yaituwajib al-wujud. Hamzah Fansuri memang mengikuti Ibn ‘Arabi, yang mengatakan bahwa wujud mutlak sebagai sebab hakiki dari segala kejadian merupakan wujud yang keberadaannya mutlak diperlukan, wajib al-wujud li dzatih.

            Menurut Hamzah Fansuri alam semesta dan isinya berasal dari Allah, bukan dari ‘tiada’ pulang kepada ‘tiada’, tapi dari ada pulang kepada ada. Dengan ‘ada’ yang dimaksudkan ialah ‘pengetahuan’ atau ilmu Tuhan. Dia mengutip ayat al-Qur’an untuk menopang pendapatnya “innamaa amruhuu idzaa araada syai’an an yaquululahnu kunfa-yakuun” (sesungguhnya tatkala Dia berkehendak kepada sesuatu maka dia pun berkata, “jadilah kau!” maka segala sesuatu itu pun menjadi [tercipta]).

Rujukan :
[1] Abdul Hadi, W.M., Hauzah Fansuri, Risalah Tasawuf dan Puisi-Puisinya,Bandung, 1995, hlm. 9-13
[2] Harun Nasution, dkk., Ensiklopedi Islam Indonesia, IAIN Syarif Hidayatullah, Jakarta, 1992, hlm. 296
[3] Hawash Abdullah, Perkembangan Ilmu Tasawuf dan Tokoh-tokohnya di Nusantara, t.pn., Surabaya, 1930, hlm. 35-36
[4] Narun Nasution, dkk., op.cit., hlm. 297
[5] Hawash Abdullah, op.cit., hlm. 37-38
[6] Abdul Hadi W.M., Tasawuf Yang Tertindas Kajian Hermeneutik Terhadap karya-Karya Hamzah Fansuri, cet.1., Jakarta, 2001, hlm. 227-229
[7] Ibid., hlm. 14-16
[8] http://www.kompas.com/kompascetak/05-04/tanah_air/1552018.htm
[9] Abdul Hadi W.M., op.cit., hlm. 20
[10] Hawash Abdullah, op.cit., hlm. 36
[11] Abdul Hadi W.M., op.cit., hlm. 21
[12] Ibid., hlm. 149-151

Sumber: